ALFATIHAH

17 JULAI 2014 , sekali lagi kita dikejutkan dgn kehilangan pesawat MAS MH17 . Sekali lagi Allah menghantar ujian kepada kita .

Untuk keluarga mangsa yang terlibat , diharap kalian tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Yang Maha Kuasa ini . Pasti ada hikmah disebalik keperitan yg berlaku . Allahurabbi .


AL FATIHAH untuk keluarga mangsa .


PRAY FOR GAZA

Allahurabbi . Ya Allah , selamatkan GAZA . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Segalanya . 

Gaza ditindas berterusan tanpa belas kasihan oleh rejim Zionis sejak Isnin yg lalu . Jumlah kematian semakin bertambah . Siksa kecederaan semakin parah . Ya Allah , tak dapat aku bayangkan kalau aku ditempat mereka . Hilang tempat tinggal , putus bekalan makanan dan hidup dalam kesengsaraan . Semoga kalian tabah . Syahid matimu wahai umat .



Kita tak mampu untuk mengangkat senjata , oleh itu sama sama kita menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Kuasa agar memberi keamanan kepada negara Islam tersebut . 

Dan dengan itu juga , atas rasa sikap bertanggungjawab , Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza dengan sasaran RM5 juta . Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak ?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin . Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad :

Bank Islam : 12029010047880
Maybank : 562263010787
CIMB : 8600460353
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Bank : 21245760004907
Bank Rakyat : 220806195922

Juga boleh disumbangkan melalui SMS dgn menaip :

PALESTIN RM3 , PALESTIN RM5 , PALESTIN RM10 dan hantar ke 39111 .



Sama sama lah kita membantu . 
Saudara , semoga Allah melindungi kalian . 
Allahurabbi  :'(

GATHERING WITH THEM

Hai . Aku amek peluang sementara sistem down . ID merajuk . Eh bukan , ID lama tukar ke ID baru  :)


Ini cerita agak basi . Tapi nak jugak aku share dgn korang .  Sebelum puasa , dan sempena menyambut Ramadhan tahun ini . aku bersama rakan  rakan blogger yang lain ada buat gathering yang bertempat di Clora Studio .


Yang mana , event ini dihadiri lebih dari sepuluh orang . Ada bloggers , ada youtubers , photographer dan ramai lagi . Encik Mimpi pun ada tau .


Bermula pada jam 9 malam . Tunggu org ni tunggu org tu . Dan pukul 10 kami tiba di Clora Studio yang terletak di Cheras sana nun . Jauh jugak dari Shah Alam . Atau disebabkan aku yg baru 1st time ke sana . hiks !


Event malam ini , bertemakan suka suki dan bermenukan BBQ , steamboat , KFC *ada org sponsor . Ada potluck . Macam macam ada  :)

Yang best nya , semua makanan ni , kitorang masak kat situ jugak . So , masing masing ada tugas sendiri . Sinting lengan baju , aku tolong dorang bakar ayam ! HAHA . Bau asap sekampung .


Pukul 12 jugak baru kitorang sapdek . Sapdek sampai konyang . Memang konyang laa . Sampai tapau nye haa ~ Dasyat nau .


Kenyang perut suka hati . Abam Jeha ( Azhar Mustapa ) belanja beberapa buah lagu lepas makan tu . Malam tu baru aku tau yg dia ni Artis Youtube . Sian aku ! HAHA . Enkorang boleh search nama beliau di youtube nanti . Banyak lagu yg dia cover . Retis yoo !

Acara selfie menyelfie tak pernah dilupakan . Hujan dunia kalau acara ni dilupakan . HAHA . So , kat sini , aku share dgn korang gambar kitorang malam tu .


Enjoy yeahhh !







Pertama kali bertemu tapi dah seperti sebuah keluarga .
iluvtour , tQ sbb sudi jemput kitorang !

WORDLESS WEDNESDAY

AKU MENANTI .
AKU MENUNGGU .
AKU MENGHARAP .

.
.
.
.
.

DAN KAU , JANGAN BAGI LAGI .
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

SEPTEMBER , PLEASE BE NICE TO US ^_^

ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Salam Ramadhan sahabat semua  :) . Hari ke empat kita berpuasa . Dan hari ke dua di bulan Julai . Kejap masa berlalu .

Dan hari ni jugak hari kedua aku dalam tempoh kontrak . Tempoh kontrak ? Ye , jum aku share .

Alhamdulillah , pada 1 Julai aku telah di calonkan oleh pihak syarikat yg aku bekerja iaitu Telekom Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TM untuk bekerja di bawah naungan syarikat TM sendiri dalam tempoh kontrak selama setahun . Ya Allah , aku rasa happyHAPPYhappy sesangat sangat happy :)

3 tahun aku di sini bekerja di bawah agensi pekerjaan ( Agensi Intelek ) bermula 7 Jun 2011 sehingga 30 Jun 2014 . See ! Lama kan . Dengan berkat kesabaran dan doa yg tak pernah putus , TM menawarkan aku untuk menjadi staff mereka sendiri . Kini aku bukan anak tiri TM lagi . HAHA . Allah jea tahu macam mana aku rasa .

Apa yang buat aku happy , Alhamdulillah basic aku naik ke RM1+++ dan ada benefit lain berbanding sebelum ini di mana aku hanya makan gaji basic dan kerja lebih masa . Aku hanya pemegang Diploma Pengurusan .




Sebelum dinobatkan *bajet anak raja sebagai staff kontrak TM ni , aku perlu menghadiri sesi temuduga di Menara TM ( HQ ) yang terletak di Bangsar pada 19 Jun 2014 . Takut jugak nak interview ni , sbb dari awal aku kerja dgn TM ni aku tak pernah interview . Terus bekerja . Rezeki jugak disitu . Alhamdulillah .


27 Jun , aku mendapat panggilan di mana aku lulus dan berjaya dalam sesi temuduga tersebut dan perlu ke HQ untuk mengambil surat tawaran bekerja . Ya Allah , happy nya tak terkata . Cepat cepat aku call mak di kampung  :)




Berat 40.5 kg .
Tinggi rendah 144cm .
doktor bilang , " awak dah cukup umur ke nak kerja ni ? "
makan dalam doktor =,=
.
.

Beberapa dokumen aku perlu lengkapkan . Empat malam jugak aku menghadap borang borang tu semua . Nak muak pun ada sebenarnya , tapi mahu tak mahu aku perlu selesaikan segera kerana pada pagi 1 Julai semalam aku perlu ke HQ semula bagi melapor diri .

Allah permudahkan segala urusan aku . Segala urusan medical check up , matikan stem (LHDN) , KWSP , saksi itu dan ini berjaya aku selesaikan . 


Sahabat sepejabat yg turut berjaya .
Nasib baik ada teman nak ke hulu dan ke hilir .


Kepada bos bos , kakak kakak office , kawan kawan , family , yang dah bersusah payah tolong aku , yang selalu support aku samada secara langsung dan tidak langsung , TERIMA KASIH banyak banyak . Allah jea yg dapat balas semua ni . Dan pada kawan kawan aku yg masih bekerja di bawah agensi , aku harap korang bersabar . In shaa Allah ada rezeki korang nanti . Doa banyak banyak ye  :) Dan jgn give up .

Dan , dan dan . Doakan aku untuk berjaya ke status Tetap pula nanti  :)


Rezeki Ramadhan dan rezeki nak kawen , ehhh .
kbai .
-,-