Hari ini hari Khamis . Hari ni Satu Enam Satu Kosong Satu Empat . Hari ni aku nak cerita pasal dia :)
Aku mula minatkan dia , minatkan suara dia , minatkan cara dia , minatkan style dia since aku layan dia di Laman Youtube . Memanglah kan sebabnya dia seorang Artis Youtube :)
Ya , aku akan layan youtube waktu lunch office hour sebab time tu aku akan guna UNIFI yang office sediakan . Selain waktu lunch , aku guna internet aku sendiri .
Pada mulanya , aku just kenal Wani hanya sebagai artis Youtube yg aku minat . Dan bilamana aku mula melibatkan diri dgn event Blogger , aku dapat tahu yang Wani adalah salah seorang artis Youtube yg selalu datang ke Studio yg aku selalu pergi dgn rakan rakan blogger tu . Tapi aku masih belum sempat untuk bertemu dgn beliau . Sadissss .
Disebabkan aku minat dia , aku nak share dgn korang serba sikit tentang Wani . Maklumat aku terima dari tuan punya badan sendiri . Hihi . Thanks Wani sebab sudi deal dgn kak kechik ni :)
Nursyazwani bt Selamat . Berumur 17 tahun . Bersekolah di SMK Seri Medan Batu Pahat Johor . Mula upload ke youtube sejak setahun yg lalu dgn melalui gmail "wani6697" . Lagu pertama yg diupload bertajuk "patah seribu" cover dari Shila Amzah . Dan dgn lagu " Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang " nyanyian Tegar mendapat view yg tidak disangka , iaitu lebih kurang 600k viewers :) Dan cover tersebut telah dikongsi oleh Page OH MEDIA dan seterusnye dikongsi oleh page2 yg lain . Kini keseluruhan viewer hampir 8 juta dgn subcribe 27k lebih . Mungkin dari situ lah Wani dilamar oleh Syarikat rakaman dibawah Label FMC dan lahirlah Single Pertama yg bertajuk "I CINTER JER " yg mengisahkan cinta remaja sekarang yg lebih banyak menggunakan laman sosial sebagai penghubung . Di mana lagu dan lirik ini dicipta oleh Wani sendiri dan arrange music oleh komposer Ag Coco .
So , untuk korang korang yg minat dia macam aku , boleh terjah sini :
Youtube : wani6697
Instagram : wanimusic
Facebook : Nur Syazwani
Fanpage : Wani
Gmail : wani6697@gmail.com
Tweeter : wani_kuchan
Jom kita sama sama doakan Wani berjaya dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi dan berjaya dalam bidang yg dia ceburi ini . Good Luck .
semogaadarezekikitauntukbertemu :)
No comments:
Post a Comment
tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~