Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih.

http://www.kisahemasputih.com/2015/10/giveaway-october-2015-cash-rm500-by.html
Hee . Ini pertama kali join GA daripada Blogger Emas Putih . Kalau korang nak join , macam biasa . Picit pada banner kat atas tu  :)

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015
Tarikh Tamat : 12 November 2015

Seharian Bersama Mereka di Melaka .

Hewhew . Tajuk kemahen aih . Hai Assalamualaikum . hari Sabtu lepas , jam 9.40 malam aku ke Melaka . Kali kedua aku jejak bumi Melaka . First pergi masa aku sekolah . Masa form 3 kalau tak salah aku . Kesian nau kau ni Meeya . Kahkahkah .

Dengan tambang sebanyak RM16 dari Terminal Bus Seksyen 13 , Shah Alam ke Melaka Sentral dan mengambil masa kurang lebih dua jam . Aku rasa lah . Sebab dalam bus aku lena jaa . HAHA . Ni lah perangai budak kechik ni , pantang naik kereta naik bus naik van naik lori . Tak lena tak sah . HAHAHA .

Dengan siapa aku ke sana ? Buat apa aku ke sana ?

Aku ke sana dengan Along ( Abang sulung Incik Tunang ) , isteri Along , adik kepada isteri Along dan dua orang anak buah . Actually kitorang ke Melaka , pergi rumah abang Incik Tunang yg kedua . Plan nya , nak pergi picnic hari Ahad tu . Mama dengan ayah sememangnya dah ada kat rumah Abang kedua tu .
Seriously aku suka sangat masuk kawasan Kem . Abang kedua Si Lebah ni askar . Isteri dia pun askar . So , in shaa Allah satu hari nanti aku bakal menyusul . Kahkahkah . Inci pun tak cukup . Pernah jugak aku bersuara ke Incik Tunang , nak kerja askar macam dia . Tapi tak diijinkan . Cukuplah dia yg rasa siksanya . HAHA . Macam takut pulak dengar .
Pemandangan waktu pagi . Jerebu . HAHA . Diorang baru je pindah ke Kem Melaka ni . Sebelum ni di Kem Kelantan .

Macam biasalah . Entah kali ke berapa jumpa diorang , perasaan aku tetap gugup bila setiap kali nak bertemu . Lagi-lagilah bila tunang aku tak ada sekali . Dia macam jadi kaku sat . Serba tak kena . HAHA .
Pagi Ahad tu , selesai memasak , kitorang plan nak ke Taman Haiwan . Tapi disebabkan ada beberapa hal yg tak dapat dielakkan , kitorang gerak ke Taman Buaya . Tapi tu lah , jalan-jalan nak tengok buaya , buaya takdeeeee . Tak ada rezeki . Kahkahkah . Cumalah bergambar kat depan pintu masuk utama tu .
Ni Mama Si Lebah . 
Dan ni bakal menantu mama . HAHAHA . Till we meet again . Balik Sabah bagus-bagus . Bajau kata , palap-palap jo . Hehe  :)


Pentingnya Sarapan Pagi.

Iye . Penting . Penting untuk aku . Kalau orang lain aku tak pasti . Sebab aku memang wajib ambil breakfast setiap pagi melainkan aku puasa . Kalau aku puasa , dia okay jea . Kalau aku tak puasa , aku wajib breakfast . Tak ambil lunch okay lagi . Sebab bila tak breakfast , macam ada gempa bumi dekat diri sendiri . HAHA . Menggigil weh kalau tak breakfast . Biar pun dua keping biskut mayat , janji ada makanan yang masuk dalam perut ni ~ kalau tak , peluh becerau lutut menggigil . kah ! 

Hehe . Siapa ada penyakit macam aku ni ? Kahkahkah . So , kebiasaannya , bila di office , aku memang tak lunch . Kalau aku lunch pun , aku habiskan makanan yg breakfast tu . Jimat kau . Untung ada perut kecik ni . Muahaha ~

Segmen : Jom Tingkatkan Followers.

http://leyastorymory.blogspot.my/2015/10/segmen-jom-tingkatkan-jumlah-followers.html
Picitlah banner sekiranya nak join . Jumlah followers sekarang 542 . Hee ~ Segmen ini akan berlangsung seminggu saja  :) . Bermula dari 23/10/2015 hingga 30/10/2015 . Sebarang penyertaan tidak akan diterima bila tarikh tamat .

Tag : Cik Hani dan Mimi Kyumi

Dan DIA Tuhan untuk segalaNYA .

Jangan sibuk utk mencari bidadari atau bidadara . 
Sibuklah utk menjadi bidadari atau bidadara . 
Kalau Allah kata " KUN "  fayakun , 
Tak ada kuasa yg boleh menghalang . 

Jika namanya JODOH , 
Dibiar tak pergi , 
Ditinggal tak lari , 
Bila masanya tiba nanti , 
Suratan takdir Ilahi tersusun indah sekali . 

Serahkan hati dan jiwa kepada DIA . 
Mintalah dgn sesungguhnya dari DIA . 
Berharaplah dgn tersangat harap padaNYA . 
Rayulah dgn serendah hati menadah rahmatNYA . 
Dan kau hamba dan DIA Tuhan untuk segalaNYA .

Allahu ~

SALAM JUMAAT SEMUA  :)

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

Picit banner sekiranya nak join :)

Sebuah laman blog yg agak simple tapi kemas . Agak tersusun dan memudahkan pembaca untuk membaca . Tarikh tutup GA ini ialah pada 31 Oktober 2015 pada jam 12 malam waktu Malaysia.

Sikap Orang Yang Berjaya.

Antara TIPS yang saya mahu kongsikan . Semoga ia bermanfaat untuk kita semua . Hee  :)


1. MATLAMAT

Tentukan matlamat apa yg kita nk capai untuk bisnes kita .
Jangka pendek- senaraikan .
Jangka panjang-senaraikan .
Nak buka butik , nak bisnes takat nak bayar kereta ke . Kita sendiri perlu tetapkan . Paling penting sbb itu ia jatuh  pada point pertama.

2. TUKAR RUTIN ANDA

Jika rutin kita bangun awal nak pergi kerja , tukar rutin every day aku bangun kerana Allah . Tidur awal supaya boleh bangun tahajud . Sebelum tidur tu , fikir apa nak buat esok supaya kita ada matlamat esok harinya . Cantiknya Islam letak subuh pepagi which pagi adalah masa paling fresh untuk lakukan aktiviti .

Make sure tukar rutin sama-sama .

3. SUKA CABARAN

Orang yg nak berjaya mesti suka akan cabaran . Janganlah baju tak laku terus nak benti jual baju , nak jual benda lain pula . Satu benda pun tak boleh berjaya ,  apatah lagi ank jual benda lain kan . So , kita akan fed up dengan cabaran.  Apa pun cabaran kita harus lawan .

Org yang berjaya dah tempuh pelbagai jatuh bangun diorang, sebab tu dia berjaya . Kan ?

GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th

http://blogcikbelbel.blogspot.my/2015/10/giveaway-cik-belbel-turn-to-22th.html
Aummm . Birthday aku jatuh pada 3 Mei 1989 . 26 tahun suda umur aku . HAHA . Pengalaman yg paling aku tak dapat lupakan time birthday , masa aku sekolah rendah . Mak dan abah di HUKL yg skrg ni PPUM , tengah jaga adik aku yg sedang sakit luekimia dan masa tu abang dengan kakak gigih belikan kek untuk aku . Kami hidup bertiga jea time tu . Abang dengan kakak lah yg jagakan aku . Masa tu hidup agak sempit . Dugaan Allah hantar terlalu besar utk kami sekeluarga tempuh . Atas izin Allah , berkat tabah dan sabar . Alhamdulillah adik aku dipanjangkan umur sehingga sekarang walau dulu keadaannya hanya Allah yg tahu .

Hee . Taknak lah panjang-panjang . Untuk Cik Belbel , HAPPY BIRTHDAY TO YOU . Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki , dipermudah segala urusan . 

GIVEAWAY CIK BELBEL TURN TO 22th ini akan tamat pada 31 october 2015 tepat jam 11.59 !

Moh ler kita join beramai-ramai  :)

Selamat Sudah Aku Berhijrah.

Assalamualaikum . Selamat malam . Jarang sekali aku up entry tengah malam macam ni . Sambil layan HotFM lagi kau . Hehe .

Apalah yang aku hijrah tu ? Naa . Pindah rumah sudah aku . Pindah ke mana ? Masih dalam Shah Alam . Masih dalam kawasan Seksyen 7 . Masih depan Icity . Aku pindah blok sebelah jea . Walaupun namanya blok bersebelahan , dia punya penat tu macam baru balik bajak sawah lapan ekar .

Mahu tak nya . Rumah lama tingkat empat . Rumah baru tingkat lima . Dan tak ada lift . Kau cuba imagine . HAHA .

Since 2011 aku stay rumah tu . Dalam empat tahun jugaklah ada kenangan kat rumah tu .  Tapi jodoh tak panjang . Owner nak jual . Terpaksalah berangkat ke rumah lain . Kah !

Actually dah dua bulan lebih aku di rumah baru . Cuma barang-barang belum lagi aku habis angkat . Almaklumlah siapa nak tolong kan . Tak ada tenaga lelaki . Si Lebah pun tak ada cuti . Abah dengan abang pun kat kampung . Nasib baiklah housemates baru ni sangatlah baik hati nak bantu aku yg kecik molek ni .

Kalau bab baju-baju tu aku mampu lagi nak mengangkut sengsorang . Tang katil tu aku terpaksa minta bantuan . Alhamdulillah , malam ni terangkat juga katil aku dari rumah lama ke rumah baru ni . Tak sabar nak tidur atas katil . HAHA . Dah dua bulan jugak aku tidur atas toto atas lantai .
Gambar tak ada kena mengena dengan entry . Sekadar hiasan . HAHA . Jadi , jom lah kita tidur . Lapang dada rasa bila semua barang dah diangkat . Serik nak pindah rumah lagi . Cukuplah sekali merasa azab . Kahkahkah .

Untuk housemates baru , Si Seha dan Si Awe , thanks sebab tolong kita angkat katil :) *Sabahan bha diorang ni . Sama dengan aku punya Incik Tunang tu . Jadi , takde lah aku jadi kejutan budaya sangat tapi kadang-kadang kalau dorang borak lelaju tu , nganga jugaklah si Meeya Techik ni .

Plastik Bocor.

Hati-hati dengan plastik bocor . 

- Kamu ambil wudhuk dgn sempurna tapi mmbazir air . (plastik bocor)

- Kamu solat , sedekah , baca Quran , pergi haji dan umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang . So (plastik bocor)

- Kamu beri banyak sedekah kat org miskin tapi kamu mempergunakan dan melukai mereka (plastik bocor) 

- Kamu bangun tahajud , puasa dan taat pada Allah tapi kamu putuskan tali silaturrahim dengan keluarga . (plastik bocor)

- Kamu puasa dan sabar dengan ujian lapar dan dahaga tetapi kamu bersumpah , mengganggu , mengacau dan tak boleh kawal marah kamu . (plastik bocor)

- Kamu pakai abaya dan tudung tapi minyak wangi kamu bau kuat . (plastik bocor)

- Kamu muliakan dan layan baik tetamu kamu tapi bila dia balik , kamu cakap belakang pasal semua kekurangan dia . (plastik bocor)

- Kamu berkorban kesenangan kamu demi anak dan suami tapi kamu merungut setiap masa membuatkan mereka rasa bersalah . (plastik bocor)

- Kamu doa mohon keampunan , Allah beri kamu sakit , kamu mula merungut buat org sekeliling kamu tertekan (sedangkan sakit pengampun dosa) . (plastik bocor)

Jangan kamu kumpul semua amalan baik kamu dalam plastik bocor. Kamu berusaha mengisinya tapi dengan senang ia jatuh tumpah ke bawah ! Ya Allah, bantu lah & ampunilah kami yg sering alpa ini . Ameen ~

Salam Tahun Baru 1437 Hijrah.

Selamat bercuti semua orang . SALAM MAAL HIJRAH . Selamat Tahun Baru 1437 Hijrah . Hee . Buku lama tutup , kita buka buku baru . Yang buruk kita tinggal , yang baik kita teruskan .

Alkisahnya masa otw balik kerja semalam , time hujan lebat , time jem teruk . Mak call . 

" Adik , sat lagi sampai rumah baca doa akhir tahun . Lepas maghrib baca doa awal tahun , baca yasin pastu adik mintak apa adik nak mintak ."

Maka lepas je sampai rumah . Gigih aku segerakan pesan mak tu-- So , jom kat sini aku share Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun dengan korang .
Sumber gambar : Dari pakcik google .

Segmen: Saya Sayang Blog Saya

Picit banner untuk join bersama . Yeah ! Syarat yg sangat mudah . Tamat 31 Oktober 2015 jam 10 malam . Hee ~

Hari Sukan Negara 2015.

10 Oktober 2015 . Seperti semua orang tahu , tahun pertama pada tahun ini kita menyambut Hari Sukan Negara . Sebagai salah seorang rakyat Malaysia , aku 100% menyokong aktiviti tahunan ini . HAHA .

Sebagai seorang staff Telekom Malaysia Berhad , kami dikehendaki berkumpul di Dataran Putrajaya untuk turut sama-sama sertai sukan negara ini . So , seawal jam 4.45am semalam dah bangun hoiii . Nak pergi kerja pun tak bangun seawal tu . Sebabnya ? Jam 6am jalan sekitar Putrajaya akan ditutup .

Macam biasa , kitorang akan sama-sama . Dengan dua buah kereta dari Shah Alam , bersama mereka kawan-kawan dari TM Shah Alam dan TM Petaling Jaya semangat ke Putrajaya . Jam 5.20 kitorang gerak . Singgah di Mufors utk solat Subuh . 6.15 kitorang sampai . Naa . Gelap lagi waktu tu .
Berpantera ( baju Team Malaysia ) kami semua . Semangat sangat ni . Sebab bukan selalu dapat join aktiviti macam ni bersama-sama . Kah !



Aktiviti dimulakan dengan senamrobik . Agak lama lah aku tinggal aktiviti " membuas " macam ni . Ramai yang menyertai . Orang awam , bebudak sekolah , yang muda , yg tua , kanak-kanak , OKU , Melayu , Cina , India dan seluruh rakyat Malaysia .


Memula ramai . Pastu makin lama makin kurang . Dan last tinggal berempat saja . Haha . Berjaya jugak tamatkan berjalan . Berjalan pun penat wey . Haha . Sampai muka comot-comot .

Gigih semua orang nak bergambar dengan Fahrin Ahmad . Hahahahaha . Dah ler berpeluh-peluh . Nasiblahhhhh ~
Maka , inilah sahabat-sahabat saya yang gila-gila . Sorang jea tu yang dah berkahwin . Yang lain masih lagi bujang . Kah !

Dan penangan membuas semalam , habuan hari ni , aku bergerak serupa anak ketam . Haha .

Header Baru Untuk Blog Meeya Techik.


Naa . Gua letak header baru untuk blog yg semakin makan usia ni . Saja jea seronok-seronok . Bukan selalu pun kan .

Ada jugak yang dah perasan . Hee . Yang dah tegur-tegur header blog aku berubah . Berubah corak jea . Warna masih maintain . Dan lebah WAJIB ada . Trademark aku tu . Kahkahkah .

Takdelah aku pandai mana nak edit sendiri . Aku upah orang jea . HAHA . Kemudian bayar ler . Dengan siapa aku upah ? Of course orang yang sama . Sebab upah dia murah dan sangat puas hati . Nah sekali lagi aku share details dia :

Contact jea dia melalui FB . Dilayan juga tu . Dia sangatlah peramah . Hehe  :) Atau boleh ke entry INI .

Kursus Kahwin di JAIS Menjadi Pilihan .

Selamat tengahari semua urang . Hee ~ Sengsorang dalam office waktu lunch hari ni . Nak makan pun kenyang lagi . So , hilangkan stress kita update blog ~

Wee . Tajuk tu . HAHA . Orang lain dah berzaman ambil Kursus Kahwin , kenapalah aku baru nak pergi ambil ni .

" Sebab aku belum lagi nak kawen . Relax lah dulu "

Haa . Bukan tak ada orang ajak aku ke kursus kahwin tu . Bukan mak tak bising suruh pergi ambil . Cuma aku yang malas nak arrange . Haiyaaa . Ada juga yang bagitahu , harga akan berubah dari RM80 ke RM120 . Dan dari tidak bermalam berubah ke perlu bermalam . Harap-harap tak lah kan .

Petang tu , Incik Saiyang call berkali-kali . Aku kat atas moto kan . Macam manalah nak jawab . Ke parit jawabnya nanti . So , bila sampai jea , sekali lagi dia call . AKu jawablah . Pastu fon pun macam gila-gila sikit , aku cakap kita ws jea lah .

Khusyuk punya ws , sampai aku tersalah rumah . Haha . Nak masuk rumah orang hoi . Meeya , rumah sewa kau tingkat lima . Tu baru tingkat empat . Naik lagi setingkat . Choiii ~ Nasib baik tak ada orang nampak . Kalau ada orang nampak , tak ke orang cakap aku nak merompak . Aduinaaa ~

Ws apa yg khusyuk sangat tu Ya ? Ni haa . Lebah cakap dia kena ambil kursus kahwin dekat kem , so dia suruh aku ambil jugak . Tapi aku kenalah ambil di luar . Macam tak best pulakkan bila tak pergi sama-sama . Haha . Takpe lah . 

So , esok paginya . Awal-awal Lebah dah kirimkan aku gambar . Tersentap sat rasa . Haha .
Maka aku pun segeralah minta bantuan Pakcik Google . Ada jugak aku survey . Tanya orang kat mana yang okay . Majoriti cakap dekat JAIS . Dan pilihan aku , sama macam diorang :
Masih berharga RM80 termasuk makan minum dan fail . Tak perlu bermalam . Nasib baikkkkkk . Dan aku berjaya hasut si roommate aku untuk join . Nda mo laa aku kalau sorang-sorang . Nervous . Haha ~ Kat bawah ni aku share sedikit info . Mana tahu ada yang berminat untuk join . Hehe ~

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bangunan Sultan Idris Shah,
Tingkat 1 Menara Selatan
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor

Tel: 03-55143400 Fax: 03-55103368
Email: info@jais.gov.my

atau ,
korang boleh terus ke link ni :

GIVEAWAY : NOVEL KESAYANGANS .

Macam selalu . Kalau nak join picit pada banner . Si laling gua dengan baik hatinya nak hadiahkan novel . Walaupun gua bukan ler kaki novel macam dia , gua join sebab support . HAHAHAHAHA . Setahu gua , dia memang ada novel menggunung . Sebab mama dia selalu cerita . Kihkihkih . Moh ler korang ikut serta . Yeay !

Kenapa Dengan Dahi Hazim ?

Ada aku up gambar ni di IG dan FB . Ngeri kan tengok ? Aku lagi-lagi lah ngeri . Terbayang-bayang jea . Sebab benda jadi betul-betul depan aku . Senang cerita , akulah saksi utama .

Petang Raya AidilAdha tu . Kitorang satu family baru balik dari rumah tok dengan wan . Abah aku teruslah pergi belakang rumah sebab nak siapkan rumah arnab . Arnab semakin membiak sekarang . Bila ada orang nak beli abah taknak jual . Sayang kan ? Kita bela dari kecik . Hari-hari tengok dia . Lepas tu nak jual kat orang . Macam tak sanggup jea .


Yang ni lahir masa Raya Puasa hari tu . Masa baby lagi sempatlah Incik Saiyang ambil seekor dan bawa masuk tidur atas tilam dengan dia . HAHA . Mata dia merah yoo ~
Yang ni lahir masa awal pagi 3 minggu sebelum Raya AidilAdha . Awal-awal pagi mak call aku bagitahu arnab abah beranak lagi . Semoga cepat besar ye sayang  :)
Dan ini yang latest . Lahir enam ekor di pagi raya Aidil Adha . Tapi mati sekor . Tak sempat diselamatkan sebab terlewat tengok . Huhu . Banyak kan . Semua sekali hampir berbelas ekor . Tu sebab lah abah terpaksa buat rumah baru untuk si bulus ni semua .

Back to the main topic . Sedang abah asyik pacakkan tiang utk rumah arnab ni . Mak pun berkatalah kepada si cucu :

" Hazim , pi panggei abah mai tolong tokwan buat lau ( rumah ) arnab ni ."

Lalu berlari lah si anak buah masuk ke dalam rumah . Dan aku masa tu baru jea angkat takbir untuk solat Asar . Dengar bunyi si Hazim jatuh . Terus-terus achik stop solat . Si Hazim lari ke arah aku sambil pegang dahi sambil darah berjurai-jurai ke pipi . Allah .

Lemah jantung , lembik lutut , rasa tak pijak tanah semua rasa ada time tu . Achik pun terus laa jerit panggil si abang yang tengah tidur time tu . Achik ni penakut darah . Penakut luka . Lagi-lagi lah benda yg jadi depan mata achik .

Si abang dan si ibu terus bawa si Hazim ke Panel Clinic . Berjahit lah jugak . Empat jarum . Achik solat Asar semula . Tapi jujur aku cakap , solat aku tak khusyuk langsung . Hmm ~

Siapa sangka benda nak jadi . Si Hazim pulak lasak budaknya . Lepas dahi berjahit pun still nak berlari sana sini . Achik pulak risau . Auchhh .

Notatapakkaki : Gua memang takde cita-cita nak jadi nurse apatah lagi doctor .

Terkongkongkah Aku ?

Perempuan . Ya , selalunya perempuan lah . Yang mana ada dua jenis . Yang jenis satu , dia suka bila pasangan dia ambil tahu . Yang jenis dua , dia tak suka bila pasangan dia ambil tahu .
" Wey , hang rimaih dak kalau tunang hang dok kongkong-kongkong hang ? "

Sejujurnya aku tak rimas . Pada aku dia bukan kongkong . Tapi dia amek kesah . Dia amek tahu . Dia nak kau terjaga . Dia mungkin risau kalau apa-apa jadi pada kau . Dan bagi aku jugak , biar lah dia macam tu daripada dia langsung tak ambil tahu . Kau sendiri pun akan rasa , dia ni macam tak kesah je apa aku buat . Kalau aku lah . Orang lain aku tak tahu macam mana . So , dari situ kita boleh tahu yang dia tu sayangkan kita . Hewhew .

Yang jenis dua . Mungkinlah si pasangan tu terlalu mengongkong . Sampai semua benda tak boleh buat . Sampai warna baju kau pakai keluar pun dia nak ambil tahu . Itu memang rimas lah . 

Alhamdulillah bila Incik Saiyang ni bukan jenis lelaki yg " teruk " mengongkong . Ada benda dia tegas , dia akan tegas . Ada benda dia cool , dia akan cool . Dan kau pun , kalau tahu benda tu dia tak suka , kau janganlah dok ketegaq buat juga . Sebab aku pasti , kau pun mesti akan marah kalau benda kau tak suka , dia buat . So , sesame ah fikir . Sesame ah tolak ansur . Sesame ah satu sama lain . Kau nak hidup dengan dia bukan sehari dua . Tapi seumur hidup .

GIVEAWAY OCTOBER BY IMPIANA CIK YANIE

http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/10/giveaway-october-by-impiana-cik-yanie-1.html
Picit banner kalau mo join . Macam biasa jak tu .
Bha , ramai-ramai kita meriahkan GA Cik Yanie ni . Banyak juga hadiah dia mo kasi . Hee .

Segmen Join Blogger Ku


http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-join-blogger-ku.html


Blogger Ku Komuniti  adalah komuniti untuk para blogger yang ingin mengikuti perkembangan Blog yang Update Setiap hari.

Syarat Syarat Nya Mudah :

1.Join Blogger ku Komuniti.

2.Buat Tajuk Post "join Blogger Ku".

3.Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.

4.Share Post Anda ke Blogger ku dan Mana-mana Google Plus Community.

5.Tinggalkan Url Post Anda Ke Ruangan Komen Disini.

Cara Pindahkan Duit Dari Cimb ke Bank Lain.

Assalamulaikum . Hee . Nak share ilmu sikit hari ni . Bila ada yang bertanya , balik kerja aku gigih update entry ni . 

" macam mana nak transfer dari cimbclicks ke bank lain ? "
Semoga step ini membantu korang . Hee .

Sudah pasti korang kena masuk web www.cimbclicks.com .

1 . Pilih Malaysia .

2 . Pilih Log in ,

3 . Masukkan User ID ,

4 . Masukkan Password ,
 
5 . Pilih Transfer_To Other Bank ,

6 . Pilih From ( Akaun kita).
7 . Method ( Normal / Instant )
-- Normal selalunya akan ambil masa utk dipindahkan .
-- Instant , serta merta dipindahkan setelah transaksi berjaya .
8 . Pilih To ( Bank yg mahu dipindahkan )

9 . Masukkan nombor akaun penerima.
10 . Pilih Payment Type_Fund Transfer .
11 .  Masukkan Amount ( jumlah yang mahu dipindahkan ) .
12 . Masukkan Recipient Reference ( Contohnya : Duit Baju )
13 . Tekan SUBMIT ( ada di bahagian bawah )
 Selepas tekan Submit , akan keluar page ini . 
14 . Tekan Request TAC .

Tunggu beberapa minit , akan terima SMS seperti di bawah di nombor 15 :

16 . Masukkan TAC number tadi .
17 . Tekan Confirm .

dan akan keluar page ini :

Yeay !! Berjaya  :)
Dalam beberapa minit , akan terima SMS lagi sekali macam kat bawah yg bernombor 18 tu :
Hee . Semoga bermanfaat utk korang semua . Mudah jea kan . Selamat mencuba yaw !