Segmen Blogwalking Hanis Masturina

Tag by Leya .

Haiii . 
Picit banner kalau mo join . Hehe . 
Dan untuk segmen kali ni aku tag mereka bertiga :

Segmen Jom Tambah Follower.

Jumlah Followers : 507

Mana tahu ada yg sudi nak jadi follower saya utk yg berikutnya .
Hewhew . Picit banner kalau mo join  :)

Berala Kadar di Aidil Adha.

Tajuk . Tak boleh belah . Haha . Ye lah . Aku ala kadar jea Raya Haji tahun ni . Gambar raya pun takdak wey . Harap gambar anak buah jea . Baju raya pun pakai yang raya Aidilfitri hari tu jea . 

Raya Aidil Adha ni kami semua kumpul kat rumah mak abah . Raya AidilFitri hari tu , abang sulung aku di rumah mertua dia . Cuma Incik Saiyang aku jea yang takde .

Menu macam biasa . Ketupat lemang dan rendang . Tapi aku ajak mak masak lontong . Macam lama pulak tak merasa lontong . 

Petang raya , kitorang balik rumah tok sebelah mak . Dan saya penat menjawab soalan :

" bila nak kenduri ? "

--sabar , Allah masih rahsiakan tarikh bahagia tu ~ Sampai masa aku jemput . Cuma yg aku minta , doakan kami . Hee ~

Giveaway Sempoi By MrsFara

http://mrsfara.blogspot.com/2015/08/giveaway-sempoi-by-mrsfara.html
 Picit gambar kalau nak join .

Bersempena dengan tahun kedua Fara berblogging .
Last day hari ni . Jom lah Join . Hee ~

Selamat Hari Raya Aidil Adha Dari Meeya Techik .

Hai . Assalamualaikum semua . Aku dah start cuti hari ni . Dan nak balik kampung ( Penang ) kejap lagi ni Moga - moga jalan tak jem . Hehe . Last balik kg Raya Puasa hari tu . Hari ni baru nak balik semula . Tak sabar nak jumpa family . Eksaited kau ~

Di kesempatan yang ada ni , aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha utk semua orang . Ampun dan maaf dipinta . Selamat makan sup daging . Sup lutut . Sup lidah . Sup tulang dan segala jenis sup . Hee ~

Untuk awak Incik Saiyang , Salam Aidil Adha dari saya di perantauan . Raya dalam kem mungkin dia kali ni . Hmm :( Kalau ada rezeki jumpa juga kita tu nanti . Sabar jak .

Doakan saya selamat sampai kampung . Dipermudahkan perjalanan . Dan jemput datang rumah esok  :)

SEGMEN : BLOGLIST OKTOBER 2015

http://pemilikcintahati.blogspot.my/2015/09/segmen-bloglist-oktober-2015-by-nysa.html
Picit gambar untuk join . Syarat yang sangat mudah :)
Segmen ni akan berakhir pada 30 September 2015 .

Face Mask Giveaway .

http://ohthrillers.blogspot.my/2015/09/face-mask-giveaway.html
Picit pada gambar kalau ko mo join  :)
Giveaway akan tamat pada 3 October 2015, pukul 12 tengah malam.

Bahayanya Approve Rakan Di Facebook Tanpa Kita Kenal.

Hai korang . Aku update ringkas malam ni . Aku cuma nak tinggalkan satu pesan . Memandangkan sekarang aku tengah memperkembangkan Bisnes Sling Pouch Bag dekat FB , maka aku amek keputusan utk approve orang di FB even aku tak kenal siapa . Melainkan bangsa asing memang aku tak approve .

Nak dijadikan cerita ada seorang hamba Allah ni add aku semalam . Lepas jea aku approved dia , dia terus PM aku . Style aku , orang yang aku tak kenal memang aku tak layan . Buang masa okay buang masa . Lagi pun , aku rasa macammmm . Hmm kalau korang tak pernah buat , tak pernah chat dengan orang yg korang tak kenal , korang akan rasa apa aku rasa . Bagi aku , kau tak penting pun . Melainkan kalau dia chat tu terus tanya harga beg ke , design beg ke atau senang cerita dia " serious buyer " .

Bila pagi tadi , aku dapat mesej di FB . Dari mamat semalam tu . Allahu . Gambar kat bawah ni aku crop . Once aku dapat gambar lucah tu , aku terus screen shot dan hantar ke Fendy , tunang aku .
Confirm lah dia bengang . Aku pun bengang sebenarnya . Fendy suruh aku buat report police . Ada jugak tunang aku tu add dia tapi dia tak approve . Dan aku pulak dia dah unfriend . 
Pesan aku , korang hati-hati dengan mamat ni terutamanya kaum perempuan . Aku yakin bukan dia sorang yg ada perangai " biawak pasir " macam ni . Siapa pun mereka , please hati-hati tau . Bila aku kena , mustahil orang lain takkan kena . Sebab bila tengok-tengok semula friend lelaki ni kebanyakannya perempuan . 

Actually , sebelum yang ini , dah ada sorang mamat dengan suka-suka hatinya dia pergi share gambar aku dekat wall dia . Dalam keadaan macam ni baru kau tahu apa itu pentingnya watermark utk setiap gambar . Haa , aku memang suka mengadu . Thank you hero kechik sebab dah dua malam turut-turut selamatkan saya dari lelaki yg saya tak kenal . 

Maka dedua orang ni dengan sendirinya telah mengunfriend aku . Tahu takut .

Anak Buah Achik di Malaysia Hari Ini.

Hai . Semalam aku terima wassap dari abang sulung aku . Dia bagitau jangan lupa tengok Malaysia Hari Ini esok ( hari ni ) . Sebabnya , dua orang anaknya ( anak buah aku ) HaziQ dan Hazim akan perform mewakili Tadika Perintis Kecil , Pulau Pinang sempena dengan sambutan Hari Malaysia yang akan tiba tak lama lagi . Hee .

So , awal-awal pagi tadi aku dah cangak kat cafe office tunggu depan TV . HAHAHA . Tak sempat kat cafe , achik sambung tunggu kat TV dalam office . Teruja nak tengok anak buah masuk TV . Achik pun tak pernah menjelma dalam TV . Tapi depa dedua orang kecik-kecik dah dapat peluang .

Setahu aku , semalam diorang bertolak ke Seri Pentas dari Penang . Ditemani oleh abang aku ( abah diorang ) . Ibu tak dapat ikut sebab adik bongsu nanti buat kejutan . Hehe . 

HaziQ dan Hazim . Entah ke mana depa tengok pun taktau .



Congrat HaziQ dan Hazim .

Giveaway Chocolate Vochelle by Dyan Zakhi.

GA dari Dyan Zakhi semudah ABC . Picit pada gambar kalau kau mo join . 

Tamat : 13 September 2015 , 11.59pm (1 minggu shj)
Keputusan : 14 September 2015

Good luck !

Amaran Jerebu.

Sharing is caring . Minta semua orang berhati-hati dengan keadaan cuaca kita sekarang . Dalam musim peperiksaan ni juga , penting untuk para ibu bapa amek kisah tentang anak-anak mereka . Kesihatan mereka , kesihatan diri sendiri dan semua orang sangat lah penting .

BROOCH Mini Giveaway.

http://hanyadihatiku.blogspot.my/2015/09/brooch-mini-giveaway.html
Picit banner kalau nak turut serta . Hee .
Bermula hari ni 6 September dan tamat pada 22 September  :)

Best jugak kalau dapat brooch omey-omey ni .

Segmen : UPSR oh UPSR 2015

http://www.ayuinsyirah.my/2015/09/segmen-upsr-oh-upsr-2015.html
Picit pada banner kalau nak turut serta  :)

Semua orang tahu yang Peperiksaan UPSR akan berlangsung beberapa hari jea lagi kan . So , dikesempatan ini , Kak Meeya Techik nak ucapkan kepada semua adik-adik Tahun 6 kat semua sekolah di seluruh Malaysia , terutamanya SK Keledang Jaya , Nibong Tebal , Pulau Pinang ( sekolah rendah aku dulu ) , semoga hampa semua dapat buat yang terbaik , baca doa banyak-banyak , jangan gelabah biawak , dan fokus okay . Dan untuk Ayu , semoga segala urusan UPSR dipermudahkan oleh Allah . Amin .

Mandi Manda Di Air Terjun Sungai Congkak , Hulu Langat .

Selamat berhujung minggu semua orang . Minggu ni aku pilih untuk stay kat rumah jea . Taknak ke mana-mana . Almaklumlah setiap minggu nya berfoya-foya . HAHA . Dan ini cerita minggu lepas . Selepas malam nya penat berkawad , aku ke Sungai Congkak yang terletak di Hulu Langat bersama rakan-rakan Blogger dan budak rumah sewa aku . 

Tak plan pun sebenarnya . Main koboi jea redah pergi . So memang tak prepare apa-apa langsung . Kalau nak ikutkan , plan kami hari cuti tu adalah nak ke Port Dickson untuk tangkap ketam . Tapi ramai pulak tak dapat joinkan .

Sungai Congkak ini terletak dalam kawasan perkampungan . Laluan yg dilalui kiri kanan rumah orang . Dan kiri kanan juga terdapat ramai yang menjual buah-buahan . Musim buah kan sekarang . Sekali sekala tengok pemandangan kampung ni rasa tenang . Selalu tengok lampu Icity jea kan . Hehe .

Dah lama aku tak ke air terjun .  Hehe . Ini tiket masuk . Nak mandi pun kena GST tau sekarang . Nasib baik lah tiket masuk pun murah jea . Tapi kalau korang pilih lokasi mandi di area bawah , ia adalah percuma . Lokasi tu sesuailah untuk budak-budak bawah 12 tahun . Sebab takde lah dalam sangat . Nak lagi best , korang kena mendaki sikit . Kitorang pilih yg tengah-tengah . Sebabnya , aku takut pacat kalau nak mendaki laluan bukit tu . Wahahaha .

Airnya sangat-sangat lah sejuk . Menggigil aku dibuatnya . Bila sesekali pergi dengan kawan-kawan ni best juga sebenarnya . Tontong sorang sikit . Kau beli itu aku beli ini . Memang fun sangat ! Kalau korang nak tahu , dalam air ni ada ikan yg datang dekat dengan kita . Bila kita bagi keropok , kau boleh nampak ikan tu .




Memandangkan kitorang ke sana tanpa planning , khemah pun tak bawa kan . Bukan apa , cuma risau tak ada toilet untuk tukar baju . Kalau ada pun , kadang-kadang tu tak bersih . Dan , bagi aku , toilet kat sana  agak kurang memuaskan . Mungkin terlalu ramai orang yg guna . Dan ada segelintir orang yg tak bertanggungjawab tak menjaga kebersihan bersama .

Dan jangan tanya kenapa aku main sarung jea shawl tu . Cermin sorang pun tak bawa . Kat dalam toilet pun tak ada . Memang belasah jea . Janji bertudung . Wakakaka . Hee .

Dua jam setengah jugak kitorang bermandi manda . Kesian jugaklah dengan Acul . Sebab dia sorang-sorang jea laki . So , dia mandi sorang-sorang . Hahahaha . Next time kita pergi ramai-ramai . Boleh buat BBQ kat sana . Sebab , bila tengok - tengok tu macam sesuai jea kalau nak berBBQ kat sana . Tempatnya agak luas .

So kat sini , aku share dengan korang serba sedikit details tentang Sungai Congkak.

Congkak Park & Resort,
Batu 20 , Kampung Padang ,
43100 Hulu Langat ,
Selangor Darul Ehsan .

Tel : 0355132000 / Faks : 0355136268

WEBSITE : www.tourismselangor.my
EMAIL : info@tourismselangor.my

Promosi Slurpee Hanya RM1 Di 7 Eleven .

Ini berita baik untuk semua penggemar Slurpee . Jom kita slurpppp beramai-ramai dengan harga serendah RM1 Sahaja ( 12oz ) sah dari 24 Ogos sehingga 14 September 2015. Promosi ini terdapat di semua cawangan Seven Eleven seluruh Malaysia .

Orang kata musuh jangan di cari , rezeki jangan ditolak . Sementara murah ni , korang boleh buat amal jariah . Belanja kawan-kawan . Belanja saya jugak . Hee . Slurppp sampai perut beku pun takpa . Jadi jangan lepaskan peluang ini .

Tahniah Untuk Kontijen Selangor 2015 .

Sambungan entri tentang merdeka yg lalu . Alhamdulillah . TM pegang tempat ke 4 tahun ni bagi kategori Swasta / GLC . Banyak saingan tahun ni . Kekurangan kami hanyalah pada pemakaian . Simple dari semua . Harhar . 

Walau dua hari jea aku turun training , legaaaaa rasa sebab masa hari kejadian , takde lah aku melalut sorang-sorang macam time training dua malam tu . Kahkahkah . Orang lain tak angkat tangan time hormat ke kanan , aku sorang-sorang angkat . Dah ler dok depan . Wakakakaka .
Ini hari kedua training . Orennnnn kauuuuu ~~ Takat bahu diorang jea aku +___+
Hanya kami bertujuh sahaja peserta perempuan . 
Tiba-tiba malam tu kena tukar tempat . Kahkahkah . Susah dah aku nak cari line tengah . Kalau perasan , kasut aku lain dari yang lain . Takdak saiz punya pasai hoi ! Simple jea kan baju kitorang . 
Dari kiri , Abang Lan ( Ketua Komandan ) , aku , Kak Ju ( Pemegang Pelekat ) dan sebelah dia aku tak kenal siapaaa . Haha . Menunggu baris masuk untuk bertanding .

Hat tengah tu jurulatih . Yang dua orang sebelah dia tu , juruletih .
For you my laling , thanks sebab teman ke sana dan ke sini . Nanti boleh temankan lagi . Hewhew . Thanks jugak sebab tolong rakamkan video tu .