AYAM GHANTARI

Selamat Pagi semua , hye Assalamualaikum  :) ~ Lama jugak aku tak update . Mencari ilham  ^____^


*Dan pagi ini ilham itu datang . 



Di mana baru baru ini , aku bersama beberapa blogger lain telah mengunjungi satu tempat yang diberi nama AYAM GHANTARI . Ayam Ghantari mula beroperasi sejak Disember 2013 yang lalu . Ia menyediakan menu yang datangnya nun jauh dari sana  :) ~ Dan pada malam itu , kami dihidangkan dengan pelbagai jenis menu . 


Bagi aku , menu yang disediakan itu amatlah berpuas hati kerana kualiti bahan yang sangat kena dengan jiwa aku . Ayam ke , daging ke , burung puyuh ke , semuanya lembut lembut belaka habaQ hang . Hat takdak gigi pun aku jamin boleh makan dgn kusyuk sampai tak panggung kepala . Macam aku :P ~ Serius !

Owner Ayam Ghantari ni adalah 2 orang abang hensem kat dalam gambar ni .




Lokasi Ayam Ghantari ini adalah terletak di :

Medan Selera Lokas Makana
No 15 A, Jalan PU 13/2, 
Taman Puchong Utama, Puchong, 
Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi Medan Selera Lokas Makana : 
6 petang - 12 malam

Facebook Page : Ayam Ghantari
Twitter : Ayam Ghantari
Instagram : Ayamghantari
Email : planetgrillnetwork@gmail.com


Antara menu yang terdapat di Ayam Ghantari ini adalah :




Set Ayam Bakar Ghantari dengan Kentang Goreng RM7


Set Ayam Bakar Taliwang dengan Nasi RM7


Set Barongan (Mix Iga dan Ayam) Ghantari RM20

Set Iga Bakar Ghantari dengan Nasi RM12.90

Set Iga Bakar Taliwang dengan Kentang Goreng RM12.90


Selain itu terdapat juga set KOMBO . *sayangnya gambar untuk set kombo takde . Set ini sesuai dihidangkan kepada mereka yg datang secara beramai ramai . Harga bagi setiap set Kombo adalah seperti di bawah :

Pakej Berdua (2 hidangan) : RM 13
Pakej Bertiga (3 hidangan) : RM19.50
Pakej Berlima (5 hidangan) : RM32.50
Iga Bakar Full Rack (4 ketul tulang rusuk) : RM35


Eh ! ade pulak gambar dengan dia . 


So , untuk anak anak Selangor , Jiran jiran Selangor , aku suggest korang boleh datang ke Ayam Ghantari ni . Serius sedap . Untuk orang Perak , Ayam Ghantari juga akan beroperasi di sana nanti ! So , korang serbu ramai ramai ! HARGA SANGATLAH BERPATUTAN . rugi kalo tak cuba !


Bang , kita tapau 3set !  :)

2 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~