Selamat hari Rabu korang . Hehe . Dengan adanya baki Syawal ni , aku nak share sikit pasal Hari Raya untuk tahun ni . Ala kadar je kitorang tahun ni . Tapi meriah .
Macam biasa , sebelum tibanya Hari Raya , mak abah akan gigih buat persediaan . Salah satunya adalah kacau dodol . Ini aktiviti wajib setiap tahun . Tak raya lah kalau tak ada dodol .
Ketupat pun salah satu menu wajib jugak . Ketupat pulut . Jarang kitorang buat ketupat nasik tu . Tak berapa nak minat . Hehe . Ditambahkan dengan gulai daging dan rendang ayam . Hee ~
Raya pertama . Tahun ni dapat bergambar satu family . Tapi tak ada Incik Tunang aku . Dia beraya di hospital . Kesian . Tunggu nanti kita raya sesama ye .
Ni family abang sulung aku . Hijau pilihan diorang untuk tahun ni .
Dan ni pulak kakak aku yg kedua . Merah menjadi tema .
My anak buah . Satu satunya anak buah perempuan . Hee ~
Hari raya ketiga , barulah aku berkesempatan ajak family untuk pergi melawat Incik Tunang di Hospital . Jauh nau rasa dari Penang nak ke Hospital Gerik ni . Nak dua jam lebih jugak . Tapi sis redha . Sebabnya dia dah jadi mengada-ngada banyak bila masuk wad ni . Haha . Kenapa dia masuk wad ? Nanti aku cerita . Tunggu next entry .
Last dari aku , Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin korang semua . Ampun dan maaf dari aku ye .







