Korang ke mana CNY yg lepas ? Aku ? Tumpang cina balik raya . HAHA . Pada awalnya bercadang untuk ke Kelantan . Plan dgn si Kak Aton ( tunang abg si lebah ) . Sebabnya ingatkan Lebah akan lambat lagi masuk sekor dia tu . Once bila Lebah terkurung kat dalam Kem beliau , maka aku dengan pantasnya mencari tiket pulang ke kampung Bagan Buaya , Nibong Tebal Pulau Pinang . Plan nak ke Kelantan tu sebabnya , memikirkan lepas ni mesti dah susah nak jumpa Incik Tunang . Tapi lagi awal kami dijauhkan . Aku redha . Aku redha . Aku redhaaaa .
Rabu tu office dah start cuti . Gantian Maulidur Rasul yg lalu . So Selasa malam aku cabut . Alhamdulillah jalan masih clean and clear . Pukul 11 dari Shah Alam , pukul 4.30 aku sampai Parit Buntar .
Indahnya kat kampung . Lima hari tak terasa . Sekaligus dapat sembunyikan rasa sunyi aku . HAHA . Sebenarnya malas giler nak update entry ni . So , aku share gambar jea okay :)
Kalau ramai-ramai , cenggini lah kitorang . Family sebelah mak . Selalu akan kumpul and buat potluck . Aku yakin aktiviti macam ni boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kitorang . Kan ?
Ini kanda aku . Satu-satunya kakak aku . Hihi . Ada serupa kaa muka kami . Macam idok jea aku tgk . Apa pun , hang tetap kakak aku hat paling rare . I love you sista ! Memenuhi hari dengan menternak lemak . Kenduri yukkkk .
Hari berikutnya , ikut abah ke pengkalan . Abah repair boat . Persediaan untuk pergi memancing keesokan harinyaaaa . Jadi anak-anak abah wefie . Padahai boat tak begerak pun . Kahkahkah . Eh korang , abah kite ada buat perkhidmatan sewa boat untuk pergi mancing tau . Kalau berminat boleh PM :)
Dan ini , budak suka buat perut achik jadi keraih gelakkan dia . HAHAHAHAHA ~ Banyak akai ni . Nak marah pun tak jadi . Penangan tengok Upin Ipin . Aduhaiiiii rajin menolong achik masak . Achik balik kampung belajar masak okay ?? Bhahahaha ~
Haku rasa , cukup takat ni . Nanti aku kaypochi lagi . Charlooo +___+