HARI RAYA MEEYA TECHIK

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua ! Belum terlambat untuk aku wish . Still dalam bulan Syawal  :)


Minta maaf sebab selalu lewat update . Sebab mood tenggelam dan kerja yg mencurah-curah since naik kerja lepas cuti raya 10 hari . Pastu demam , batuk . Durian dan rambutan punya penangan . Hewhewhew .

Raya tahun ni . Aku amek cuti awal . 11 Julai aku dah start cuti . Jumaat last kerja . Dan Jumaat tu , Incik Tunang dan Abang beliau pick up aku . Kitorang bertiga gerak balik Kelantan malam tu . Ke sana untuk ambil si biras , isteri kepada abang Incik Tunang . 

Memandangkan tahun ni Si Abang beraya di Kedah , dan kitorang nak balik Penang , itu sebab kitorang gather-gather balik Utara sesama . Sempatlah berpuasa di Kelantan untuk beberapa hari , sementara tunggu Si Kakak bercuti .

Selasa pagi , kitorang gerak ke Utara . Jam 3 petang tiba di Sungai Petani , Kedah . Itu kali kedua aku ke rumah Si Kakak . 1st pergi , awal puasa hari tu . Hewhew . Malu pun dah hilang . 

Dari rumah Si Kakak nak ke rumah aku amek masa kurang lebih satu jam setengah . So , lepas berbuka malam tu , diorang hantar aku dan Incik Tunang ke Penang . Eh , kenapa dia ikut aku ?

Ntah tiba-tiba raya tahun ni abah aku kasi green light ajak dia beraya dengan kami . So , dapatlah aku beraya dengan dia . HAHA . Tak pernah weh dalam seumur hidup aku beraya ada pasangan sendiri . 


So macam biasa , sebelum raya mak aku mesti struggle kemas rumah , kemas itu kemas ini . Memang penat wa cakap lu . Dah laa puasa kan . Nasiblah setahun sekali .

Rajinnnnn dia tolong abah . HAHA . Sebabnye abah aku jenis gayat tempat tinggi . Memandangkan ada mamat ni , dia lah dipertanggungjawabkan pasang lampu kelip-kelip tu .

Raya tahun ni , kitorang buat lemang . Selalunya setiap tahun , hanya ada ketupat palas saja . Jadinya berpakat ramai-ramai dan bakar sama-sama .


Yang kanan tu Paksu gua , yang kanan tu pakteh gua . 


 Walaupun ini pengalaman pertama bakar lemang , menjadilah jugak . Hasil tunjuk ajar paksu . Hihi  :) . Seharian jugak diorang yg lelaki-lelaki tu menghadap bara api tu . Yang perempuan masing-masing sibuk dalam rumah . Kikikiki .

Malam raya , malam paling sibuk . Kerja pasang langsir pasang carpet tu memang dinobatkan untuk aku dan abah dan abang ipar aku . Tapi tahun ni abang ipar aku serah tugas pada Incik Tunang . Sesekali kena lah buli . HAHAHAHA . Nak terjelepuk rasa . Penat -_-

Dan hari raya , bermula dengan pergi surau yg dalam kampung aku tu . Solat sunat Aidilfitri . Tapi aku tak pergi . Bila diorang semua balik , agenda bermaaf-maafan dan sesi bergambar keluarga . HIHI .

Ini keluarga besar aku . Tanpa family abang sulung . Sebabnya tahun ini giliran dia beraya di kampung kakak ipar aku . Negeri Sembilan sana nun .

 Kitorang biru , diorang PINK ! Hamboiiii ~ * Gambar dikirim melalui wassap .



Lepas bersalaman , dari rumah ke rumah kitorang beraya . Memandangkan kita raya hari Jumaat , kami cepat-cepat ziarah kubur Wan dan Paklong . Lepas ziarah kubur , sambung lagi raya disebelah family abah .

Bila yang lelaki pergi solat Jumaat , yg perempuan siap-siap untuk balik kampung sebelah mak . Dekat jea . 20 minit dari rumah aku .

Rumah kerabad sebelah mak di atur sebuah demi sebuah . Kena makan sikit-sikit je . Hehe . Perut dah overload .



Ni gambar kat rumah tok sebelah mak . Hihi . Jarang-jarang datang rumah tok yang ni . Rumah yg banyak kenangan dengan arwah wan . Rindunya dengan dua-dua arwah wan . AlFatihah  :(

Bila dah selesai semua rumah , kitorang balik semula ke rumah mak abah . Sampai jea dalam rumah , abah cakap :

" adik dengan Fendy kalau nak p Qaya naik laa Qeta abah . "

Lajuuuu jea Incik Tunang ajak aku ke Sg Petani , rumah si kakak tuuu . Lalu aku pun ajak jugak abah dengan mak n adik ikut sekali . Tak best laa kalau mak dengan abah tak ikut . Hehe ~

Jam 11 malam kami balik . Penat tak terkata . Raya sungguh .

Raya kedua , duduk rumah dan tunggu orang datang . Menu hari raya kedua , ofcourse Kari Kepala Ikan .


Dan malam tu kitorang dah gerak balik . Ke Kelantan . Esok petangnya dari Kelantan ke Shah Alam . Jalan jem jangan dok heran laaa . HAHA .

Sepatutnya raya keempat aku dah start kerja . Demam punya pasal , raya kelima baru kerja .

No comments:

Post a Comment

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~