JUMPA LAGI MEK :'(

30 Oktober 2014 . Sedih tau . Hari ni hari last housemate aku stay dgn kitorang . Dia akan pulang ke kampung ( Kelantan ) mengikut suami * syurga bawah tapak kaki suami_lebahsukacakap . 


Mek * bukan nama sebenar , baru jea kahwin sehari selepas aku bertunang . Muda setahun dari aku . So , mahu tak mahu terpaksa ikut suami kan  :)

Ehem ! iye , dalam banyak banyak housemates yg keluar masuk , aku paling selesa dgn dia even kadang kadang dia tak faham bila aku cakap loghat utaQa dan sama aku pun tak faham bila dia lelaju loghat Kelantan . So , adil ! haha :)


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Huwaaaa . Sedih wooo . Even dia belum sampai setahun stay kat rumah sewa tu . Aku senang berkawan dgn dia . Kalau perlukan pertolongan dia lah thorrrrbaikkkk  :)


Untuk pujuk hati , ada rezeki kita jumpa lagi nanti . Terima kasih untuk segala galanya mek . Gonna miss you and forget me not  :'(


..lepasnidahtakdakorangsambutakubalikkerja..

KANGGAROO PILIHAN SAYA !

Hye , hari ni nak share pasal tudung !


Tudung hok paling menjadi pujaan hati aku sekarang adalah tudung bawal lebah kanggaroo . Dia murah dia asli ! hahaha . Yup , aku memilih tudung bawal kanggaroo sebagai pilihan hati . Murah pun murah . Nak beli pun dekat . Kat pasar malam depan rumah aku jea  :)


Harga ? RM5 jea sehelai . Murah kan ? Time Eday hari tu pun aku bedal tudung RM5 ni jea . Hok colour turqoise tu . Hok colour peach tu pun murah saja kottt . Sebab aku tau , nak pakai sekali jea kan . Dan dah tinggal kat kampung dah kot veil tu . Tak berminat nak pakai lama lama .Sebenarnya veil tu ada manik blunggok lagi kat belah belakang . Haha . 


Ce tengok ! Sat jaa laa aku pakai veil tu . Selesai sarung cincin , aku maintain hat RM5 tu jugak . kikikikikiki  :)


Hye kakak , nak balik kampung nanti nak kirim colour apa pulak ? Kakak aku pun salah sorang peminat tudung kanggaroo . Setiap kali aku balik kampung dia mesti kirim ( berbayar_sekali jea aku belanja ) hahahahaha !

So , untuk korang korang yg mencari keselesaan untuk bertudung , kanggaroo is the best one ! Senang dibentuk dan senang digayakan . 

ok bye  :)

YAKIN


Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa ,
Hanya kamu yang melalui ,
Dan hanya kamu yang mengerti ,
Kamu silap, dan kamu salah .
Ada orang lain yang pernah melaluinya .
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan .
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui .


Ada .
Cuma , mungkin kamu yang tak pernah tahu ,
Kamu yang tak pernah nampak .
Jangan selalu menganggap ,
Bahawa kamulah yang paling susah , 
paling sakit diuji ,
Paling berat diduga .


Ada .
Ada insan lain , yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya .
Sudahlah, kesat air matamu ,
Walau serumit mana situasi kamu .
Pujuk hatimu .


Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada .
Bila kamu menyandar harapan padaNYA , DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu .
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA ,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu ~


SUMBER : PAGE_Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku  .

NEW FAMILY


New baby born . Tak laa new sangat . Hehe . 2 September 2014 .

Wheeee ~ Ni anak buah aku yang ke - 4 . Anak kepada abang aku yg ke tiga . 
Dan dia adalah cucu perempuan pertama mak abah aku .

Adik kepada dua orang abang , HaziQ dan Hazim . 
Name was given as Nur Imanina Nabihah Helmi
Comel macam achik dia . hahahahaha !


Selamat datang kedunia ye dik . Semoga jadi anak solehah ! 
Anak yg terbaik . Cepat besar dgn sihat . 
.
.
.
.
.
.
Achik ada geng yo !
:)

ALHAMDULILLAH :)

Tiada ungkapan lain selain Alhamdulillah . Aku bahagia dgn kehidupan sekarang . 
Thanks to Allah pinjamkan aku 3F .



. FAMILY . FIANCE . FRIENDS .

It cant be replaced . I love them so much .

.. dalam kita bergembira , pasti akan terselit duka . Be prepared techik ..

TERTAMBAT TERIKAT TERJERAT

Wahahahahahaha . Tajuk tak boleh belah .

Alhamdulillah , kini aku bergelar tunangan orang . Yang mana aku rasa korang tahu siapa tunang aku . Sebab tak ada lelaki yg aku punya selain dia yg empunya namanya Azfandi aka fendy aka lebah :)

Awal awal aku mention sebabnya , ada segelintir rakan rakan yg tanya siapa tunang aku . 


Aku terobek kisah perkenalan kami . Jejaknya aku di bumi Shah Alam pada Februari 2011 dgn harapan mencari rezeki sesuap nasi . Bertempat di sebuah kilang , aku adalah pekerja baru yg memangku jawatan sebagai QA clerk . Kebetulan masa yg sama , dia juga staff baru di situ . 

1st day orientasi , Pandangan aku pada dia , lalu hati kecil berkata :

" selekehnya dia ni , dgn rambut colour bagai . ingat handsome laa tu "

Hmmmm . Kenapa aku mesti satu group dgn hang . Dah tu perlu pulak aku berhadapan dgn muka hang . Ish ! Kenapa pulak hang lelaki yg paling kechik jugak . Hati aku mengomel sendiri .

2nd day , macam dah kenal kenal sikit .
Hmmmm , kalo nak tahu , aku yg mintak fon number dia . hahahahaha ! kesah pulak aku . Tujuan tu hanyalah nak suruh ajaQ aku jalan kat Shah Alam ni . Maklumlah aku kan org baru di bumi Shah Alam ni . Bila dapat jea number dia , dan dan tu dia suruh aku miscall . Aku kan baikkkkk , tak suka kenakan org . So aku pun miscall sebagai tanda awal hubungan . Hahahaha !

Bila habis orientasi , kitorang kena masuk office masing masing . Bila mai ptg dia msg aku . Ni ayat dia , sampai sekarang aku ingat :

" Petang ni balik kerja macam mana ? Kalau awak sudi , boleh kita tolong hantarkan awak balik "

Dan dgn selamber badaknya aku reply " ok " . Dan petang tu dia hantar aku balik kerja . 

Bila dah sekali , jadi berkali kali . Sampai satu tahap aku jadi rimas dgn dia . Tobat rimas . Rimas sehingga aku tak layan dia langsung . Tanpa msg tanpa call . Tapi hampa tau apa dia buat ?


Dia ligan kejar aku sampai rumah kazen aku . Time tu aku belum menyewa sendiri . Terkejut mak beruk bila tgk dia ada depan guard house semata mata nak tahu kenapa aku tak layan msg dan call dia . Dalam hati mengomel lagi , gila betoi laki ni . hahahahahaha ~

Aku join futsal dgn kakak kakak office , tgk tgk dia ada di tepi padang futsal tu . Macam mana dia tau pun aku taktau . Mana aku p semua dia nak tau .

Wey , hang sapa semua nak tau apa aku buat . hahahaha ~

Dan malam tu , dia ajak aku dating kat depan rumah sewa aku . Bersaksikan pokok pokok lampu Icity :

" Kalau b tak dapat syg , orang lain tak boleh dapat "

----------------------------------------------------------------------------------

Tanggal 9 September 2011 , dia melamar aku * guna ayat paling power sampai aku pun lebur untuk menjadi Chenta Hatinya  :) ~

Jawapan aku senang jaa :

" kalau betul betul nak kan aku , call family aku kat kg , mintak dgn depa "

Lelaki ini tak reti takut . Hahahahaha ~ Sungguh sungguh dia call family aku di kampung dan dipohonnya kebenaran dari mereka .

Dan sepanjang perkenalan itu , macam macam dugaan hidup kami tempuh . Suka hang suka aku . Sedih hang sedih aku . Gelak hang gelak aku . Nangis hang nagis aku . 


9 September lalu , genap 3 tahun cerita aku dan dia . Dengan segala perancangan yg dibuat , kami mengikat hubungan ini dgn tali pertunangan antara aku dan dia pada 14 September 2014 . 


Di kesempatan yg ada , aku nak ucap banyak banyak terima kasih untuk mereka mereka yg memerah kudrat meraikan EDAY aku on that day . Especially untuk mak abah and family aku yg buat persiapan . Sebabnya aku takdak kat kampung . So depa depa lah yg banyak tolong aku . Untuk sedara belah abah , sedara belah mak . Sepupu sepapat . Dan kawan kawan aku . Terima kasihhhhhh .


Untuk family dari Sabah , Thank you sbb dtg dari jauh . Maaf sekiranya ada kekurangan dari kami .

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Orang cakap , dugaan bertunang ni jauh lebih hebat dari bercinta . Apa yang aku harap , moga kami tabah mengharungi bersama . In shaa Allah .

Dan pesan aku , jgn benci orang nanti jadi suka . Jangan rimas dgn org , nanti jadi sayang . Macam akuuuu . Haaa , macam aku laa .

Lelaki yg selekeh itu lah yg aku sayang sekarang . Lelaki yang suka menyibuk tu lah aku cinta sekarang . Lelaki yg aku buat tak tahu dulu tu lah , aku sentiasa nak tahu sekarang .



TIADA YANG LAIN , SELAIN KAMU . 
TIADA PENGGANTI YANG MAMPU KU CARI  :) 
HANYA KERANA KAU YG CUKUP INDAH .
I LOVE YOU INCIK TUNANG  :)

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG :)

Tahukah engkau ?
Apa yang membuat aku bahagia ?
Bukan wang yang banyak ,
Bukan kereta yang mewah , 
Tetapi yang membuat aku bahagia ,
Ketika engkau disamping aku .
Tak kira waktu atau jemu .



Aku mampu tempuh halangan .
Tapi aku tak akan mampu tanpa kamu :)
SELAMAT ULANG TAHUN YANG KETIGA SAYANG .
I LOVE YOU !
.
.
.
.
.

9911_9914


Hubungan jarak jauh * hati mau kental broooo ~