Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 59 !

Selamat bercuti korang . Ada yang ke Dataran Merdeka ke pagi ni ? Aku just kat rumah . Sebab malam tadi aku dah ke Dataran Shah Alam . Hee . Tengok perarakan perbarisan , persembahan , dan percikan bunga api . Sorang-sorang pun jadi kan .

Kalau selalu aku salah seorang peserta perbarisan , tapi tahun ni tak ada rezeki nak join . So aku jadi penonton :)
Dan Selamat Hari Kemerdekaan korang !

Cerita Minggu Lalu .

Minggu lalu . Ye lah . Seminggu yg lepas . Hari Isnin tu tetiba Si Fendy call minta pick up dia di stesen KTM Batu Tiga . Susah utk aku percaya yg dia dapat cuti . Jadi , aku paksa dia utk snap gambar pass cuti . Haha . Dia pun gigih buat apa yg aku suruh . 

Bila ada masa sesama macam ni , kitorang selalu decide utk buat apa² urusan yg perlu dibuat . 
Alhamdulillah . Allah permudahkan segalanya dan berharap agar Allah permudahkan lagi segala urusan selepas ni . Amin .

Rindu Teratak Mak dan Abah .

Good morning korang . Mengantuk macam aku tak ? Hihi . Breakfast apa harini ? 

Gua sebenarnya rindukan kampung . Rindu mak abah . Rindu anak-anak buah . Lama jugak lagi nak tunggu nak balik kampung . Memandangkan aku punya annual leave tinggal berapa hari je lagi . Sadis .


In shaa Allah Raya Haji nanti kita jumpa yaa . Semoga semua yang ada dekat kampung sihat hendakNya . Amin .

Cendol Terbaik di Shah Alam .

 Good morning korang . Have a nice day . Sebelum aku bersiap untuk ke open house officemate , suka untuk aku share dengan korang salah satu tempat terbaik pada korang yang tercari-cari tempat untuk makan cendol iaitu di Markonah Food & Co

Aku pun tengok ramai orang share dekat FB , so malam tadi kebetulan housmate aku balik , aku ajak dia ke sana untuk try . Landmark yg agak senang iaitu belakang UNISEL , Seksyen 7 Shah Alam . Kalau korang yg selalu ke situ , kedai Markonah Food & co . ini terletak di bahagian bawah gerai .
Actually , Markonah Food & Co ini menjual pelbagai jenis minuman . Cuma yg menjadi tarikan adalah cendol dan ABC . Jadi , di sini aku share dengan korang hargai bagi setiap jenis cendol dan ABC .

Cendol Pulut biasa (flavor durian) - RM5.
Cendol Durian king + Pulut - RM10.
Cendol Nangka + Pulut - RM5
ABC Biasa / jagung / pisang - RM5.
ABC Durian King - RM10.

Ini yang kitorang makan . RM10 . Puas hati sebab mangkuknya besar , duriannya dua ulas dan isinya agak besar , serta pulut diberikan secara asing . So , kalau korang yg tak makan pulut tu tak payah lah masukkan dalam mangkuk tu . 
Aku mampu habiskan separuh je . Lagi separuh aku bungkus bawa balik . Haha . Tak semenggah kan .
Ni ler housemate kita . Hihi . Dia je yang ada kat rumah malam tadi . So , dia lah menjadi peneman aku ke mana saja . Kah ! 

FoodCourt Anjung 7
40200 Shah Alam. Malaysia. Shah Alam
Tel : 011-1114 9314
Waktu Operasi : 12 tengahari - 10 malam .

Jalan-Jalan ke Melaka .

Selamat berhujung minggu korang . Keseorangan aku dirumah sewa hujung minggu ni . Kalau dua minggu lepas tu aku jenjalan ke Melaka with Blogger Hani dan kazen , minggu ni aku stay dirumah je . Memandangkan esok ada last open house kakak office , harini aku mereput je kat rumah . Housemates lain ada yg masih cuti sem , ada yg ke rumah abang , ada yg keluar . Sob sob .

Lebih kurang jam 11 pagi aku gerak dari Shah Alam menuju ke Banting untuk pick up dorang bertiga . Sebab gua yg drive sendiri , sebab gua tak tahu jalan , nak sejam lebih jugak lah ambil masa untuk sampai ke Banting tu . Haha . Pergi ambil Hani , dan pergi amek Fana si kazen aku . 
Jam 2petang kitorang gerak dari Banting . Sampai Melaka lebih kurang 5 lebih . Lama nau . Hehe . Macam dah nak balik Penang . 

Dekat mana kitorang bermalam ? Kebetulan ada rumah bakal abang ipar aku dekat Melaka tu , mama dengan ayah pulak kebetulan ada dirumah si abang Incik Tunang , aku decide kitorang bermalam dekat rumah dorang je . Hehe . Jimat pun jimat kan .

Malam tu just stay kat rumah , rehat-rehat dan borak-borak . Keesokan paginya jam 11 macam tu kitorang keluar dan gerak untuk balik ke Shah Alam terus . Tapi sebelum balik tu sempatlah singgah beberapa tempat . Yang salah satunya Pantai Kelebang . Disebabkan lama tak jumpa pantai , masing-masing teruja . Kah !

Tak kira panas , janji boleh bergambar . Hehe . Cantik oh pantai ni . Jatuh hati terus . Tapi tak boleh lama-lama dekat situ memandangkan masing-masing dah kelaparan . Kitorang gerak ke Ee Ji Ban Chicken Rice Ball . Salah satu gerai nasi ayam yg famous di Melaka . Lepas tu kitorang mencari Coconut Shake Pantai Kelebang dan terus ke Kota A famosa . Lepastu terus balik . Hehe . Nanti aku share untuk next entry ye  :)

Doktor Anisa Di Slot Akasia Sayangku Kapten Mukhriz

Hye korang . Moh ler kita berkenalan dengan salah sorang pelakon dalam Slot Akasia TV3 pada jam 7PM-8PM setiap Isnin sehingga Khamis tak lain tak bukan drama Sayangku Kapten Mukhriz .
Aku juga salah seorang yang mengikuti drama ini . Memula tu macam malas nak layan . Bila dah terlayan macam tak sabar pulak nak tunggu next episod . Tersenyum-senyum aku tengok drama ni . Haha . Bila aku layan , aku hasut Incik Tunang untuk layan jugak bilamana aku suka berangan , aku ajak dia berangan sekali . Kahkahkah . Kebetulan Incik Tunang salah seorang anggota , berangan tu makin menjadi-jadi . Parok . *Sila jangan muntah hijo  :P
Haa kenal ke ? Kawan kepada Doktor Arin ni , Doktor Anisa . Atau nama penuh beliau Nurazneera Azizi . Gadis berusia 18 tahun , yang dilahirkan pada 11 Julay 1998 . Muda beno lahai . Berketinggian 170cm dan memiliki berat sebanyak 53kg . Gadis muda yang berasal dari Kuantan , Pahang ini mula menjebakkan diri dalam bidang lakonan sejak bulan Februari iaitu dalam telemovie Cik Sayur Cik Seafood , kemudian Cinta Tangkap Muat and then Sayangku Kapten Mukhriz . Dan akan datang beliau akan berlakon untuk siri samarinda Patahnya Sebelah Sayap . Macam mana boleh menceburi bidang lakonan ? Sebelum ini beliau pernah menjadi freelance modelling . Haa no wonder laa kan beliau boleh dapat tawaran belakon ni . Patut lah tak nampak macam rupa 18 tahun pun . Hehe .

Serba sedikit mengenai beliau . Aku tanya sendiri dengan dia tau . Thanks sebab tak sombong even populariti beliau semakin dikenali ramai . Haa gittew . Rasa macam ayat reporter sangat . Kahkahkah . 

Dan untuk mengenali beliau dengan rapat , korang boleh follow laman sosial seperti aku sertakan kat bawah :

Facebook : Neera Azizi
Instagram : neeraazizi
Twitter : ninineeraa

Thanks .