Nak tanya ni , pernah dengar ke Restoran D'Kayangan Steamboat tu ? Pernah pergi ke ? Kalau tak pernah dengar dan tak pernah pergi , meh nak share apa yang best kat sana . Lagi-lagi bila bulan puasa ni .
Sempena dengan bulan ramadhan yang mulia ini , D'Kayangan Steamboat ada menyediakan Pakej Ramadhan Buffet dengan menawarkan lebih 249 jenis makanan steamboat grill termasuk Menu Istimewa seperti :
Nasi Briyani Gam ( Dimasak dengan menggunakan beras basmathi bersama rempah beriani )
Gulai Kawah Daging Cincang ( Daging yang dimasak empuk di dalam kawah bersama dengan rempah ratus pilihan )
Sup Tulang ( Tulang lembu dan daging direbus sehingga empuk bersama dengan rempah sup yang terpilih dan dihidangkan bersama daun sup dan bawang goreng )
Gulai Kawah Ayam ( Ayam dimasak di dalam kawah bersama dengan rempah ratus pilihan )
Ikan Patin Masak Tempoyak ( Ikan Patin segar dimasak bersama tempoyak asli )
Ayam Kampung Goreng Berempah ( Ayam kampung yang diperap bersama bahan-bahan rempah asli yang dikisar dan diadun menjadi bahan perapan )
Dan YANG PALING ISTIMEWA adalah KAMBING PANGGANG and macam-macam lagi .
Dan macam biasa , kalau korang ke mana-mana steamboat sekali pun , korang akan diberi pilihan samada mahukan kuah sup atau tomyam . Pilihan kami berlima malam tu , adalah kuah tomyam . Aku rasa , belum pernah lagi aku makan steamboat dengan kuah sup . Hihi . Jom kita layan gambar .
Dengan siapa aku pergi , of course aku ajak Incik Tunang menjadi peneman sementara dia sedang bercuti time tu dan bersama rakan blogger aku , Cik Hani .
Nak ikutkan banyak lagi pilihan yang ada , tapi cukuplah sekadar yang ini menjadi tatapan korang semua . Kihkihkih .
Haa kau , macam-macam ada . Pilih je yang mana korang nak makan .
ABC ada , air biasa pun ada . Best tau .
Aiskrim pun ada . Tapi tak sabar nak makan punya pasal , sampai lupa nak snap gambar . Haha . So , kat sini aku share dengan korang serba sedikit details kalau korang nak ke sana . Pergilah . Tak rugi pun . Puas hati . Perut pun kenyang .
Harga Dewasa: RM49.90+
Harga Kanak- Kanak : RM24.00+
Tempahan Boleh dibuat dengan menghubungi :
Tel: 012-2971091/012-0175076274/03-55234979
D’kayangan Grill & BBQ Steamboat,
No1, Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam.
Email: emilia.arenainternational@gmail.com
Nasihat aku , sebelum pergi tu , booking lah dulu . Kang hang menangis tak berlagu kot . HAHA . Tapi jangan risau sebab restoran ini mempunyai ruang yang santai , dan boleh menampung sehingga 500 orang dalam satu masa iaitu 180 orang di bahagian penghawa dingin dan 320 orang di bahagian luar restoran . Terdapat juga kemudahan seperti surau yang selesa dan tempat letak kereta yang luas .
No comments:
Post a Comment
tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~