Artis Muda , Aiman Tino .

Moh ler kita berkenalan dengan artis muda kita . Kacak lagi hensem . Haha . Aku dah jatuh hati dengan lau beliau .
Aiman Tino atau nama sebenarnya , Mohd. Aiman Yusri , tidak menduga lagu demo yang dirakam oleh bapanya mengundang perhatian pemain gitar kumpulan Khalifah , Harry , yang kemudian mencadangkan kepada Aries Music untuk diambil sebagai artis rakaman .

Aiman Tino , 18 tahun , telah berjinak-jinak dengan dunia nyanyian sejak berusia 10 tahun dan sering terlibat dalam aktiviti kesenian di sekolah . Beliau mendapat bimbingan daripada bapanya , Yusri Ishak, merupakan finalis Bintang HMI 1992 .

Menurut Aiman Tino , lagu KuRela Dibenci ciptaan bapanya itu mulanya telah dimuatnaik ke laman Youtube dan mendapat tontonan seramai 30 ribu dalam masa 3 bulan , tetapi dinyahkeluarkan setelah menandatangani kontrak bersama Aries Music .

“ Saya akui ia satu kesilapan , tetapi lagu itu kini telah dimuatturun semula oleh pihak Aries Music dalam versi rakaman ," jelasnya .

Boleh bermain gitar , menurut Aiman Tino dia mahu bersungguh-sungguh setelah bergelar artis rakaman selain membantu keluarganya dalam perniagaan restoran .

Restoran Asam Pedas mereka terletak di Dataran Kuala Kubu Bahru , Selangor .

Selain menyanyi dan bermain gitar , Aiman Tino juga pakar menggoreng Char Kue Teaw dan di restoran keluarganya itu terdapat papantanda bertulis Aiman Char Kue Teaw .

Selain Char Kue Teaw , beliau juga pakar membuat sambal nasi lemak .

" Memang saya telah diajar membuat sambal nasi lemak oleh bapa sejak kecil dan kini sayalah yang membuat sambal nasi lemak yang dijual di restoran kami ," katanya gembira .

5 comments:

  1. Berbakat dalam banyak aspek....alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. tak sangka aiman ada bakat yang terpendam.kata pemalu orangya

    ReplyDelete
  3. as-salam.aiman tengah buat apa tu?semoga sihat sejahtera.saya tengah dengar lagu awak yang bertajuk ~ku rela dibenci......

    ReplyDelete
  4. saya tengah tengo lagu popular awak ni dan gambar awak yang semesstinya handsome.sebernanya saye nak tnya awak.awak sekolah mana masa tingkatan

    ReplyDelete
  5. Hello aiman ,awak memang blh cair kn hati perempuan kn hebat.saya pun terikut sama.suara awak memang merdu.semoga panjang umur dn semakin bertambah terkenal. Amin

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~