ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Salam Ramadhan sahabat semua  :) . Hari ke empat kita berpuasa . Dan hari ke dua di bulan Julai . Kejap masa berlalu .

Dan hari ni jugak hari kedua aku dalam tempoh kontrak . Tempoh kontrak ? Ye , jum aku share .

Alhamdulillah , pada 1 Julai aku telah di calonkan oleh pihak syarikat yg aku bekerja iaitu Telekom Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TM untuk bekerja di bawah naungan syarikat TM sendiri dalam tempoh kontrak selama setahun . Ya Allah , aku rasa happyHAPPYhappy sesangat sangat happy :)

3 tahun aku di sini bekerja di bawah agensi pekerjaan ( Agensi Intelek ) bermula 7 Jun 2011 sehingga 30 Jun 2014 . See ! Lama kan . Dengan berkat kesabaran dan doa yg tak pernah putus , TM menawarkan aku untuk menjadi staff mereka sendiri . Kini aku bukan anak tiri TM lagi . HAHA . Allah jea tahu macam mana aku rasa .

Apa yang buat aku happy , Alhamdulillah basic aku naik ke RM1+++ dan ada benefit lain berbanding sebelum ini di mana aku hanya makan gaji basic dan kerja lebih masa . Aku hanya pemegang Diploma Pengurusan .




Sebelum dinobatkan *bajet anak raja sebagai staff kontrak TM ni , aku perlu menghadiri sesi temuduga di Menara TM ( HQ ) yang terletak di Bangsar pada 19 Jun 2014 . Takut jugak nak interview ni , sbb dari awal aku kerja dgn TM ni aku tak pernah interview . Terus bekerja . Rezeki jugak disitu . Alhamdulillah .


27 Jun , aku mendapat panggilan di mana aku lulus dan berjaya dalam sesi temuduga tersebut dan perlu ke HQ untuk mengambil surat tawaran bekerja . Ya Allah , happy nya tak terkata . Cepat cepat aku call mak di kampung  :)




Berat 40.5 kg .
Tinggi rendah 144cm .
doktor bilang , " awak dah cukup umur ke nak kerja ni ? "
makan dalam doktor =,=
.
.

Beberapa dokumen aku perlu lengkapkan . Empat malam jugak aku menghadap borang borang tu semua . Nak muak pun ada sebenarnya , tapi mahu tak mahu aku perlu selesaikan segera kerana pada pagi 1 Julai semalam aku perlu ke HQ semula bagi melapor diri .

Allah permudahkan segala urusan aku . Segala urusan medical check up , matikan stem (LHDN) , KWSP , saksi itu dan ini berjaya aku selesaikan . 


Sahabat sepejabat yg turut berjaya .
Nasib baik ada teman nak ke hulu dan ke hilir .


Kepada bos bos , kakak kakak office , kawan kawan , family , yang dah bersusah payah tolong aku , yang selalu support aku samada secara langsung dan tidak langsung , TERIMA KASIH banyak banyak . Allah jea yg dapat balas semua ni . Dan pada kawan kawan aku yg masih bekerja di bawah agensi , aku harap korang bersabar . In shaa Allah ada rezeki korang nanti . Doa banyak banyak ye  :) Dan jgn give up .

Dan , dan dan . Doakan aku untuk berjaya ke status Tetap pula nanti  :)


Rezeki Ramadhan dan rezeki nak kawen , ehhh .
kbai .
-,-

8 comments:

  1. Alhamdulillah kak.. ena pun turut gembira atas kejayaan akk selama ni.. Bekerja elok elok ye kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you ena.. in shaa Allah . doakan akak :)

      Delete
  2. alhamdullilah. taniah tau kak. mula dr bawah slow2 ke atas ye kita ..

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak miraa ! Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Wahh tahniah :D


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete
  5. waaa..
    tahniah...
    zmn skrg bkn sng nak cari kje.. mmg rezeki la tu.. :)

    blogwalking sini.. :)

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~