Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 58 .

Selamat Hari Kemerdekaan yg ke 58 Malaysia . Selamat bercuti untuk semua . Dan esok Selamat Bekerja semula . Wakakaka . 

SEHATI SEJIWA .
SAYA ANAK MALAYSIA .

Paling Depan , Tengah Tengah .

Gemoning . Esok lusa kita akan sambut Hari Kemerdekaan . Hewhew . Sebulan yang lalu , ada si Jurulatih Kawad Kaki tu ingatkan aku tentang pertandingan Kawad Kaki untuk tahun ni . Wakil TM . Aku okaykan jea . 

Seminggu sebelum , email pemberitahuan dan surat pelepasan latihan waktu kerja dikeluarkan . Untuk pihak-pihak atasan . Sekali boss tak lepas aku join daa . Katanya kerja banyak sekarang . Aku pun okaykan jea lah . Siapa aku nak bidas kennnn . HAHA . Bukan aku sorang , ramai jugak yg tak dibenarkan utk serta .

Sehari sebelum raptai , kontijen tak cukup orang . Jadi , pada semua yg tak dibenarkan training waktu kerja , diminta untuk turun raptai terus . Itu termasuklah aku .

2012 & 2013 aku join . 2014 aku tak join . 2015 aku join semula . Kau boleh bayang tak macam mana aku nak hadap dengan setahun punya aku tinggal ? Lain lah kalau aku ni kerjanya macam Incik Tunang . Setiap hari hadap kawad . Aku ni setiap hari hadap PC jea . Harhar .

Dan malam tadi , malam pertama aku turun raptai . Sampai jea office ( Office Shah Alam ) , semua lah cakap-cakap lama tak jumpa , baju kasut seluar takde saiz , dan of course ah kena bahan kan . Ada jugak yg kenal aku tapi aku tak kenal dia . Hahahahahahaha . Teruk betul kau ni kechik . To that bro , sorry ah . Saya ni banyak makan kari kepala ikan ~

Bab baju kasut seluar tu , masalah biasa bagi aku . Wakakakaka . Sebabnya aku peserta yg paling kecik . Nak cari aku dalam baris senang jea . Paling depan , tengah-tengah . Kikikiki .

Ini gambar tahun lalu  :)
 Tahun 2012.
Nampak ko kasut mcd gue . Nasib baik tak terpelanting naik atas kepala orang pegang bendera.
 Ini tahun 2013 dan begelar Juara untuk tahun itu . Tahun ni tak tahu macam mana . HAHAHAHAHAHA :)


Nota tapak kaki : TM dan Oren berpisah tiada.

Kerana , Tuhan itu sifatnya ADA .


Hidup ,
inilah dia .

takkan kering uji bergantian .

tapi ,
kalau terlalu statik ,
bosan juga .

rasanya lah .
kan . . . ?

Memang .
MEMANG masa tanggung setiap inci dugaan itu kita akan ada rasa macam nak mati .
Rasa bila kelar tangan mungkin lebih ringan beban .
Rasa rodok pil tidur dalam tembolok mungkin lebih hilang serabutan .

Semua jenis kehancuran lebih mudah dari apa sahaja yang sedang dijulang akal dan badan .

TAPI .
hidup perlu diterus .

Perlu .
Agar kau dapat lihat semuanya setelah badai selesai .
Untuk kau saksikan setiapnya .
Menoleh semula dan rasa :

" wow . Did i JUST pass all that ? "

KITA ,
Lebih kuat dari apa yang kita sangka .

Pesan aku ,
Tuhan itu ada .
Percaya dan bukan sekadar kata .

Yakin.
DIA selalu ada untuk kita ,
Tak kiralah buruk mana kita .
Tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk Tuhan kita .

Kerana ,
Tuhan itu sifatnya ADA .

Rahsia Kita Berdua.

Serius.
Isteri lebih tua itu bagi sesetengah lelaki memang pilihan utama .
Sebab sebenarnya .
Lelaki ITU yang manja .

Kalau-kalau tak percaya ,
Cuba baca kisah Rasulullah dgn Khadijah .
Subhanallah .
MaasyaAllah . 


" aku punya manja kau saja boleh rasa . "

Hewhew ~


Perempuan ini hatinya cemburu . Bila dikatanya rindu , lalu ditanya nya fon perempuan mana yang engkau guna . HAHA . Jangan nak Hello Kitty sangat . 

Tempah Design Blog Serendah RM15 Sahaja.

Hye korang . Hee . Ikutkan mata ni memang mengantuk tahap dewa mumbai dah . Tapi gagah celikkan jugak . Straight to the point , siapa perasan blog aku berubah design . HAHA .

Terre tak gua ? Memang tak laa . Mendapat maklumat dari blog Zaza Zehra , aku rasa macam sesuai sangat untuk tempah dengan Cik Mastura Aziz ni . Dengan harga yang sangat berpatutan . Murah sangat bagi aku . Memang aku puas hati . Sebab pernah aku survey sebelum ni , semuanya harga RM50 ke atas . HAHA . Mahal gila toQ . 

Aku hanya minta design yg simple dan kemas . Tak kesah lah macam mana rupa , janji menepati jiwa aku . Hewhew . So berubahlah dari blog buruk yg aku design sendiri ke design Mastura Aziz ni . 

Jadi lepas ni , jemputlah singgah ke blog aku selalu. Wakakaka . Dan kalau korang pun nak tempah , terus jea add FB Mastura Aziz ye . Sebab aku pun buat macam tu  :)

GA Pertama MeeyaHani

Assalamualaikum followers . Hee , hari ni nak jemput korang semua join GA Pertama MeeyaHani . GA ni dibuat atas tujuan untuk mengenali rakan-rakan Blogger dengan lebih rapat lagi . Almaklum lah kitorang ni blogger baru ken . Hehe .
Macam mana nak join GA ni ? Meh sini Kak Kechik ajorkan .
 
Buatlah entry yang bertajuk " GA Pertama MeeyaHani " .
Follow blog Meeya Techik dan Cik Hani .
Lepas tu follow/like :
FACEBOOK : Meeya Techik
FANPAGE : Aku Techik Molek
INSTAGRAM : meeyatechik
TWITTER : meeyatechik

FACEBOOK : Hanifah Zainal Abidin
FANPAGE : Cik Hani
INSTAGRAM : hanifahzainalabidin
TWITTER : Cik Hani

Letakkan banner kat atas tu dalam entry korang dan link kan ke sini.
GA berlangsung dari 22 Ogos 2015 - 5 September 2015 jam 9 malam .
6 September senarai peserta akan dikeluarkan .
7 September akan diumumkan pemenang bertuah . ( Pemenang akan diumum oleh Cik Hani )
Tinggalkan link entry korang di bahagian komen .

HADIAH :
- Sehelai sweatshirt dari Meeya Techik 
- Sehelai tudung dari Cik Hani

So , akan ada dua org yang akan bertuah . Wee . Selamat menyertai yaw !

Nota tapak kaki : Pemenang dipilih secara cabutan bertuah oleh Cik Hani .

Segmen : " Meh Sally Nak Review "

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/08/segmen-meh-sally-nak-review.html
Kepada korang nak join segmen ni , boleh picit pada gambar yg gedabak kat atas tu . Atau , picit SINI .

Segmen ini akan berlangsung dari 20th-30th August 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)

Selamat Pengantin Baru Kak Lien.

Sebelum bicara , like dulu kawan page ni : Aku Techik Molek

Barakallah . Sorang kakak office aku dulu ( TM Shah Alam) dah selamat jadi isteri orang . Hee . Im happy for you Kak Lien . Semoga berbahagia hingga syurga sana . Amin .

So hari tu , kitorang gather-gather lah ke sana . Macam biasa . Bersama kawang-kawang aku yg kepala tingtong . HAHA . Kitorang tersampai awal dan terbalik lambat . Hewhew .

Tak tahu nak cerita apa , hahahahaha . Cuma tujuan utama nak ucap Selamat Pengantin Baru jea . Dan ini gambar kitorang . Pantang jumpa camera ! Pantang jumpa monopod ! Aku ke yang ajar ? 

Salah satu mungkinlah sebab kita dah berpecah dua kan . Setengah kat Shah Alam dan setengah lagi kat Petaling Jaya . So bila sesekali jumpa , cenggini lah gayanya . Eh lupa pulak , yang sorang lagi kat Negeri Sembilan . So dari satu group , berpecah kepada tiga . Hmm .

Yang gambar last ni semua bujang trang tang tang lagi . Kami bukan apa , cuma nak amek berkat kata orang . Hewhew  :)

TIPS : Tolak Ansur Dalam Sesuatu Hal.

Salam Jumaat korang . Penghulu segala hari . Waktu lunch mcm ni , office jadi lengang bila sang jejaka semua keluar pergi masjid . Yang tinggal hanyalah kaum hawa .

Entry hari ni cuma nak share pasal Hubungan . Apa yang perlu ada ? Tak kira hubungan jauh atau dekat , kau mesti ada sikap tolak ansur . Ego campak tepi . Nak ego boleh , tapi bertempatlah . Sama jugak macam cemburu . Jangan cemburu tak kena gaya . Dan untuk Mr Right , perempuan ni sukakan perhatian dari kau . Walau sepotong ayat kau hantar , itu dah boleh buat dia senyum setahun . Tapi hati-hati jugak dengan ayat yg nak dihantar tu . Takut yg sebaliknya pula jadi .
Percaya atau tak , kata MAAF tu tak terbukti nilai harganya . Dari nak marah tak jadi marah , dari nak merajuk tak jadi merajuk . Akhirnya SENYUM lebar yang terukir .  
Suka untuk share satu benda yang kitorang selalu buat . Bila aku marah dia diam . Bila dia marah aku diam . Bila aku merajuk dia pujuk , bila dia merajuk aku pujuk . Itu sudah pasti . Walau jauh kita berjarak , itu bukan penghalang untuk kita bahagia . Walau dugaan pergi berganti , itu penguat kita setia .

To you my man , I love you too and i miss you more ! Sesibuk mana pun kau , curi sedikit masa untuk aku . Aku tak minta pun 24 jam untuk kau ada dengan aku .

Budak kecik ni air mata dia senang nak gugur . Happy nangis , sedih nangis , terharu pun nangis . 

Nota tapak kaki : Once dapat wassap Incik Tunang , terus aku google ayat last tu . Ehm ! Aku pun tak faham sebenarnya . HAHA ~

Air Kelapa Muda Susu Versi Abang Botak.

Hye korang . Gambar ni . Mengingatkan aku akan sesuatu . Godek-godek fon dan terjumpa pulak . Actually tu gambar lama . Hmm . Siapa sebelah aku ? Tu cousin aku . Eh bukan nak cerita pasal dia . HAHA . Air kat depan tu . Haa , nak cerita pasal air .
Tak dinafikan , Incik Tunang memang lebih pandai memasak dari aku . Ini aku mengaku . HAHAHAHAHAHA . Teruk betul . Lepas tu hari tu , masa dekat Kelantan dan Kedah . Dia pun tunjuk ah bakat terpendam dia .

Sementara tunggu waktu berbuka . Pokok nyioQ bukan main tinggi dipanjatnya . Aku yang kat bawah pulak risau selagi kaki dia tak jejak tanah turun ke bawah . Hmm . Multi skills betul mamat ni . Motif panjat pokok ? Of course ah nak amek buah kelapa . Kelapa muda , segar dari pokok . Ada lah lebih kurang enam tujuh bijik macam tu .

Selalunya , aku minum air kelapa muda yang fresh , just taruk ais jea kan . Korang macam mana ? Dan hari tu , Incik Tunang sediakan kami minuman untuk berbuka . Aku pun cangak ah kat sebelah dia . Tengok apa benda yang special sangat .

" Sekali ya minum , lepas ni mesti ya akan minta b buatkan lagi "

Dan itu yang aku tengah rasa sekarang . Masin betul mulut dia . Hehe . Jom aku share  dengan korang macam mana nak sediakan AIR KELAPA MUDA SUSU atau orang utara cakap , ayaQ nyoQ muda susu .

Bahan-Bahan :
Buah kelapa muda ( lagi bagus kalau buah yang baru turun dari pokok )
Susu pekat manis
Susu cair manis
Ais batu

Cara-Cara :
Kau keluarkan air kelapa tu . Letak dalam jag . Korek isi kelapa tersebut . Letak dalam bekas asing . Lepas tu kau blend air kelapa + isi kelapa + susu pekat manis + susu cair manis . Blend ala-ala saja okay . Supaya isi kelapa tu tak terus hancur . Lepas tu kau tuang ler dalam jag . Lepas tu letak ais batu . Lepas tu tuang dalam gelas . Lepas tu minum !

Orang lain mungkin dah biasa . Tapi aku rasa luar biasa . Sebab itulah pertama kali aku minum air kelapa letak susu . HAHAHAHA .

Pada yang belum pernah buat macam ni , Selamat mencuba yaw !

Nota tapak kaki : Orang puasa ni memang macam-macam dia akan teringat .

Petua : Tercekik Tulang Ikan .

Bila teringat , aku rasa nak tergelak . Walaupun aku tak ada di tempat kejadian , aku pasti . Mesti macam-macam perasaan ada time tu . HAHA .
Nak dijadikan cerita , * cerita daripada kakak . Anak dia , aka anak buah aku tercekik tulang ikan . Tapi aku tak pasti ikan jenis apa . Selalunya , petua yang orang akan guna , dan kebiasaan yang kita dengar , 

kepal nasi putih , selawat 3 kali dan terus telan .

a
t
a
u

minum air putih beserta selawat 3 kali .

a
t
a
u

telan pisang .

Memandangkan lepas raya . HAHA . Tambah pulak dengan cuaknya . Si budak pulak dah menangis menahan sakit , tokwan ( abah aku ) bagi petua baru . Kahkahkah ! Petua yang mendapat pujian dari si cucu . 


Dan ini , aku jumpa dari Incik Google :

Pusing pinggan yang kita makan tu banyak-banyak kali .

minum air dari senduk kayu (bismillah dulu) .

Celup jari kanak-kanak yang lahir songsang dalam air pastu minum air tu (selawat dulu) .

ambil roti goreng / roti biasa , buat bulat2 pastu letak dekat dalam mulut . Lepas tu minum air suam (sambil telan roti di dalam mulut tadi . . jgn kunyah)

HAHAHAHA . Hati-hati . Jangan terkojol sudah . Selamat Mencuba yaw !

SEGMEN : Klik-klik Nuffnang .


Morning Tuesday . Morning followers . Awal-awal pagi ni bagus kau join segmen macam aku . Kahkahkah . Segmen kali ni adalah Klik-klik Nuffnang . Syarat pun mudah . Berlangsung selama seminggu . Ayuhhh . Picit gambar kat atas tu kalau nak join jugak . Hee .

Mana tahu acc Nuffnang korang tetiba naik mencanak kan . Selamat bersegmen yaw !

TIPS : Fungsi Button Windows

Nak LOCK PC dengan cepat ? Sila tekan Windows dan L .

Nak cari dokumen , atau nak masuk MY Computer , kau tekan Windows dan E .

Nak ke Desktop dengan segera , kau tekan Windows dan D .

Menggantikan layar seakan-akan 3D ,  tekan windows + tab,

Gambar / tulisan terlalu kecil , tekan windows bersama "+" atau "-" . Haaa , besar mana kau nak ?

Kau buka banyak tab , dan ingin mencari tab dengan lebih cepat ? picit haa Windows dan Tab .

Nak tutup tab yg korang taknak , korang tekan CTRL dan W .

Hee . Gambar tu sekadar hiasan jea . Kihkihkih . Sharing is Caring ! Selamat mencuba yaw .

Sumber : Facebook.

Segmen : " AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS " by OmbakBergigi.

http://ombakbergigis.blogspot.com/2015/08/segmen-aku-punya-belog-engkau-yang.html
Good morning . Parok . Orang lain bangun pagi kemas rumah . Aku bangun pagi join Segmen . Kahkahkah . Jom sama-sama join  Segmen : " AKU PUNYA BELOG ENGKAU YANG PANAS " by OmbakBergigi. Syarat yang agak simple . Hehe . Dan ada hadiahnye jugak . 

Kalau nak join , just click pada gambar kat atas tu . Follow the flow :) Aku followers yg ke 147 di sana . Aummmm . Beliau meminta kritikan untuk blog beliau . Haku nak kritik blog orang , blog aku pun tak seberapa . Kahkahkah .

Kritikan untuk blog beliau :
Kite  rasa , setiap kali awak post entry , lagi kemas kalau awak Justify kan Alignment nyaaa . Hewhew . Tu jea kot .

Korang taknak join ke ?