Ini semua kerana kamu mampu !



Kita cuma manusia biasa,
Lagikan tak punya kuasa apaapa. 

Ada hari rapuh itu normal,
Cuma jiwanya perlu disental.

Ada hari kuat itu kita gembira,
Bahagia untuk meneruskan jalan ke sana. 

Namun tak selalunya kita diberi bunga,
Tetap berselang dengan duri duka. 

Cumanya kita harus sedar,
Untuk mengembalikan bunga mekar,
Tidak seindah bunga yang menumbuh subur. 

Setiap satunya ada hari yang layu,
Bila tibanya waktu. 

Kamu,

Jangan terus dibayangi sayu,
Cari jalan kuat seperti dulu.

Ini semua kerana kamu mampu !

Tuhan Itu Maha Tahu.



Tuhan itu Maha tahu.
Ya . Dari sekecil² kuman Dia tahu apa yg terbuku disudut hati kita sebagai seorang hamba.

Cuma kdg, bila Dia uji, kita rasa kita tak mampu nak menghadap. 
Tapi Dia tahu setebal mana tahap kekuatan kita.
Dia uji tanda Dia cinta. Dia uji tanda Dia cakna. 
Sebab Dia Maha Segala 💜

Pesan aku, sebesar mana dugaanmu, carilah Dia.
Rayurintih lah padaNya.
 Minta sungguh² denganNya. 
Dugaan yg Dia beri, pasti Dia punya jalan penyelesai 😊

Semua hamba tak lekang dek duga. Aku turut merasa.
Aku juga masih menunggu masa utk Dia kabul semua.
Semoga ianya tiba.

Selamat bekerja semua !



7 Feb harini . Jalan clear harini . Org masih cuti gamaknya . Kalau setiap hari macam ni kan best 😉

Masuk office pun tak ramai staff yg ada . Berapa kerat ja yg tinggal . Ikutkan Mira pun nak sambung cuti , tapi kalau cuti lama² pun bosan jugak dok rumah tak buat apa . Baik lagi Mira dioffice ja . Ada jugak manusia boleh buat teman borak .

So macam biasa lah kalau awal pagi . On pc dan check email . Tengok email takut² ada yg urgent . Nasib tak ada 😆 So boleh relax sikit harini . Tak perlu terkocoh² . 

Utk yg bekerja harini , Selamat Bekerja uolls !

Sabah atau Penang ?



Petang² ni , belek punya belek gallery hp , nampak gambar ni . Gambar Raya Haji 2018 . Cukup satu family 💕

Lepas tu teringat ke kata² Azfandi semalam . 

" Syg , nanti bagi b salinan ic utk booking tiket flight balik raya "

Glupppp . Terus laju Mira terfikir . Kita raya kat Sabah ka tahun ni 😥

Taktau nak rasa apa . Happy atau sedih . Happy sebab dah lama tak balik sana . Since kawen pun kami tak pernah balik ke sana lagi . Biasalah suami Mira , sibuk kalah menteri . Sedih pulak , sebab seumur hidup Mira , tak pernah lagi raya tanpa mak abah Mira 😭

Adakah tahun ni menjadi kenyataan ? Du adududu 😑

Bertemu semula di tahun 2019 !


Hye semua ! Lama sangat kan Mira menghilangkan diri dari dunia blog ni . Hehe . Yang boleh terbehenti tu sebab dok prepare utk wedding Mira dulu . Sibuk kan ke sana sini . Urus itu ini .

langsung tak terupdate blog yg tak seberapa ni . Nasib baik ingat lagi email & password . Kihkih .
So , In shaa Allah Mira akan kembali aktif lepas ni . Maybe tak banyak pasal review , lebih banyak ke arah lifestyle .


Tak ada apa yg beza sepanjang ketiadaan Mira di dunia blog ni melainkan dulu single , sekarang dah bertukar status sebagai Isteri seorang Azfandi

Soon Mira akan kongsi dengan hampa cerita Kawen kiotrang . Doa doa lah semoga Mira still Ingat . Hampir dua tahun dah kan . Hihi . Umur pun makin tua :P

Ni Mira belanja sekeping dulu gambar kawen kitorang .