SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum . Its not too late untuk aku wish SALAM RAMADHAN AL MUBARAK untuk semua  :)

Hari ni hari kedua kita di bulan mulia yang penuh barakah ini . Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai Ramadhan kali ini . Entah tahun ke berapa aku berpuasa jauh dgn family . Biasa bagi aku namun sedih tetap ada . Lagi lagi bila si abang tag gambar menu yg mana juadah diorang berbuka di kampung . sob sob . Mak aku macam biasa . Selagi tikar tu boleh susun , lagi tu lah dia akan atur makanan . HAHA .


Kadang kadang bukan mak aku yg masak semua . Kaum kerabad keliling rumah yang " hantar menghantar " dan " tukar menukar " .

Wallaweh , rumah kat kampung dikelilingi rumah paksu , rumah maklang , rumah tokwan , rumah sepupu sepapat jea haa . So , mmg meriah kalo puasa . Raya apatah lagi . Pusing kot tu jea haa  :)


So , 1st sahur tu . Aku bangun sorang sorang . Makan sambil pejam . 10minit jea aku rasa aku sahur . wakakaka . Memandangkan kita mula puasa pada hari Ahad , so ada peluang untuk merehatkan diri di rumah .

Aku , mmg aku tak masak laa . Perut aku sorang jea kan . Better aku tunjuk yg ni dan tunjuk yg tu . Senang .


Petang , around pukul 6 suku cenggitu , aku ke Bazar Ramadhan Sek 7 . Bazar ni terletak berdekatan dgn rumah aku . So , aku pegi jalan kaki jea . Hai , kemahen ramai manusia . Sendat dan padat . Jalan celah ketiak org jea rasa . Makanan aku tak nampak . Aku nampak manusia jea . Tambah pulak ketinggian aku yg sgt awesome ni , pasrah jea lah . Dua kali tawaf pun still tak dapat beli apa apa makanan . Nak pengsan rasa .

Tengok jam , waktu berbuka hampir tiba . Mahu tak mahu aku berpatah balik ke Medan Selera . Beli kat situ . Itu pun kena beratur panjang. Sabar jea laa . Dugaan org berpuasa .


Alhamdulillah , bila masuk waktu berbuka , aku dapat berbuka dgn sempurna  :) . Dan ntuk korang korang , aku ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA . Kita kumpul pahala banyak banyak ye !


SHAKLEE : HERBAL BLEND CREAM

Assalamualaikum . Gemoning followers , readers and stalkers .  

Dan hari ni aku nak review pasal satu produk ni yang mana aku tau SEMUA ORANG tau . Sebabnya , produk ni dah bersepah di merata laman sosial .

SHAKLEE . Aku pasti semua org pernah dengar , pernah tengok , pernah cuba try test .

Bagi aku , ini produk Shaklee yang first aku guna . Dan produk tu adalah HERBAL BLEND CREAM . Ia adalah sejenis krim ( kegunaan luar ) yang mengandungi pelbagai jenis bahan-bahan semulajadi seperti horse chestnut , bunga yarrow , daun sage dan rosemary . 


Haaa . Memang 100% asli . 

Antara kegunaan Herbal Blend Multipurpose Cream ni adalah:

- Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah .
- Menyelesaikan masalah kulit gatal . 
- Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox. 
- Menghilangkan ruam pada bayi . 
- Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam .
- Sebagai losyen untuk kegunaan harian . 


Aku baru jea guna krim ni . Tapi memang aku PUAS HATI GILA . haha . Puas hati gila tu mmg betul betul aku puas hati laa habaQ hang  :) . Tahu kenapa aku guna krim ni . 

Ntah dari celah mana aku dapat alergik seafood . Once bila aku makan cik ketam , cik sotong , cik udang dan kaum kerbat cik siput , aku mula akan garu sana garu sini . Bertambah teruk gatal gatal miang tu bila tarikh bendera Jepun nak diangkat . Serius , punya best garu . 


Lama dah aku mengalami sakit gatal gatal ni . Dan dah macam macam krim aku guna . Aku guna krim sahaja sebab sejak azali aku memang tak kawan baik dengan mana mana pil yang perlu dimasukkan ke dalam mulut atau dalam erti kata lain , aku tak suka makan ubat ! HAHAHAHAHAHA . Nak pegi klinik ke hospital ke apatah lagi aku akan pergi . Dari abah turun ke anak . +____+


Aku cuba pelbagai jenis krim , dari farmasi , macam macam krim aku dah beli . Tapi tak berkesan . Aku try ubat kampung . Krim tu kaler hijau . Aku beli dekat Pasar malam . Pun tak jadik pape . Aku rembat anak buah aku punya krim , dua kali aku rembat . pun tak makan saman . Dok serupa tu jugak laa .


Dan hari tu , aku dgr kakak kakak office ni bising bising . Aku ingat dah kenapa . Rupa rupanya dorang berebut rebut beli krim ni dengan one of distributor Shaklee , iaitu kakak office aku sendiri . Sorang pakat beli sorang dua tiga . Depa nak mandi gamaknya . harhar .


Ada yang beli untuk anak , untuk cucu , untuk anak buah dan sebagainya . Aku ? Aku beli untuk aku laa  :) . Aku rasa ini pilihan terakhir aku . hehe  :)



Dan korang korang yang nak beli , bole jea . Sini aku share details . 



Shaklee Independent Distributor :

Nama : Norlela Ahmad Mustafa
ID SHAKLEE : 905171
Email : aqifleyla@gmail.com
Call/Sms/Wassap : 013-3188804
Facebook : Lela Irham's


COD area PUCHONG , SHAH ALAM , USJ , PUTRAJAYA .

Shaklee Selamat , Berkesan & Semulajadi.

JANJI ALLAH ITU PASTI ^____^



Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP . . 
Siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian 
sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana - mana . .


Tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain ,
DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA , 
memimpinku ke arah tuju yang satu . . 
bukan rupa yang ku impikan ,
bukan harta yang ku inginkan . . 

.
.
.
.

Tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN . . 
aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU ^^


Wahai sang jejaka ,
Andainya kamu adalah JODOHKU yang tertulis di Luh Mahfuz , 
Allah pasti mencampakkan rasa KASIH di dalam hatiku , 
jua hatimu kali pertama kita BERPANDANGAN kelak . . 



Allah ,
Menitipkan kelebihan di setiap kekurangan ,
Menitipkan kekuatan di setiap kelemahan ,
Menitipkan sukacita di setiap dukacita ,
Menitipkan harapan di setiap keraguan .


dan in shaa ALLAH ,
BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita .
ALLAH BERJANJI SEMUA ITU AKAN INDAH PADA WAKTUNYA  ^_____^
JANJI ALLAH ITU PASTI . ALLAHURABBI .


Ya Allah , seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku , pada agamaku , kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat ataupun lambat , takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya. 

JENIS PERFUME .

Eh korang . Mai mai mai baca ni . Ini ilmu ! Mungkin ada sesetengah pihak yg dah tahu , dan mungkin juga ada yg belum tahu .


Yang jauh kita dekat . Yang dekat kita rapat . Yang rapat kita erat . Jom . saya share dgn korang  :)

Rata rata , ramai customers yg bertanya pada saya , apa beza antara EDP dan EDT ? dan ini jawapan untuk anda wahai sang customers  :)


Kategori Jenis Perfume Yang Ada Di Pasaran :




Jika dilihat di dalam pasaran terkini terdapat pelbagai jenama dan jenis perfume yang dikeluarkan oleh pelbagai pengeluar sama ada di dalam negara dan juga luar negara.



Ramai dari kita sebenarnya masih lagi tidak mengetahui jenis perfume apakah yang paling sesuai dengan diri sendiri. Sesuai ini dimaksudkan meliputi persekitaran dan juga apa pandangan orang lain dengan jenis bauan perfume yang kita pakai. Oleh yang demikian anda perlu memilih perfume yang sesuai dengan diri anda dan juga pada orang lain supaya mereka selesa dengan kita.


Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap kategori perfume yang perlu anda tahu iaitu :-

1. Perfume (PARFUM)

Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Harganya jauh lebih mahal berbanding perfume-perfume lain.


2. Eau De Parfum (EDP)

Eau de Parfum (EDP) mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai.

Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada (di antara buah dada), di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki.

Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.


3. Eau De Toilette (EDT)

Eau de Toilette (EDT) ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil).

Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.


4. Cologne

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume.

Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.



SUMBER DARI : www.myfavperfumes.com

BILA MALAM =,=

Bila malam ,
Aku pandang atas .
aku nampak bumbung .


Bila malam ,
Aku selak langsir jendela ,
aku nampak pesawat .


Bila malam ,
Aku imbas masa lalu ,
ya aku pernah dekat dgn kau .


Bila malam ,
Aku lihat kenangan dulu ,
ya kita pernah sebahagianya .


Bila malam ,
Aku undurkan masa ,
ya kita pernah berduka .


Bila malam ,
Aku letakkan tangan di dada ,
ya kau selalu ada bersama .


Bila malam ,
aku sujud lama padaNya ,
ya kau ada di dalam bait doa .


Bila malam ,
Aku terjah folder lama ,
ya kita sentiasa berdua .


Bila malam ,
Aku tunggu kau menjelma ,
ya kau kirimkan aku wajah dari sana .



Walau jauh dari mata . Tapi kau sentiasa ada pada hati .
Walau kita jarang berjumpa . Cukup sekadar saling mengingati .
Walau  ada yg berburuk sangka . Allah tahu matlamat diri .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hari ini . kepanasan yg luar biasa . ya , dah lama tak hujan . Tambahan lagi penyejuk udara rosak . Ini aturan DIA . aku pasti . sabar mengharung  :)


OH ALLAH :)




.. MAY ALLAH EASE EVERYTHING ..
.. MAY ALLAH EASE EVERYTHING ..
.. MAY ALLAH EASE EVERYTHING ..
.. MAY ALLAH EASE EVERYTHING ..
.. MAY ALLAH EASE EVERYTHING ..
.. MAY ALLAH EASE EVERYTHING ..
.. MAY ALLAH EASE EVERYTHING ..

PERFUME GRED AAA DUBAI .

Wordless Wednesday ? Tak payah nak wordless sangat lah . kikikiki ~

Okay , entry kali ni nak buat promosi sikit berkenaan satu SIDE INCOME yg telah saya jalankan dgn bantuan seorang rakan iaitu boss saya sendiri bagi produk perfumes ini . Di mana kami menjalankan aktiviti perniagaan :

Menjual pelbagai jenis PERFUME GRED AAA DUBAI . 
80-90% sama seperti yang ORI malah ada customer yang memberitahu ada yang 100% sama . 
Botol dan packaging juga sama seperti yang  ORI . 
Tahan dari 6-8 jam tapi ada yang bagitahu ada yang tahan lebih daripada 8 jam . 


Oleh itu , saya seru kepada sesiapa yang berminat untuk jadi DROPSHIP PERFUME DUBAI GRED AAA DUBAI bersama saya . Antara ciri ciri yg ada untuk menjadi seorang dropship ini sgt lah mudah iaitu :

- tidak perlu keluarkan modal
- tidak perlu tenaga berat
- tidak perlu pos barang ( boss yg akan pos . baik tau boss saye )
- tidak perlu keluarkan peluh * duduk bawah pokok sambil rehat rehat pun boleh buat income  :)
- tidak perlu bersua muka ( guna jea fb ke , wechat ke , ig ke . sng kan )


Dan apa yg anda hanya perlu buat adalah :

- ringankan jari untuk promot selalu iklan berkenaan dgn perfume .
- amek order pelanggan dan details mengenai pelanggan sekiranya pelanggan berminat utk membeli .
- jaga tutur kata , adab dan budi bahasa dgn pelanggan .


Saya tak jamin korang boleh kaya sekelip mata sbb saya juga bermula dari bawah . Banyak kau usaha banyak lah kau dapat . Kalo hangat hangat tahi ayam dalam sesuatu pekerjaan , maka tahi ayam lah yg kau akan dapat  :) . Dan setakat yg saya buat , Alhamdulillah :)


Untuk korang yang berminat untuk menjadi Dropship ni , boleh tinggalkan komen , boleh , wassap , wechat atau PM saya .

Wassap : 0173935863
Wechat : meeyatechik
Facebook : Amira Abd Halim
Fanpage : Warung Siber  ( LIKE TAU )
Insta : meeyatechik


Page rasmi kami berkenaan perfumes : http://www.myfavperfumes.com










SILA CLICK PADA GAMBAR UNTUK TUMBESARAN  :)


Dekat page ni , korang bole tengok jenis jenis perfumes yang ada . Semua nya wangi wangi tau . Dah namanya minyak wangi kan  :) . 


Dan untuk pengetahuan korang , saya juga salah seorang penggemar perfume dan saya sendiri puas hati dgn keharuman perfume yg saya gunakan .

Bagi yang berminat nak ORDER , boleh terus direct contact saya . Muuuuraaaaahhhhhhh gileeerrrrrr tauuuuuuuuuu  :)  TAK JADI DROPSHIP PUN TAKPE . NAK BELI BORONG PUN BOLEH .



DAN INGAT , CUSTOMER ALWAYS RIGHT  :)

SEBUT NAMAMU , TERUKIR MERDU :)

Huikkk . Selamat Monday bluessss . Aku laa . Hampa macam mana ? 2 hari aku keseorangan kat rumah . Housemates aku semua balik kampung . Aku pulak baru jea balik minggu lepas .


So , bila aku sorang sorang kat rumah , confirm ada jea benda yg aku buat . Yang pastinya aku akan pegang fon sampai juling  :P


Pegang punya pegang , godek punya godek , tengok punya tengok . Tekorek satu gambar lame . Time tu aku tgh mendating dgn si lebah dekat Taman Selayang . Hurm .


Ni lah gambar yang aku maksudkan  :)



Laaaammmaaaaaaa aku tak up entry tentang kami kan ? 

Ramai org cakap , muka aku dgn dia sama . Sama ke ? Dan aku jugak pernah dgr org tua tua cakap , kalo muka sama tu ade jodoh . Wallahualam . Kalo dia jodoh aku , Alhamdulillah . Hee ~ 

hari ni , genap DUA TAHUN SEMBILAN BULAN relay aku dgn lebah . Lama jugak tu . Macam macam yang aku dah lalui . Suka duka semua ada . Tapi Alhamdulillah hingga ke hari ini kami masih kuat untuk teguhkan hubungan yang Allah temukan ini .


Aku percaya dan yang pastinya aku berpegang dgn aturan DIA . Naik turun hidup aku , DIA yang tentukan . Sembah sujud yang aku cium pada tikar sejadah hanya pada DIA YANG ESA .


Apa yang aku boleh cakap , semakin lama kami mengenal , kami semakin memahami . Sehingga hari ini , hati aku masih ntuk dia , Azfandi . Aku harap , rasa cinta , kasih , sayang dan rindu ini akan ada untuk dia sehingga bila bila . Juga rasa hormat pada dia , akan aku semai and do respect him always even he is younger than me . Namanya yang sentiasa ada di dalam setiap doa aku setiap hari , aku harap yang ATAS sana tak jemu mendengar .


Really hope .  Apa yg kita rancang akan dipermudahkan olehNYA . Niat baik in shaa Allah akan dipermudahkan  :) . Doakan kami ye sahabat semua .


Semoga kita kuat untuk teruskan hubungan ni and trust each other . You are always in my heart . Deeply . I miss you sayang . SELAMAT ULANG TAHUN DAN BULAN  :)


OH TUHAN , SEANDAINYA DIA , SATUKANLAH  :)


Satu nama Teman Setia .

SOLAT AJAIB

Assalamualaikum dunia . Aku kerja tau hari ni . Public holiday lagi tu . Kerja sangatlah banyak sekarang . Tapi aku rasa aku tak perlu merungut *even kdg kdg melugai tgk kerja yg sama setiap hari . Take note Meeya Techik , lepas ni jgn merungut lagi =,=


Dengan kerja yang banyak ni , ia memberikan aku rezeki yang lebih . Yang mana aku boleh buat kerja lebih masa atau minah salleh cakap Over Time  .


Dalam masa yang sama jugak aku nak share dgn korang salah satu ibadah yang aku amalkan . Aku mengaku , aku takde lah sebaik mana . Tapi aku still jaga solat aku even yg kdg kdg tu terlajak entah ke pukul berapa atau dalam erti kata mak aku , subuh gajah , lohoQ gajah , dan gajah gajah yang lain . hiks !

Dalam seminggu tu , ade lah sekali dua aku buat Solat sunat . Antara salah satunya adalah SOLAT SUNAT DHUHA .



Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat . Ia juga boleh dilakukan sebanyak 4 , 6 , 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam . Tapi , aku selalu buat yang dua rakaat tu :)


Cara melakukan solat Dhuha :

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa


maksudnya;

“ Ya Allah , sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu , kecantikannya adalah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu , kekuatan itu kekuatanMu , kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu . Ya Allah , jika rezekiku masih di langit , turunkanlah , dan jika di dalam bumi , keluarkanlah , jika sukar , permudahkanlah , jika haram , sucikanlah dan jika jauh , dekatkanlah . Berkat waktu dhuha , kecantikan , keindahan , kekuatan , kekuasaanMu , limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh .


Korang tahu macam mana aku hafal doa Dhuha ni ? Aku selalu dengar yg UNIC nyanyikan tu . Dengar banyak banyak kali lama kelamaan , akan hafal secara automatik . Alhamdulillah , jom click SINI  :) ~ Meh kite nyanyi reramai .


Dan antara KELEBIHAN solat sunat Dhuha ni adalah :

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “ Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan . ”

SANG LELAKI


Lelaki ni kadangkala bukan nak sangat wanita cantik ,

dia nak wanita yang boleh jaga diri dia selepas kahwin .



Jaga makan minum dia ,

jaga pakaian dia ,
jaga kebajikan dia yang lain .

Balik kerja isteri sambut ,
balik kerja makanan dah terhidang , air tangan isteri .
Balik kerja pakaian dah tersusun rapi .

Semua siap , tak perlu suruh lagi .
Betul tak ? Kan ?




" Aku harap bilamana dia halal untukku ,
 aku mampu jadi yg terbaik untuk dia ."



Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah .
 Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki .

MAKE DU'A




Awak ,

Biarlah mereka nak kata kita yang bukan-bukan , 
yang penting jangan dengar cakap orang . 
Kita tahu apa yang kita perlukan dan kita tahu kita dah saling sayang . 
Yang penting , kita ada matlamat yang sama iaitu sama2 ingin membina masjid . 
In sha Allah , tak lama lagi :)



Doa Saidina Ali disaat jatuh cinta dgn Fatimah .

" Ya Allah , Kau tahu , hati ini terikat suka akan indahnya seorang insan ciptaanMu Tapi aku takut , cinta yang belum waktunya menjadi penghalang ku mencium syurgaMu . Berikan aku kekuatan menjaga cinta ini , sampai tiba waktunya , andaikan Engkau pun mempertemukan aku dengannya kelak . Berikan aku kekuatan melupakannya sejenak . Bukan kerana aku tak mencintainya tetapi aku sangat mencintainya . "