Ber Nan Cheese di RSMY Kuala Lumpur !

Alhamdulillah . Tercapai jugak hajat untuk merasa Nan Cheese di RSMY Kuala Lumpur . Teringin lama dah kot . Housemate ada jugak cerita yg nan cheese dekat situ sedap . Aku adalah salah seorang hantu cheese bernekad untuk pergi merasa tara mana kesedapan yg depa dok habaq tu . Kih !

So , gigih kitorang ke sana . Dari Shah Alam bertiga . Tak jauh sangat , tapi tersesat lah sikit sebab tersalah masuk lorong . Ramai jugak orang . Kena beratur untuk dapatkan meja . Kitorang bernasib baik sebab pergi bertiga . Kalau pergi ramai , korang kena tunggu lama sikit sebab nak dapatkan meja .
Dengan siapa aku pergi ? Haa dengan housemates aku . Kebetulan dorang tengah free malam tu . Nasib baik dorang mau teman . Kihkih . Jadi apa kami order malam tu ?
Nan Cheese biasa je kami order . Sebab yg biasa pun cheese dia dah melampau . Haha . RM6 ++ .  Ini pun aku share berdua . Sedap , tapi tak boleh masuk banyak sangat . Agak muak .
Ayam Tandoori . RM10 ++ . Kami amek satu je dan share tiga orang . Itu pun jenuh nak habiskan . Sedap ! Tak tipu . Korang mesti cuba . Berpatutan dengan harga . Sebab kitorang makan malam tu , dua set nan cheese , satu ayam tandoori , air limau panas , laici buah dan ribena . Total RM32 something . Ok lah tu . Puas hati .

So kalau korang nak ke sana boleh waze RMSY Nan Cheese . Berdekatan dengan Sogo KL . Di celah celah lorong . Waze je , jumpa juga tu . So untuk hantu cheese , Selamat Terjah ke sana ! Dan kalau nak tengokj video cheese di tarik tarik , boleh terjah Ig aku , @meeyatechik  :)

Pek Fleksi Safi Shayla Pilihan Aku .

Setiap wanita menginginkan rambut yang sihat dan cantik kerana ia adalah salah satu mahkota yang terdapat pada setiap wanita . Dengan penampilan Pek Fleksi Safi Shayla , wanita tidak perlu risau lagi apabila bertudung kerana ia mampu untuk memberi kesan yg baik kepada si penggunanya .

Korang tak perlu risau bilamana terpaksa memakai tudung seharian waktunya kerana Safi Shayla mampu mengatasi masalah rambut berminyak sekaligus merawat rambut rosak kerana ianya diperkaya dengan Habbatus Sauda .
Safi Shayla kini muncul dengan Pek Fleksi di mana Safi Shayla Pek Fleksi ini memudahkan para pengguna samada boleh menggunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula ataupun sebagai pek kembara. Safi Shayla juga melengkapkan kehidupan seorang wanita bertudung moden yg sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik . 
Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu Safi Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol , agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini . Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja . Malah , pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang .

Haa , sesuai sangat dengan aku sebabnya i is selalu balik kampung kan . Memang i is usung pek fleksi ni je lah . Tak payah nak bawak yg botol . 

So korang boleh pilih mana satu yg sesuai dengan korang . Terdapat 8 jenis kesemuanya :
- SAFI Shayla Hitam Menawan 
- SAFI Shayla Segar Bermaya 
- SAFI Shayla Anti Kelemumur
- SAFI Shayla Itch Kontrol
- SAFI Shayla Kawalan Minyak
- SAFI Shayla Kawalan Rambut Gugur
- SAFI Shayla Kawalan Rambut Rosak
- SAFI Shayla Licin Terurus
 
Korang boleh dapatkan Pek Fleksi Safi Shayla ni di mana-mana pasaraya seluruh Malaysia hanya dengan harga RM14.65 . Atau utk mengetahui maklumat lanjut berkenaan dengan jenama SAFI , korang boleh terjah details di bawah :

Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia
Youtube SAFI : www.youtube.com/safimalaysia

Siapa Aiman Tino Yang Sebenar ?

Tudia tajuk . Kalah reporter TV3 . Haha . Bukan apa , aku rasa dah sampai masanya untuk aku cerita , siapa Aiman Tino yg sebenar . Sebab apa ? Sebab ramai gila yg dok wasap aku , call aku . Banyak lah nombor-nombor yang aku tak kenal dtg mencari Si Aiman Tino ni . Masalahnya aku bukan Aiman Tino , Aku AMIRA . Aku perempuan lah wey . Penat tau nak jawab .

Bila tanya mana dapat nombor fon aku , totally menjawab amek dari google . Haritu aku pernah up entry pasal Si Aiman Tino ni , boleh click SINI Tapi aku bukan orangnya . Dan nombor fon aku memang aku letak di IG , Blog , Fb semua atas tujuan tertentu . 

Ramai pulak yg menganggap nombor fon aku tu nombor fon kepada Si Aiman Tino tu . Please laa lepas ni . Haha . Tak tenteram hidup Kak Kechik ni tau dak . 

Janji tau lepas ni jangan cari Aiman Tino dengan aku lagi . Kihkihkih .