TILL WE MEET AGAIN .

Huhaiiii . Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat kawan kawan  :)  hiks ! ~ Tolong lah puji kite . Kite terrrrrajin dah ni nak menghupdate blog ni . Ini pun setelah kerja kerja yg penting diselesaikan terlebih dahulu . wheeee ~~


Seriously , mood ke laut nak update blog . Malas nak mengarang . harhar . Dan tak tahu apa yg nak dikarang tu . Kerang lagi lah . *eh, tetiba .

Nah , seketul aku bagi pipi . haha ~




Hee . Last Wednesday . Office aku ada pergi terjah kat sebuah Restoran Steamboat . Which is SERISEGI or SEGISERI dekat section 23, Shah Alam . Mohon google sendiri untuk tahu nama sebenar Restoran tu +____+ . Aku lupa . harhar ~


Actually , kitorang ke situ untuk meee , me apa ye ? Senang cerita one of my officemates , nak berhijrah ke TM Sarawak . Dan dah selamat sampai dah akak tu . Kak Fid nama manjanye . ngee .


So , kitorang ke situ beramai ramai . Satu unit CSM * Customer Service Management . Tapi ade jugak yg tak dapat pergi dgn hal masing masing yg tak dapat dielakkan . Lebih kurang 38 org staff termasuk AGM , GM , boss besar boss kecik dan staf staf yang join . Kat situ kitorang menikmati juadah berbuka puasa di waktu tengahari . harhar . Idok laa . hurrmmmm ~


Dah namanya Restoran Steamboat , menyeTEAMBOAT lah kami . hiks ! Fikir banyak kali jugak untuk aku ke situ . Sebabnya , nak makan tu memang sedap tahap bertahap tahap . Nak garu tu nanti pun serupa tu jugak lah kan . Keturunan mana ntah yg aku dapat alergik dgn seafood ni . Setahu aku , semua family aku sihat sejahtera hendakNya takde yg alergik alergik bagai ni . Sesat ke aku sorang sorang jea . Garu tak garu , aku join jugak . harhar .


Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim banyak banyak kali , aku suap itu suap ini kat dalam mulut aku sendiri . Paling banyak yg aku suap adalah aiskrim . Yg tu jea yg aku rasa best . Tengah tengah hari rembang cenggitu memang best oih dapat aiskrim macam tu . Nyaman tekak . :D


Happy ada , sedih pun ada . Happy sebab bukan selalu dapat gather dekat luar ramai ramai macam tu . Sedih pulak bila akan kehilangan sorang lagi kawan kat dalam office ni .


Sorang lagi ? Ye , awal bulan lepas dah hilang sorang . Tengah bulan hilang lagi sorang . sob sob . Masing masing ke TM Cyberjaya dan Sarawak  :'(


For both of you , Kak Fid dgn Kak Yana . I'm wishing u best of luck . Jangan lupakan kenangan kite sama sama kat sini . Nasyid sama sama , kawad sama sama , joget sama sama dan macam macam macam macam macam lagi laa . hee ~ Gonna miss u . Till we meet again . in shaa Allah .

Takde pulak gambar Kak Fid . Just punya gambar yg dirai , Kak Yana . Ini pun dicuri dari mukabuku . Unit aku , Billing Resolution Shah Alam . Belum cukup tu . Ada yg bercuti . *abaikan si penanduk tu . Bagi penampar buaya baru dia tau . harhar  .





2 comments:

  1. untunglahhh makan steamboat! bukan nak bungkus untuk ena.. XD

    ReplyDelete
  2. Ainaa : tak bole tapau , cikgu marah :P

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~