Artis Muda , Aiman Tino .

Moh ler kita berkenalan dengan artis muda kita . Kacak lagi hensem . Haha . Aku dah jatuh hati dengan lau beliau .
Aiman Tino atau nama sebenarnya , Mohd. Aiman Yusri , tidak menduga lagu demo yang dirakam oleh bapanya mengundang perhatian pemain gitar kumpulan Khalifah , Harry , yang kemudian mencadangkan kepada Aries Music untuk diambil sebagai artis rakaman .

Aiman Tino , 18 tahun , telah berjinak-jinak dengan dunia nyanyian sejak berusia 10 tahun dan sering terlibat dalam aktiviti kesenian di sekolah . Beliau mendapat bimbingan daripada bapanya , Yusri Ishak, merupakan finalis Bintang HMI 1992 .

Menurut Aiman Tino , lagu KuRela Dibenci ciptaan bapanya itu mulanya telah dimuatnaik ke laman Youtube dan mendapat tontonan seramai 30 ribu dalam masa 3 bulan , tetapi dinyahkeluarkan setelah menandatangani kontrak bersama Aries Music .

“ Saya akui ia satu kesilapan , tetapi lagu itu kini telah dimuatturun semula oleh pihak Aries Music dalam versi rakaman ," jelasnya .

Boleh bermain gitar , menurut Aiman Tino dia mahu bersungguh-sungguh setelah bergelar artis rakaman selain membantu keluarganya dalam perniagaan restoran .

Restoran Asam Pedas mereka terletak di Dataran Kuala Kubu Bahru , Selangor .

Selain menyanyi dan bermain gitar , Aiman Tino juga pakar menggoreng Char Kue Teaw dan di restoran keluarganya itu terdapat papantanda bertulis Aiman Char Kue Teaw .

Selain Char Kue Teaw , beliau juga pakar membuat sambal nasi lemak .

" Memang saya telah diajar membuat sambal nasi lemak oleh bapa sejak kecil dan kini sayalah yang membuat sambal nasi lemak yang dijual di restoran kami ," katanya gembira .

Kahwinlah Sekali Dengan Tugasnya .


Aku sokong statement ni . Incik Tunang pun dah berapa kali bagitau dgn aku , bukan senang kalau nak kawen dengan askar ni . Banyak step yg perlu hadap . Tak sama macam orang awam . Tiga bulan sebelum nikah dah kena selesaikan satu bab demi satu bab di pihak lelaki . Lepas tu , baru pihak perempuan pulak yg kena selesaikan segala urusan nikah . 

Selain tu , kalau kau nak berkahwin dengan askar , kau kena kahwin sekali dengan tugas dorang . Lagi² askar yg baru berkhidmat , sibuk jangan ditanya . Ada je kerja yg nak kena buat . Mahu tak mahu kena lah hadap jugak . Kadang² bila dia mengadu penat , letih , tak tahan nak hadap lagi , aku hanya mampu bagi semangat . Kita yg kerja menghadap komputer ini pun penat , dorang apatah lagi yg tidur tak tentu masa tu . Sabar ye sayang .

Dah berapa kali kitorang punya date kawen berubah . Aku pun dah tak lalu nak dengar soalan bila nak kenduri . Serius tak lalu . Sabar lah . Kami tengah berusaha . Masing² dah buat sehabis baik . Tapi Alhamdulillah sebab family aku faham . Terpaksa buat pekak kejap dengan manusia² yg kurang sabar . Allah . 

Rezeki Di Hari Jumaat .

Alhamdulillah . Hari ni masuk office tengok ada sekeping sijil atas meja . Aku pun tak sangka sebenarnya nak dapat award tu . Pada aku bukan lah satu benda yg senang untuk dapatkan . Syukur .
Dan Alhamdulillah untuk rezeki pagi Jumaat . Semoga Allah murahkan lagi rezeki pembelanja . Ameen .



Berat Seorang Amira ❤

Gambar segar dari penimbang . Dan aku rasa hari tu aku naik atas timbang tu berat aku dah 40kg . Hari ni aku naik semula dah turun ke 39kg . Adudududududu . Susah nau berat nak naik sekarang berbanding dulu berat aku mencecah 45kg kot . 

Maybe sebab dulu aku stay dengan mak . Mak selalu masak sedap² . Hahaha . Tapi tak mungkin jugak sebab aku melantak pun bukannya sikit² even aku stay sendiri . Adeiii . Kita tunggu bulan puasa nanti macam mana pulak hokay . Mana tau dapat membesar dengan jayanya ke ? Siapa tahu . Hihi ♡‿♡

Berjumpa Juga Kita Akhirnya ❤

Alhamdulillah . Hari ni Incik Tunang dapat balik cuti untuk empat hari . Ikutkan dia apply seminggu , tapi yg lulusnya hanya lah empat hari . Syukur , dari tak dapat balik langsung . 
Jumpa lah kejap sebelum dia masuk ops bulan depan . Lepas ni kesunyian lah aku . Tak ada teman berborak , tak ada teman bergaduh , tak ada teman membahan . Raya pun kena raya sengsorang tahun ni . Hmm -,- 

My New Housemates .

Hai korang ! Lama giler aku menyepi . Update satu entry pastu aku ghaib . Update pulak lagi satu entry , then aku ghaib lagi . Muahaha . Sorry guys .

Yang hari ni pun , ikutkan aku on lappy sebab nak selesaikan segala kerja office yang sedang berkubu tu . Tapi disebabkan stress dengan keadaan rumah yang tengah renovate , aku beralih ke blog . Kerja satu habuk pun aku belum buat . Serabut wey . Ketuk sana ketuk sini , gerudi sana gerudi sini . Ikutkan hati nak je ke rumah Along Incik Tunang , tapi kalau aku ke sana macam mana aku nak buat kerja . Haha . Duk dalam rumah pun kena pakai tudung ni . Nasib lah aku bukan keseorangan dalam rumah . Bertemankan housemates yang lain . Dorang pun senasib macam aku . Tapi yang tiga orang dah selamat ke library . Tinggal lah kami berempat termasuk aku , Seha , Diana dan si Paen . Ngeri jugak sebenarnya bila ada lelaki masuk dalam rumah kita yg bujang trang tang tang ni .
Kepala hotak aku macam macam fikir . Lagi lagi lah bila lepas viral kes " cangkul " tu . Takut woiii . Cepatlah siap wahai rumah .

So , jom aku kenalkan dengan my new housemates . Hee . Buat masa sekarang , kitorang berlapan dalam rumah ni . Ramai , tapi meriah . Bilamana semua sekepala . Haha . Takde lah macam sebelum ni yang buat aku rasa macam duduk dalam penjara je . 

Sekarang ni Alhamdulillah . Hee . Seronok . Nak ke mana mana pun ada lah geng untuk di bawa . Hihi . So siapa dorang tu ? Tiga orang dari Perak , seorang dari Sabah , dua orang dari Terengganu , sorang KL dan sorang lagi tu aku ler .
Ni di airport . Jam 2.30 pagi macam tu . Time tu kitorang hantar si Awei nak balik Sabah . 

Majority dorang ni semua student degree dan master . Aku salute sebab dorang study sambil bekerja . Aku ni dah tak lut nak belajar . Haha . Malas dah rasa . 
Hewhew . Time ni kitorang ke Klang . Cari nasi kambing . Berlima je . Lagi 3 taknak ikut . Cukuplah gambar banyak tu . Kalau nak tengok gambar selalu , jemputlah follow instagreng aku Meeya Techik  :)

Ok bai .