29 Mac 2014 - Aku bangun seawal jam 5.30am . Awal beno kan ? Wallaweh . gue ado program hari ni . Itu sebab gue bangun awal . Membersihkan diri , mengejutkan manusia lagi 2 orang si Ainaa dan si Hani yang stay buat sementara waktu kat rumah aku . Ditambahnya sedikit adegan roommate yg agak mental pagi tu . Huh !
Seawal jam 7.15am kitorang gerak dari Shah Alam menuju ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersama seorang lagi Blogger . Dia jea yang tahu jalan . Nak harapkan kitorang , mahunya tawaf berkali kali :)
Tujuan kitorang ke sana bukan suka suki dong . Tapi suka jugak lah . whee ~ Actually , kitorang bersama blogger blogger lain , ada joint satu acara iaitu Kuala Lumpur Shopping Hunt ( KLSH ) yang berkonsepkan membeli belah di sekitar kawasan bandar Kuala Lumpur . Kau bayangkan orang Penang nak hadap KL ni . Kalo biar ke aku satu urang , nda pulang rumah aku *eh , tekeluar sabahan celup pulak . Wakakakaka ~
Acara ini adalah di bawah anjuran Media dan juga kerjasama dari Tourism Malaysia Kuala Lumpur yang diadakan bersempena dengan GP Sale dan Tahun Melawat Malaysia 2014 . Siok habaQ hang !
Pendaftaran bermula pada jam 8.00am . Baju free pun dapat . Terima Kasih tau ! Shomel angat angat baju tu :) ~ Dan tepat jam 10.00am , bermulanya perlepasan peserta untuk berlumba mencari harta karun di beberapa lokasi pilihan di sekitar Kuala Lumpur.
Soalan yg agak mencabar jiwa dan raga . Fikir sampai muntah ! wakakaka . But we are really enjoy . harhar . 4 jam punya dok berjalan kaki . Dah serupa nak tercabut tapak kaki den . Mintak orang dukung pun dia tak sanggup .
Antara lokasi yang kitorang perlu pergi by Car and Key adalah sepanjang Jalan Conlay , pusat membeli belah Sungai Wang Plaza , tingkat 3 iaitu Food Emporium dan tingkat 6 HK Station , pusat membeli belah Berjaya Time Square dan pulang semula ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur . Tobat penat !
Kalah menang adat pertandingan . Hye , kami kalah :P ~
Dan pada jam 2.30pm , semua peserta berkumpul di Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk sesi jawapan dan pengumuman pemenang . Juga dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh Iqwal Hafiz , pertunjukan fesyen dari model model Karyaneka , cabutan nombor bertuah * pun aku tak bertuah . wakakakaka ~
Apabila selesai kesemua acara ini , kami membuat keputusan untuk beredar dan menuju ke sebuah restoran Arab *lupa nama restoran tu untuk minum petang sambil berkongsi ilmu yang ada .
Even penat tak sangga taktau lagu mana nak habaQ pi , tapi sumpah best giler ! Dapat kawan kawan baru , dapat kenal blogger blogger hebat , dapat pengalaman yang mungkin aku takan lupa .
Balik sampai rumah , pengsan sampai koma !
No comments:
Post a Comment
tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~