Cerita Aidilfitri Meeya Techik .

Selamat hari Rabu korang . Hehe . Dengan adanya baki Syawal ni , aku nak share sikit pasal Hari Raya untuk tahun ni . Ala kadar je kitorang tahun ni . Tapi meriah .

Macam biasa , sebelum tibanya Hari Raya , mak abah akan gigih buat persediaan . Salah satunya adalah kacau dodol . Ini aktiviti wajib setiap tahun . Tak raya lah kalau tak ada dodol .

Ketupat pun salah satu menu wajib jugak . Ketupat pulut . Jarang kitorang buat ketupat nasik tu . Tak berapa nak minat . Hehe . Ditambahkan dengan gulai daging dan rendang ayam . Hee ~

Raya pertama . Tahun ni dapat bergambar satu family . Tapi tak ada Incik Tunang aku . Dia beraya di hospital . Kesian . Tunggu nanti kita raya sesama ye .

Ni family abang sulung aku . Hijau pilihan diorang untuk tahun ni .
Dan ni pulak kakak aku yg kedua . Merah menjadi tema .
My anak buah . Satu satunya anak buah perempuan . Hee ~
Hari raya ketiga , barulah aku berkesempatan ajak family untuk pergi melawat Incik Tunang di Hospital . Jauh nau rasa dari Penang nak ke Hospital Gerik ni . Nak dua jam lebih jugak . Tapi sis redha . Sebabnya dia dah jadi mengada-ngada banyak bila masuk wad ni . Haha . Kenapa dia masuk wad ? Nanti aku cerita . Tunggu next entry . 

Last dari aku , Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin korang semua . Ampun dan maaf dari aku ye . 

4 comments:

  1. moga kecik kuat hadapi dugaan bertunang..sayangnyaa dier kt en.tunang kan...yaya pun sayangkan tunang yaya...hihiikk...moga bahagia selalu..aamiin...

    jemput datang & komen sini..tq .. hihi

    http://www.yayacendana.com/2016/07/dapat-baucer-rm5-untuk-pembelian.html

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini dik Meeya... Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin..

    ReplyDelete
  3. Semoga incik tunang cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya juga meeya! Kenapa encik tunang kena ward tu? Huhu.. Semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~