Selamat Hari Lahir Mak Biah :)


Seorang insan bergelar wanita .
Seorang insan bergelar emak .
Seorang insan yang melahirkan aku ke dunia .
Seorang insan yang tidak kedekut memberi kasih sayangnya .
Seorang insan yang penuh bebelan cinta .
Seorang insan yang tabah dengan dugaanNYA .
Seorang insan yang selalu beri aku tunjuk ajar .
Seorang insan yang didik aku tentang pentingnya agama .
Seorang insan yang sering kisahkan anaknya .
Seorang insan yang selalu ada .
Seorang insan yang tegur akan kesilapan .
Seorang insan yang tiada galang gantinya .


MAAF ,

Jika aku bukan anak yang sempurna .
Jika aku bukan seorang yang mendengar kata .
Jika aku bukan yang sejuk di mata .
Jika aku selalu tersalah bicara .
Jika aku selalu mengecewa .


MAK ,

Semoga sentiasa dalam lindunganNYA .
Semoga bahagia hendakNYA .
Semoga gembira di dalam naunganNYA .
Semoga dipanjangkan usia .
Semoga sihat selamanya .


23 APRIL 2015 , SELAMAT HARI LAHIR MAK , I LOVE YOU INFINITY . Dan dengan rendah hatinya adik mohon ampun dan maaf andai adik selalu buat mak sedih . Admit , adik anak mak paling ketegaQ antara abang , kakak and adik * mak abah aku panggil aku adik tau even aku ada adik . HAHAHAHAHA ~

PART 3 : Cerita Ke Kampung Incik Tunang .

Hallo hallo . Aku sambung Part 3 . Jenuh nak refresh . Tapi aku cuba okkeh . Kah !

Memandangkan aku ke Sabah kejap jea ( 6 hari ) , jadi 2nd last day tu aku sedaya upaya mencari segala barang yg dikirim . Nasinb agak baik sebabnya tak banyak yg dorang-dorang ni kirim . Mudah tak mudah sangat laa sebab mama cakap kita cari dekat tempat yang okay .

Dan pagi tu mama ajak pergi rumah yg kenduri tu untuk kemas apa-apa yang patut lagi . Biasalah bila kenduri kan . Sebelum kenduri macam ni time kenduri macam tu lepas kenduri macam macam pulak . HIHI . Maka dengan tak mandinya lagi *sebab fikir nak pergi buat kerja , so tak payah mandi . Kahkahkahkah . Mama ayah , pengantin dedua orang dan aku ke rumah makcik . Si tunang aku kena duduk rumah  . Dia telah ditugaskan untuk kemas rumah mama . Padan muka kau . Buat ler sengsorang . Hakikatnya beliau seorang yg rajin . Selalu kemas rumah . Selalu masak . Selalu cuci baju . Selalu mop lantai . Selalu menyapu . Cerita dipetik dari pemerhatian aku sendiri . Nanti kawen senang kerja aku . Kah !

Selesainya kemas rumah makcik , mama dgn ayah ajak ke pekan . Aku ? Confirm ah taknak ikut . Mandi pun idok . Dengan belemoih comot lepas buat kerja lagi kan . Tapi , mungkin mama nampak aku masih comel , jadi di ajaknya jugak aku pergi . HAHAHAHAHAHA ~ Dan dalam hati ini berdoa agar tak teserempak dengan sesiapa *sebabnya aku kenal ramai ler jugak orang-orang sana . 

Ayah dgn abang ke tempat lain . Mama , aku dan bini abang ke lain . Mama bawa kitorang ke tempat berdagang tempat mama meniaga . Macam biasa , mama buat sesi suai kenal antara satu sama lain . Kenalkan aku dan Kak Aton ke kawan-kawan mama . Malu , malu sebab tak mandi even diorang tak tahu . Wakakakaka ~

Namun nasib tak baik , bilamana sedang enak aku lepak-lepak dgn mama and ayah dekat depan bank tu , buleh pulak terjumpa dengan *%#@%&(* ~ Pasrah jea aku time tu . HAHAHAHAHAHAHA . Malunya aku time tu Allah jea tahu . Okay lupakan kejap pasal ni .

Petang , masih berlima . Pergi ke rumah kawan ayah . Nak cari belacan nak cari belacan . Belacan Sabah sedap depa kata . Jadi , itu lah buah tangan aku untuk kakak-kakak office . HAHAHAHAHAHA ~ Sementara tunggu kawan ayah pulang dari laut , sempat jugak kami ke sisir pantai tu .

Abang . Awalnya tengok-tengok jea makcik-makcik ni tangkap udang . Bila tak tahan daulat , lumpur tak lumpur lalu aku redah jua . Bukan selalu dapat balik kampung kan ? HIHI ~
Pada aku , aku lebih sukakan suasana kampung dari suasana bangunan tinggi-tinggi macam kat Kota Raya ni . Tengok kanak-kanak berlari rasa macam nak join sekali . Rasa sangat aman dan tenang .
Kat Shah Alam ada ke macam ni ? Susah sama sekali nak jumpa . Pokok-pokok lampu banyak laa kat depan rumah sewa aku tu . Betul apa orang cakap , kita tak boleh mereka cipta pengalaman , tapi kita kena melaluinya . Jujur aku cakap , aku sangat cintakan suasana kampung ~
Yang ni dah mandi tau . Sebab sebelah petang . HAHAHAHAHAHA ~ Kejap jea gelap kat sana . Cepat malam cepat siang . Rasa mcm kat obersea . Hihi .

Last day , awal awal pagi aku ajak Si tunang pergi cari kuih cincin . Salah satu makanan yang famous di Sabah . Rugilah kalau ke sana tak beli kuih ni . Sedap . Murah pun murah .


Flight aku jam 2 petang . Kali ni mama dengan ayah tak ikut hantar aku ke Airport . Sesi drama Hindustan mesti laa beraksi time tu . Lamaaaaaa lagi kot dapat jumpa semula . Hmm . Sedih . Tssskkk -,-


Jam 5.30 petang aku selamat mendarat di KLIA 2 . Kesian orang-orang dalam flight , kena bau belacan . HAHAHA ~ Im sorry you all .

Dan untuk semua-semua orang yang ya baru kenal , yg ya dah kenal tapi baru jumpa , yg sebelum-sebelum ni just borak-borak kat fb wechat wassap semua tu , biggie thanks . Seronok dapat kenal korang semua , bahagia dapat jumpa . Sangat bahagia dapat jumpa keluarga besar awak .Untuk awak my Abam botak , till we meet again . Jaga hati b untuk ya . I will miss you ~

Food Review : Kieran's Food Product .

Aku yakin , ramai penggemar Western Food di luar sana . Dan salah seorangnya aku . Kah ! Tapi idok ler teman mampu nak makan selalu sebabnye rega mahai . Kalau sekali sekala tu boleh laa kan . Kalau nak berkali kala , meh sini teman share dengan korang . Of course boleh makan selalu sebabnya dia instant dan yang paling teman rasa puas hati , harga yang berbaloi . So , korang boleh beli beli beli and simpan dalam peti sejuk .

Eh , nak beli dengan siapa ? Haa meh sini teman kabo kan . Kenal dengan DJ Hot FM dulu ? Abam Kieran yg mulut bising tu ? HAHAHA ~ Dieeeee laaaa . Pastu pastu untuk engkorang yang teringin nak ber Western Food  and nak beramah mesra dengan abam Kieran HotFM ni , boleh do order . In shaa Allah beliau akan ke tempat anda . So , boleh laa engkorang bergambar dengan dia .

Tadaaaa !!

Ni haa . Teman selalu repeat order dengan abam Kieran ni . Selalu jugak laa abam Kieran datang office sambil buat riuh . HAHAHAHAHA ~ Mengkalau korang nak cuba try test , boleh amek details kat bawah ni k . Boleh jugak promote ke kawan-kawan yang lain . 

Ada 3 jenis dan antaranya adalah Chicken Chop ( RM8 ) , Chicken Grill ( RM8 ) dan Lamb Chop ( RM10 ) . Kat dalam bungkusan tu , disertakan dengan Black Paper Sauce . Memang terangkat rasanya . So , mesti cuba okkeh ! 

Teman tak makan kambing , jadi pilihan teman selalunya pada chicken chop . Hehe .

Segmen: Saya Sayang Blog Saya .


Disebabkan dah lama tak bersegmen . Maka aku pun turut serta . Hiks ! Bha , marilah bersama . Just click pada banner . Thank you ~

Pengalamannya Aku , Asam Garam Sesuatu Hubungan .

Hmm . Tipu kalau dalam sesuatu hubungan tu tak ada masalah . Tak rare lah kalau tak 
berperang . HAHA . Bosan jugak rasa . Tapi bila bergaduh tu naik sasau jadinya . Ada saja yang tak kena . Benda betul pun jadi tak betul .

For you my dear fiance , if we fight or quarrel , please do not make it turn as a big fightAku pujuk kau , kau pujuk aku . Janji ? Sebab aku tahu kita sama-sama mengada . Kita sama-sama mahukan perhatian . Kita sama-sama pugut . Ehhh -,-


So that , SAH bahawa percintaan yang manis pastinya berulamkan pergaduhan . Malam ni kita bergaduh , esok pagi bangun kita okay . Seolah-olah pergaduhan semalam tu hanya satu mimpi  :)

Loving someone is like  a GAMBLING ! !  You can be addicted with it , also it can be annoying but then , still you can not stop it . Am i right ? Thank you for your patience for these 4 years . . I really hope that we can be happily and cherish our times together until the end of our lives . . In shaa Allah and I do love for you .

p/s : ya rindu nak dengar b nyanyi dan yg pastinya ya rindu perangai merapu b .

Bangun Awal Tidur Awal .

Rutin harian aku setiap hari bekerja . Pagi hadap jammed petang pun hadap jammed . Federal dan jammed tak dapat dipisahkan . Itu lah puncanya kenapa aku kena celik mata jam 5.40 pagi setiap hari . HAHA ~


Tapi ada hikmah jugak bila kena celik mata awal ni . Subuh yg dulunya " Gajah " , sekarang bertukar ke " On Time " . Bagus nau Meeya Techik ni . HAHAHAHAHAHAHA . Sapa nak puji aku kalau bukan aku sendiri . Kah ! 

Dah bila bangun awal tu , confirm jugak lah aku akan tidur awal . Dan satu lagi perubahan , Isyak pun On Time jugak . Lepas selesai solat Isyak , tengok fon kejap . Maka , mata pun pejam seenak yang mungkin . Sedar-sedar jea dah 5.40 pagi semula . Kau ! Kalau alarm tak bunyi tu mula lah nak EL bagai . Hihi .

Setakat ni , Alhamdulillah . Tak pernah lagi aku terbabas tidur . Kehkeh .

Mohon semua orang faham kenapa aku tak jawab call atau tak mencelah dalam group wassap , atau terbiar awak tertunggu-tunggu wassap aku . Aku pengsan separuh sedar . Waktu pagi jea aku akan feedback kalau perlu .