6/365 ~ Berganjak 1 tahun usia kita termasuk aku . Ada apa pada usia . Rumah kata pergi kubur kata mari . Tingkatkan amal ibadah . Tinggalkan yg haram jadah ~ Ayuhhhh . . .
Last year aku new year di sini , Shah Alam . Tapi tahun ni , aku bertahun baru di Penang . Di atas tilam berselimutkan toto di depan tv rumah mak abah aku . * nampak tak disitu aku tak suka tdo dalam bilik :)
28 December , aku terbang jam 7.30 malam dari Terminal Bus Sec 17 , Shah Alam . Seawal 1 pagi aku tiba di Parit Buntar . Macam selalu mak dan abah akan dtg pick up . Macam biasa jugak akan singgah kedai mamak dulu . Aku rasa pagi tu mamak tu mamai . Tiba tiba roti canai bertukar jadi maneh melecaih . Lori gula tumpah gamaknya . hiks !
2.40am sambung tdo . . Macam biasa jugak si anak buah akan terjun untuk kejutkan achiknya bangun . Ada agenda di hari Ahad .
Secantik dan sekacaknya semua orang . I mean , kaum kerabad ABD HALIM . Bergerak ke rumah njang . Adik mak aku . Wedding kazen . * tujuan utama aku balik kampung sambil menyelitkan sisa sisa baki cuti yg ketinggalan ~ Dalam pukul 11 kami sampai di rumah njang . Takde lah jauh sgt dgn rumah aku .
Ramai jugak sepupu sepapat yg dah sampai . Makan ni makan tu . Amek ni amek tu . Gelak ni gelak tu . Tgk si kazen bersanding . Merah menyala baju depa . Silau mata kami +___+
macam macam gaya ada . weyh , nah tgk ! haha ~ |
Dalam pukul 2pm . Abah dah ajak gerak . Ada agenda ke dua ntuk hari tu . Menghala ke Batu Kurau , Perak . Mencecah 2 jam perjalanan . Safely arrived at rumah si abang . Menyelesaikan yg wajib . 4 rakaat di situ .
Aktiviti berendam bersama anak anak buah . ayaQ punya sejuk baQ hang . Mula mula achik bole lagi nak control depa , pastu achik serah kat paklong . hihi ~
Best . Lama tak riadah dgn family mcm ni . Sesekali dapat tu , sgt bermakna :) ~ Lagi lagi sambil makan durian . marbelessss ~~
6.45 ptg kami kat rumah .
Isnin selasa . Malam hari abah cakap tak payah masak . Kita makan kat luar jea . Anak abah yg ni request nak makan ABC . Abah pun dgn gigihnya mencari restoran yg ada ABC :) ~ ke Paridd Biuntarr kami . Sebut biar pelik sikit . Baru rasa mcm jauh . hihi ~ tengah tengah makan , abah tanya .
" adik tu cikgu adik kot kat belakang tu . pakai baju meQah tu . "
Aku pun pusing belakang . Dan menjawab .
" Bukan lah abah . Tak kenai pun sapa . "
Maka abah pun berkata ,
" dak pun cikgu abang atau kakak "
... sambung makan . Siap makan . Balik .
Texting with him . Sambil tgk tv . At last tv tgk aku .
Bila jauh terasa rindu . Hati ini Allah yg tawu . Hanya kata kata semangat yg mampu untuk buat aku berdiri . Terima kasih sbb selalu menjadi tongkat aku . Hiraukan mulut orang . Jam 12 lebih . Henpon berdering . Suaranya kedengaran . Ye , Selamat Tahun Baru jugak sayang ~ Aku new year di kampung . ekau new year di tempat keje . okay fair !
Tahun Baru . Azam baru . Semangat baru . Hidup baru . Yang lepas biarkan ia berlalu . Dugaan itu dtg dan pergi . Takde org yg takde masalah kan . Takde masalah yg takde jalan penyelesaiannya . Masalah mematangkan kita . Takde hubungan yg takde aer mata . Kita tak bole nak paksa org untuk sukakan kita . Biar yg ATAS sana yg tentukan semuanya .
*tertarik dgn ayat ni . kite pinjam ye dik :)
" When a couple fights so much and they're not breaking up , they're really in love "
Dan sepanjang aku di kampung , aku hanya menghabeskan masa dgn mereka . Dapat makan laksa * kuah saja . mmg aku pesyen ni kalo mak buat laksa kat rumah . Dapat makan steamboat . Dapat makan pizza . Dapat makan sambai tomeh petai . Dapat makan macam macam . hihi ~
Dah penuhkan keinginan semua org . Nak tu dah bg . Nak ni dah bawa balik . hanya yg mampu jea lah . hihi ~
So , dikesempatan yg ada ni . 2013 adalah tahun yg sangat sangat mencabar minda dan jiwa . Sabar jea yg aku adun untuk diri aku . Dan sampai sekarang , Alhamdulillah aku masih kuat berdiri . Nak jugak aku amek kesempatan ini untuk minta maaf dgn semua org if aku ada buat salah secara langsung atau tidak langsung . Please forgive me :) . n one more time , HAPPY NEW YEAR ALL ~ semoga hidup lebih diberkati .
salam 2014 ,
PUTRAMEEYA ~
No comments:
Post a Comment
tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~