Salam Ramadhan dari Meeya Techik .

Di kesempatan ini , aku ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua . Semoga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding yang lepas . Macam biasa , first day puasa mesti semangat bangun sahur , pastu mesti lah ke laut . 


Macam biasa , Ramadhan di perantauan . Tanpa family tanpa kesayangan . Tapi still ada kawan-kawan . Hiks !


Selamat Kumpul Pahala ye kawan-kawan ! Salam Ramadhan dari Meeya Techik  !

Empat Tahun Kita Bersama .


Morning everyone . Memandangkan system down pagi ni , aku pilih untuk BW . Aku juga pilih untuk update blog yg sekian lama terbiar . Fuh fuh fuh . Berhabuk .


Hehe  :)


7 Jun 2011 sehingga 7 Jun 2015 yg lalu , genaplah empat tahun aku bertugas dengan Telekom Malaysia Berhad . Bermula di office Wisma TM Shah Alam dan pada 9 Feb 2015 aku mula bertugas di Petaling Jaya State . Lepas ni pindah lagi kau . Office jea pindah , Unit masih maintain iaitu Complaint Management Team , Customer Service Management . Haaa . Jangan kata nak buat report bagai kat aku . Kahkahkah ! Kalau nak complaint , sila call 100 atau pergi ke TMPoint berdekatan ye cik  :)



Sepanjang aku dalam TM , banyak benda yg aku belajar . Salah satunya pastilah tentang kerja . Yang selingan tu , dari persekitaran dan pengalaman . Yang mana baik kita amek , yang mana kurang bagus , jangan bha kau ambil . Rusak fikiran kau nanti . Hehe ~ Utk pengetahuan korang , tugas sebagai seorang Customer Service ini bukanlah sesuatu tugas yg mudah . Lagi-lagi kau perlu berhadapan dengan customer yg datang dari pelbagai latar belakang . Kadang-kadang dia punya sembur tu , macam dia jea yg ada mulut . Hehe . Kau faham sendiri ye . 


Aku bermula dengan status Leasing . Kau tahu apa itu leasing ? Leasing tu kau kerja under agensi tapi dalam kompeni TM . 3 tahun berstatus leasing . Alhamdulillah , 1 Julai 2014 aku diserap ke Kontrak Under TM sendiri . Dan korang , doa-doakan aku untuk diserap ke status TETAP pulak ye . Kontrak aku tamat 30 Jun ini . Tak mengharap , tapi kalau ada rezeki tu , Alhamdulillah  :)


Hehe . Moga-moga Allah makbul doa aku . Amin .


" Belajar sampai mana  ? "

" Diploma "

" Mesti susah nak cari kerja kan ? "

" Oh , tak tahu pulak Allah bagi rezeki kat orang ada Degree jea "


.. Alhamdulillah , rezeki aku dengan TM tanpa kena interview . Aku terus lapor diri dan kerja , sebab TM urgent nak guna staff hari tu . Biar kau bermula dari bawah , janji rezeki itu halal . Doakan aku untuk terus istiqamah dalam bekerja walau kadang-kadang dia punya stress tu macam mencabar jiwa kau .  

Nota Sentap Buat Aku .

YOU KNOW WHAT ?
DI BELAKANG SEORANG TENTERA ITU BERDIRINYA SEORANG WANITA YANG SANGAT KUAT .... AND IT'S TRUE !!!



Bila ada kawan share gambar ni pada aku , aku terima nota sentap dari Incik Tunang . You really make me cry my dear .




Gempa Sabah : May Allah Protect Them .

5 Jun 2015 , Jumaat . Awal-awal pagi aku terima kiriman wassap dari sorang rakan ( lebih mesra aku panggil dia ibu) yg tinggal di Sabah di mana berlakunya gegaran yg seakan-akan seperti gempa bumi . Cepat-cepat aku wassap Incik Tunang . Tanya berkenaan benda yg sama . Tapi tunang gua relax jea . * nyesal tanya . HAHAHAHAHAHAHA ~ Terima juga wassap dari beberapa orang kenalan di sana . Masih dengan isu yg sama . 


Terus aku tengok facebook dan wechat sebab ramai jugak kenalan aku yg stay di Sabah . For sure , my second family juga ada di sana . Ramai dah berstatus " merasa gegaran " ~ Bila tengok pada gambar-gambar yg dikongsi dari media sosial , agak menakutkan . 




Mungkin itu amaran Allah utk kita . Nauzubillah min zalik . Semoga kalian dalam perlindunganNYA . Amin .

Ku Mahu Hatimu , Bukan Rupa Semata .

Lama aku tak update blog . Busy satu hal . Malas satu hal . Takde mood satu hal . Ada 3 hal semua . 

Hari ni , sambil-sambil buat kerja , sambil-sambil tunggu sistem yg sgt superb ni , sempat aku belek-belek conversation semalam between me and my fiance . 



Hmmm . Dia . For me , seorang lelaki yg sangat sweet . Sweet dia , tak tunjuk ke orang . Selalunya dia akan sweet dalam wassap , on call atau time dating . Tapi berabad dah tak dating . Since dia dengan bidang tugas dia , aku terjelepuk ke tepi sat . Tapi nasib baik dia still amek tahu tentang aku . Dan dalam sweet dia , ada jugak barannya . Hubungan mana yg tak ada pasang surut kan . Alhamdulillah , masih boleh handle . 

Siapa yg perasan tu , perasan lah . Kalau tak perasan tu , of course akan cakap aku lagi muda dari dia . * Cuba tgk pada gedjet di sidebar . Hehe . Actually , tunang aku muda dua tahun dari aku . Ngehngehngeh . Sape suruh kau tipu aku umur kau time ngorat aku dulu . Haaa , dapat lah kakak  :D

Tapi , selalunya orang akan cakap kitorang adik beradik . Tak pun orang akan cakap aku yg muda dari dia . Padahal dia yg muda dari aku . Kihkihkih . Maybe sebab aku kecik kot . Tu orang tak perasan . Dia pun kecik .



Kecik pada tubuh namun besar pada respect aku utk dia . Walau dia muda , dia bakal suami aku . In shaa Allah . Selalu aku ingatkan dia tentang tegur aku kalau aku ada buat salah , atau benda-benda yg dia tak suka . Asal bukan bertentangan dengan agama . Wajib utk aku hormat dan taat dia once dia officially jadi husband aku . In shaa Allah , aku akan jadi yg terbaik utk hang syg . Didiklah aku semampu boleh . 


Kakak-kakak keliling aku kebanyakan dah bersuami . Bila berkawan . Ada hari-hari yang aku dgr mereka berborak . Borak tentang cerita keluarga . Nak beli apa-apa mesti tanya suami dulu . Nak pergi mana-mana mesti kena minta izin . Kalau aku , aku selalu bgtau jea mana aku nak pergi . Erti kata , aku bukan minta izin . Aku mention dia . Agar dia tahu .


Bila semalam , hari minggu . Aku ikut kazen ke rumah dia . Mestilah aku akan bagitahu dia . Marah jugak pakcik ni kalau tak bgtahu dia . So , better kita habaQ . BiaQ dia tau dari dia taktau . 


" Dulu ye laa b hensem . Sekarang b dah tak hensem . Kita bukan tinggal sebumbung . Jauh pulak "


Sentap aku . Pandai jugak aku ni setia sayang . Kalau ya nak buat dah lama ya buat . Aku tahu kau risau . Tapi tolong percaya aku . Kau hensem ke tak hensem ke , in shaa Allah hati aku masih utk hang .

Kau perlu tahu .
Percaya itu tak mampu dijual beli .
Bila aku beri , aku juga terima .
Jadi tolong jaga .
Genggam .
Simpan .
Jangan hawin .