SEGMEN : BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH .


Click banner untuk join . 
Sebulan woiiii masa diberi .
Ayuhhh ~~

CMT Selangor : Farewell sempena MESRA .

Kali ini punya pilihan tempat , masih di De Palma Hotel Shah Alalm . Cuma kelainannya hanya , kami memilih menu Sarapan Pagi .

Disebabkan mood tak berapa nak baik dari petang semalam , so macam biasa . Takde gambar makanan . Sampai jea Hotel tu , pilih seat , amek makanan , baca doa dan terus nganga .

Kepada 4 orang yg akan bersara hari ni . I wish to all of you best of luck . Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang surirumah bekerjaya lepas ni :) . 



Terima kasih untuk segala tunjuk ajar . Terima kasih untuk segala makanan . HAHAHAHA . Akak yg sorang tu selalu bawak makanan datang office . Perempuan lebih ramai dari lelaki . Itu normal . Hihi ~ Panjang umur kita jumpa lagi . Gonna miss you Kak Ina :) 

Segmen Berkenalan by : Dr. Shikin .

Click pada gambar .

Dengan ini , saya Meeya Techik joined 
" Segmen Berkenalan by Dr Shikin ni ."
Hihi .
Saya follower  ke 704 .

Jom kawang-kawang kita join sama-sama .
Cik Hani , saya tag nama awak :)
hee ~


HADIAH :
1. Top Referral - Cash RM20
2. Shiseido face mask hitam + FM
x 15 pemenang .

Rezeki 2015 , GiveAway #HaiBlogger


Alhamdulillah . Ini rezeki pertama aku . Aku tak pernah lagi menang apa-apa give away yang aku join selama aku begelar Blogger Cabuk ni . Kahkahkah .

Walaupun ini bukan 3 pilihan hadiah yg aku buat , Alhamdulillah . Menang jugok . Lagi-lagi dari bestfriend sendiri . Sempat jugak dia selit hadiah extra . Kalau ikutkan aku menang Celebritylass jea . Tapi Hani selitkan satu Novel yg sangat-sangat mengikut citarasa aku sebabnya novel tu tak tebal pun . HAHAHA . Jadi , mendatangkan mood untuk aku baca nanti . Thank you Hani !!

Aku pun tertanya-tanya , apa menatang celebritylass ni . Dan untuk tahu dengan lebih lanjut , korang boleh click SINI dan SINI :) . Kat situ Hani ada share dalam entry dia . Mulanya aku nak copy paste jea , disebabkan Hani kedekut tak bagi copy , korang kena click link yang aku attach tadi . 

Yeay ! Lepas ni boleh join Give Away lagi . Mana tahu boleh menang lagi . Ehhh -,-

Give Away @haibloggerofficial .

Macam biasa , Lebah sebagai trademark @meeyatechik . wheee ~ kengkawan kalo mu nak menang hadiah mu bole join jugok . Macam² hadiah adooo .

Semoga gua menang . @pakjohnbbq @maria.shop dan @haicetak , meh bagi saya hadiah tu ! saya nak ! hahahaha :) eh korang , kalo nak makan steamboat free , tolong lah bagi saya menang ! tolong tolong tolong ツ . Yg paling kena tolong , @pakjohnbbq lah . tolong tau . Hahahahahahaha .

Dah jom join . Follow step kat bawah tu lekaih !


Hadiah terkumpul sebanyak 9 item yg sedang menanti 20 orang Pemenang Bertuah . Jom kita join giveaway? Disebabkan ada org tanya yg tak ada button badge boleh join tak ? So kita buka kepada 2 kategori :

Kategori 1 :

Siapa ada button badge #HaiBlogger! Sila upload gambar button badge tu segempak dan sekreatif korang terror di instagram korang dan tag @haibloggerofficial serta para-para sponsor :

@pakjohnbbq 
@coolhijabofficial 
@celebritylass_product 
@hanifahzainalabidin 
@maria.shop 
@BoothBoboiboyTescoAmpang 
@haicetak 
@mardinasafiyya 
@dreamsfairyboutique.

Tulis ayat-ayat best apa hadiah yg korang nak sangat tuuu . . The rest pandai-pandai korang laa nak ambik hati sponsor ( repost balik gambar-gambar hadiah ke atau dapatkan banyak like ke follow sponsor ke apa terpulang macam mana cara korang nk tackle hati sponsor ) hehehehe  :)


Kategori 2 :

Siapa yg belum ada button badge #HaiBlogger! pon boleh join GA ni . Cuma korang repost balik ( sekali dgn caption)

Tulis ayat-ayat best apa hadiah yg korang nak sangat tuuu .. The rest pandai-pandai korang laa nak ambik hati sponsor ( repost balik gambar-gambar hadiah ke atau dapatkan banyak like ke follow sponsor ke apa terpulang macam mana cara korang nak tackle hati sponsor ) hehehehe  :)

Last sekali jangan lupa kan hashtag #HaiBlogger! ‪#‎HBGiveAway‬‪ #‎BloggerCommunityClub‬ untuk kesan jejak korang semua .

Pemilihan Pemenang ---> Instapost menarik daripada admin dan daripada sponsor yg suka.

Tag 3 hadiah yg korang nak tuu supaya sponsor dapat pilih korang . .  Give away ini berlangsung selama 7 hari dan Tamat pada 25/01/2015 .


Esok last ! Jom join cepat !!!
GOOD LUCK !!!

Suatu Malam di Kuala Lumpur International Airport 2 .

Ada orang tu beriya-iya nak surprisekan kita . Tapi kita dah tahu . Acane ? Sampai kita terpaksa berlakon macam tak tahu  :D . Susah sebenarnya nak jadi pelakon ni . 


Berlima kami malam tu . Along ( Abang sulong si tunang ) , Abang Lan ( Abang ke... ? Aku lupa ) , Kak Aton ( Tunang Abang Lan ) , Wawa ( Anak Buah si tunang ) dan aku . Tak ada benda lain untuk diperkatakan selain Alhamdulillah kerana Mama Ayah dan Incik Tunang kita selamat mendarat di KLIA 2 malam tu . Happy ke kau ? Of course aku happy . Rindu ke ? Tipu kalau aku cakap tak rindu .

" Sebenarnya orang tahu bie nak datang , ayah dah bgtau awal-awal hari tu "

Itu penyebab macam mana aku tahu kau akan datang dgn ayah and mama . HAHAHAHAHAHA . 

" Tapi bie tanya ayah , ayah cakap tak tahu ? "

Eh , mestilah ayah pun nak surprisekan awak . HIHIHI . Pandai kan kitorang berlakon ? Lagi hebat dari awak . 


Hmm . Tak kisah samada terkejut atau tak , yg penting semua selamat . Since dengar macam-macam kejadian pasal flight ni , timbul kerisauan di situ . Selagi tak dapat call yg menyatakan " dah sampai " , selagi tu tak tenang . 

Sebenarnya . Aku Happy Bila Kau Happy .


Pagi tadi waktu kau hantar aku dtg kerja . 
Kau mainkan lagu versi Kelantan .
Saat kereta tersusun rapi atas jalan . 
Termasuk juga kereta yg kita guna .
Bergerak setayar demi tayar . 

Aku tahu , tekanan bila tak dapat pandu laju .
Kena sopan . Kena hemah . Kena ansur .
Jangan kelibut . Jangan mencarut . Sabar .
Itu realiti kota raya .

Bila tiba rentak rancak , aku nampak kau menyewel .
Bergelek tiada rasa . 
Aku cuba tahan ketawa , tp punah .
Bedekah aku belasah . Hilang mengantuk aku .

Kau tahu apa aku rasa ?
Oren.

Sayangku Ini Teman Hidupku .


... Ya Allah ...
... Sayangku ini teman hidupku ...
... Mesra kami penawar duka ...
... Rindu kami menambah cinta ...
... Rajuk kami membuah ceria ...


... Ya Allah ...
... Silaturrahim kami ukhuwah fillah ...
... Bermusuh kami na'uzubillah ...
... Berpisah mati in shaa Allah ...


... Ya ALLah...
... Sayangku ini teman hidupku ...
... Rahmati kami meniti usia ...
... Terpisah kami di alam nyata ...
... Temukan kami di taman Syurga ...

Farewell Shah Alam ke Petaling Jaya .

Alhamdulillah . Aku masih di Wisma TM Shah Alam hari ni . Tapi , kejap lagi ada lagi satu meeting . Masih tentang isu yg sama , penghijrahan .

Yang tu taknak cerita , yang aku nak cerita tentang Farewell semalam . Di mana Rumbia Cofffee House , De Palma Hotel Shah Alam menjadi pilihan kami , Club CSM Selangor .


Dengan bermenukan makanan tengahari , terdapat pelbagai jenis hidangan yg menjadi santapan kami tengahari semalam . Sayangnya aku langsung tak amek gambar makanan sebabnya event tersebut adalah event perpisahan . Hati kurang enak . Hee  :) Kalau event untuk Food Review , mesti dah banyak gambar makanan yang aku akan tepek pada entry ni .

Disebabkan memang lapar ya amat time tu , memang makanan berat yg jadi tumpuan . Yang tak bestnya , kami hanya dihidangkan air kosong ( sejuk ) + air panas ( tea dan kopi ) . Hat ni jemmmm . Kalau sediakan air kenduri sirap selasih pun dah cukup okay . Janji berperisa . Hihi .


Macam biasa . Kawang-kawang seangkatan . Kawang-kawang breakfast sesama , solat sesama , bising sesama , OT sesama . Bila kena berpisah nanti , sedih kan ?



Al Quran . Semalam dah start baca . Semoga aku tak malas  :)

Hoping For A miracle .

Cakap banyak gua taknak . Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah !!!  Syukur sangat sebab Wisma TM Shah Alam still sayangkan aku . Allah Allah Allah !!



Actually baru balik dari dePalma . Farewell untuk mangsa-mangsa penghijrahan . Patut tak rasa nak nangis pun tadi .

" Hoping For A miracle . Really Hope " . Dan ia terjadi . Ya Allah , Alhamdulillah .

Kat Mana Ada Hang Kat Situ Ada Aku .


Adakah itu dikatakan kongkongan ? Tak bagi aku keluar merata . Nak p pasar malam depan rumah sorang-sorang pun kdg-kdg payah . Tapi aku tahu , kau ada sebab buat begitu . Thanks for your caring . Kau kesah sebab kau sayang . 

Eh awak , tolong kesah sampai bila-bila okay ?

Notatapakkaki : 14September14 -----> 14Januari15

Selamat Kembali Ke Alam Persekolahan 2015

12 Januari 2015 . Bermula sudah sesi persekolahan bagi tahun 2015 . Untuk mak dengan abah , selamat kembali ke alam persekolahan . Orang lain sibuk wish ke anak-anak , apesal aku wish ke mak dan abah ni ?

Haa ni nak habaQ mai , mak aku memangku jawatan sebagai Chef untuk kanak-kanak Tabika Kemas Bagan Buaya , satu-satunya tabika dalam kampung aku . Dan abah aku pulak , bak kata anak buah aku , " tokwan jadi cikgu kat sekolah achik " ~ Makan dalam okay . Abah aku memangku jawatan sebagai Tukang Kebun di sekolah menengah aku dulu . SMK Seri Nibong , Nibong Tebal , Pulau Pinang . Hihi .


Untuk anak-anak buah achik yg tiga orang tu , Selamat Kembali ke alam persekolahan okay . Jangan buas-buas . Nanti cikgu tak larat tempit :P

Hari ni achik tak berani cilok sangat sebab kereta atas jalan dah back to normal . Start dari simpang depan rumah jalan dah mula jem . Alahai achik . Hati-hati , pesan pada diri sendiri .

Please Be Nice To Me PJ .

Hari ni aku masuk meeting . Meeting pasal nak pindah tu . Start dari jam 9 pagi sampai pukul 1 petang . Sesi kenal-kenal dengan AGM baru , boss baru . Boss lama sebenarnya . Tapi dulu di unit lain . Sekarang jadi boss unit aku . Aku maintain dengan unit asal , Complaint Management Team . 

Macam biasa , dalam ramai-ramai yg terlibat dalam " penghijrahan " ke state Petaling Jaya ( PJ ) tu , aku lah yg paling muda . HAHAHAHAHA ~

Pastu , lepas meeting tu . Dengan perut yang menggelegak mintak nasi , kitorang terus ke office baru sebab nak tengok keadaan office kat sana . Dengar-dengar macam sadis . Better pergi tengok sendiri .


Bagi aku , agak jauh lah dari rumah sewa aku . Tapi takpe . Yang tu aku redha . Yang aku tak berapa nak redha . Hmmm . Yang sekarangnya aku di rumah " banglo " , kena berpindah ke rumah " setinggan " . Korang imagine sendiri . Yang pasti , lepas ni tak boleh lagi susun atur lebah lima enam ekor atas meja ni . Kang jiran sebelah marah . 

Sebenarnya aku menyimpan harapan . Mengharap " penghijrahan " ni ditunda . Tapi siapa aku ? Kameh depan bungkuih baQang cha alif but laa chik . Good bye Shah Alam . Tinggal 4 hari jea lagi kat sini . Banyak woooo kenangan kat sini . 

Takmau cerita banyak . Korang tunggu jea update dari aku lepas ni . Mood takdan nak ligan .

SAFE FLIGHT SAYANG !!

Hmm . Hari ni aku mencari blog untuk curah segala rasa . Mohon jgn vomit  :)

Malam tu , aku rasa macam dah lama tak call parent lebah . So , fon aku capai , tengok pada bahagian contact lalu aku mencari nama " Mama Bie " .

Ayah menjawab . Kata ayah , dorang ada di rumah Pakcik . Kau dgn mama ada dalam rumah , tapi ayah kat luar . Tanpa aku bertanya , ayah memberitahu yg mana korang ( ma , ayah , tunang aku ) akan datang ke Semenanjung pada 19hb nanti . Aku seakan-akan tak percaya sebenarnya , aku tanya ayah sekali lagi . Bila ayah ulang untuk kali kedua , bunga pada hati ni aku tak tahu berapa kuntum sedang terbang . Dan aku :


aku : ye ke ayah ???  wahhhh ~~!! seronoknya . 
ayah : iya bha . Itu dorang dalam sana tgh beli tiket guna laptop . 
aku : haaaa datang laaaa mira rinduuuu . 


Hmmm . Ntah pergi mana malu aku time tu . HAHAHAHAHAHAHA ~ Yang aku dgr ayah dah gelak-gelakkan aku . 


Bila aku matikan fon . Laju jari aku cari calendar dekat fon . Lebih kurang dua minggu lagi . Start hari tu , sampai hari ni , hari-hari aku tengok calendar . Biarlah orang cakap aku meroyan . HAHAHAHAHA .

Pastu pastu pastu , aku fikir . Yang dulu bulan Oktober lalu , kau pesan dengan aku jangan nangis sbb nanti bulan Jan kau datang lagi . Kau pesan lagi , tentang voucher Steamboat yg aku dapat tu jgn redeem lagi . Minta aku tunggu kau datang . Rupanya betul kau akan datang even kau tak cakap dengan aku yg kau akan datang macam mana ayah bgtau aku . 

Lepas tu , aku terima wasap dari kakak ipar kau . 

kak rubie : mira , tahu ke fendy nak datang sana dalam bulan ni ?
aku : haa mira dah tahu kak , ayah dah bgtau tadi . tapi fendy takde pun cakap apa-apa dgn mira .
kak rubie : dia nak surprisekan mira lah tu .
aku : ntah laa kak . mira pun tak tahu . tunggu jea  :)

Semangat family kau bagitahu aku . Diorang tahu aku seronok . Kahkahkah .


Dear Mr.Fiance ,
Tahun lalu , aku jumpa kau bulan Dec 2013 , bulan April 2014 baru kita jumpa semula . Kemudian , kita menjauh kembali untuk lima bulan . Kau datang jumpa aku bersama keluarga besar kau pada September lalu . Waktu kita ikat hubungan kita . Kau pulang Oktober lalu , dan Januari ini aku tak sabar nak jumpa kau . 


Kau faham apa aku tengah rasa sekarang ? Aku nak masa tu cepat-cepat bergerak sebab aku nak jumpa kau . Tapi dalam masa yg sama aku taknak masa laju-laju jugak . Sebabnya , aku dah nak kena pindah office nanti :'( . Aku pindah office dulu baru aku dapat jumpa kau . Mahu tak mahu , aku kena hadap yg pahit dulu sebelum aku dapat rasa yg manis . Nampak ALLAH atur yg terbaik kat situ ?

Telinga DIA Yang Aku Selalu Pinjam


Diam diam aku,
Banyak cerita yang aku sampaikan pada Tuhan tentang kita .

Maka ,
Jangan bimbang tentang diamnya aku terhadap kau .
Diam aku bukannya senyap .

Tapi diam aku mendoakan kau .

D'Kayangan Steamboat & BBQ Sec 13 Shah Alam

Di mana ada Meeya Techik di situ ada Cik Hani , di mana ada Cik Hani di situ ada Acul , di mana ada Acul di situ ada Khai ! Haa . . Tahun ni kami , geng-geng Blogger memilih D'Kayangan Steamboat & BBQ Sec 13 Shah Alam sebagai tempat gathering . Kena pulak malam New Year kan . Memang mantop lah bila kitorang berada di situ beramai-ramai . Selain daripada kitorang , ramai lagi kengkawan Meeya yg sudi memeriahkan gathering kitorang malam tu . Thank you korang yg datang malam tu :)


Kenapa kami memilih D'Kayangan Steamboat ? Sudah tentu D’Kayangan Steamboat ni adalah pelbagai menu steamboat dan BBQ yang disediakan antaranya seperti makanan laut seperti ketam , udang segar , potongan ikan , filet , ayam , kupang , tiram , kerang , kepah dan banyak lagi . Pencuci mulut dan makanan sampingan juga turut disediakan seperti buah-buahan , aneka kek , aiskrim dan ais batu campur (ABC) , nasi goreng , bihun , kentang goreng dan sebagainya . Selain itu , Restoran ini juga berkonsepkan girll, stim, BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet . Antara keistimewaan disini adalah sup tomyam , sup ayam , sos BBQ dan kambing panggang . 





Memandangkan kitorang semua memang stay di Shah Alam , so sangat memudahkan kitorang semua sebabnya D’Kayangan Steamboat dan BBQ terletak di Seksyen 13 Shah Alam , Selangor . Antara landmark yang korang boleh cari adalah MSU dan Acapella Servis Apartment . Ia terletak berhadapan dengan Restoran Tupai-Tupai dan bersebelahan dengan Restoran Hayaki .


Dan setahu aku D'Kayangan Steamboat & BBQ adalah satu-satunya Restoran Steamboat yg terkenal di Shah Alam ni . Dan korang perlu tahu , restoran ini pernah dikunjungi oleh team Jalan-Jalan Cari Makan . Haaa ~ Kalau tak caya , ini bukti wa kasi lu  :)


Perghhhh ! Korang tahu macam mana ramainya manusia malam tu . Aku ni dah laa spesis kechik molek . Maka dengan itu aku membiarkan kawan-kawan aku yg pergi ambil segala bagai menu yg ada kat situ . Aku duduk diam dan makan . HAHAHAHAHAHA ~ Kalau korang nak pergi , aku suggest , korang booking awal-awal . Kalau tak , sila bersila kat tepi tangga . 

PAKEJ ALL YOU CAN EAT (Set 1)

Sizziling Grill + Steamboat + Kambing Panggang + Masakan Panas
+ Buah + Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik
Harga Dewasa : RM33 seorang
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17 seorang


Dan dengar-dengar cerita restoran ini akan membuat penambaikan dari segi keluasan kedai . Hmmm , agak panas dalam kedai ni . Mungkin keadaan aircond yang kurang sejuk . Tambahan pula , sana sini berasap kan . Memang dapat SPA free kitorang malan tu . Tapi aku yakin , bila semua dapat makan , panas tu tolak tepi . HAHAHAHAHA  :) . Selain itu , beberapa menu baru juga akan ditambah nanti . So , nanti kita boleh pergi lagi . Hee .


Kat bawah ni , aku sertakan details mengenai Restoran diorang . Lebih memudahkan korang untuk berhubung dan booking nanti . Banyak gambar-gambar yg dikongsi bersama . 


D’Kayangan Steamboat & BBQ
Sri Acapella Servis Appartment,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M,
Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5523 4979
Instagram: @dkayangansteamboat
Waktu Pembukaan : 5 petang - 2 pagi .

Agak-agak kalau sesat nanti , sila minta khidmat bantuan dengan Pakcik Waze . Dia sedia membantu .


Lalu Aku Terfikir Akan Masa Depan Kita .

Belum terlambat untuk aku wish Selamat Tahun Baru 2015 kan ? Malam Tahun Baru aku , aku habiskan bersama rakan-rakan blogger dan rakan-rakan sekantor dan kazen aku dan sorang rakan sekolah aku . Brapa banyak dan laa . HAHAHAHAHA  :)

Tapi pasal gathering kitorang tu nanti aku kongsi . SabaQ tau !


Dan semalam , 1 Jan 2015 . Public Holiday untuk semua termasuk aku . Pada mulanya , fikir utk pergi kerja . Tapi amek peluang untuk rehat . Kerja bertapuk-tapuk sebenarnya . Nak cuti pun jadi tak tenteram . Tapi aku buat-buat tenteram sambil mengeram dalam bilik sorang-sorang . Housemates aku semua keluar dating . Roommate aku pulak balik kampung . Maka tinggallah haku keseorangan ~

Disebabkan bosan , aku pun godek-godek lappy yg sekian lama tersadai tepi almari tu . Satu persatu folder aku tgk . Dan tetiba aku buka folder gambar Eday aku hari tu .


Masa hari pertunangan aku dgn lebah , itulah pertama kali mak abah aku bertemu mama ayah lebah . Lebah pulak dah berapa kali pernah ikut aku balik kampung sebelum kitorang bertunang tu . Sama macam aku , dah banyak kali jumpa mama ayah lebah . Tapi aku tetap nervous sampai terlupa salam mama lepas mama sarungkan cincin bertunang hari tu . Kahkahkahkah . Tak semenggah punya menantu . KetaQ habaQ hang . Rasa semua orang dok tengok aku jea . Hmmm tau laa aku tak pernah mekap teteruk cenggitu . HAHA ~



Pastu pastu , lepas selesai semua tu , mama lebah borak-borak dgn aku . Ambil gambar pun mama peluk-peluk aku . Haaaa ! sayang sungguh mama dgn aku . HAHA . I love you too ma  :)


Sampai lah mak aku terperasan lalu berkata :

" Amboi hang dik , mak tgk mak fendy peluk hang Qapat aih . Hang Qapit sungguh dengan depa "

 Dan aku , macam speechless . Lalu tersenyum . Lalu jugak menjawab :

" Qapat laa jugak sebab dah selalu jumpa kat sana ( kat Shah Alam ) "


Dan kadang-kadang buat aku terfikir . Mana tahu kalau bukan jodoh aku dgn lebah . Betapa sakitnya aku nak hadap semua tu bilamana aku sangatlah kamcing dgn semua family beliau tak kira tua atau muda . Orang cakap bertunang ni dugaan hebat kan . Macam-macam boleh jadi . Serious aku takut . Pada aku , aku akan cuba jadi yg terbaik untuk semua . In shaa Allah . Dan pada untuk tunang aku , semoga kita lebih tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan . Masing-masing impikan kita bersatu , lelagi family aku dan engkau . Apa yg aku mampu buat , hanyalah berdoa agar kita terus bersatu hingga ke Syurga . In shaa Allah . Doakan kami ya  :)


Tunang aku memang suka ngata aku kalau aku mekap . Kalau tak macam burung hantu , kena penumbuk dgn orang . Aku redha . kahkahkahkah  :D ~