AKU


Pernah rasa , bila kau stress kau nak menangis sorang sorang ?
Pernah rasa , bila kau lemah kau nak duduk sorang sorang ?
Pernah rasa , bila kau penat kau nak rehat sorang sorang ?
Pernah rasa , bila kau sakit kau nak pendam sorang sorang ?
Pernah rasa , bila kau serabut kau nak hadap sorang sorang ?


Kau pernah ?


Aku .
Ya aku .

OH MAK HANG !!

Tajuk kemahen lagi kak kechik . Hihi .

Hari ni aku nak share pasal KEJUTAN . Bukan kejutan elektrik , bukan kejutan budaya . Ini KEJUTAN yang tak diduga . HAHA .


Okay . Aku perempuan . Semestinya suka akan kejutan . Tak kisah lah kejutan tu besar atau kecil . Confirm hati akan jadi bunga bunga punya . Lagi lagi dari orang yg kita sayang . Dan aku rasa , kejutan juga ada banyak pesyen . Ada kejutan dari KATA KATA , TINDAKAN , atau sebagainya .


Wahai Sang Lelaki , kalau kau just wassap " Good morning sayang " pun dah boleh buat dia senyum sorang sorang tau . Dan dia rasa hang ni sweet gila . Even mesej yg hang hantaQ tu cetoet pendek saja . Lagi sweet kalau hang jadi orang yg pertama wish Good Morning dan orang terakhir yg wish Good Night .


Bagi aku , benda ni tak perlu pun nak buat setiap hari . Dan pesan aku pulak , sesibuk mana pun hang , jangan lupa orang yg hang sayang . Okay ? Hee  :)



Dan nota kecil itu , aku simpan sampai sekarang  :)

WANI6697

Hari ini hari Khamis . Hari ni Satu Enam Satu Kosong Satu Empat . Hari ni aku nak cerita pasal dia  :)

Aku mula minatkan dia , minatkan suara dia , minatkan cara dia , minatkan style dia since aku layan dia di Laman Youtube . Memanglah kan sebabnya dia seorang Artis Youtube  :)

Ya , aku akan layan youtube waktu lunch office hour sebab time tu aku akan guna UNIFI yang office sediakan . Selain waktu lunch , aku guna internet aku sendiri .

Pada mulanya , aku just kenal Wani hanya sebagai artis Youtube yg aku minat . Dan bilamana aku mula melibatkan diri dgn event Blogger , aku dapat tahu yang Wani adalah salah seorang artis Youtube yg selalu datang ke Studio yg aku selalu pergi dgn rakan rakan blogger tu . Tapi aku masih belum sempat untuk bertemu dgn beliau . Sadissss . 


Disebabkan aku minat dia , aku nak share dgn korang serba sikit tentang Wani . Maklumat aku terima dari tuan punya badan sendiri . Hihi . Thanks Wani sebab sudi deal dgn kak kechik ni  :)


Nursyazwani bt Selamat . Berumur 17 tahun . Bersekolah di SMK Seri Medan Batu Pahat Johor . Mula upload ke youtube sejak setahun yg lalu dgn melalui gmail "wani6697" . Lagu pertama yg diupload bertajuk "patah seribu" cover dari Shila Amzah . Dan dgn lagu " Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang " nyanyian Tegar mendapat view yg tidak disangka , iaitu lebih kurang 600k viewers  :)  Dan cover tersebut telah dikongsi oleh Page OH MEDIA dan seterusnye dikongsi oleh page2 yg lain . Kini keseluruhan viewer hampir 8 juta dgn subcribe 27k lebih . Mungkin dari situ lah Wani dilamar oleh Syarikat rakaman dibawah Label FMC dan lahirlah Single Pertama yg bertajuk "I CINTER JER " yg mengisahkan cinta remaja sekarang yg lebih banyak menggunakan laman sosial sebagai penghubung . Di mana lagu dan lirik ini dicipta oleh Wani sendiri dan arrange music oleh komposer Ag Coco .


So , untuk korang korang yg minat dia macam aku , boleh terjah sini :

Youtube       : wani6697
Instagram     : wanimusic
Facebook     : Nur Syazwani
Fanpage       : Wani
Gmail          :  wani6697@gmail.com
Tweeter       :  wani_kuchan


Jom kita sama sama doakan Wani berjaya dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi dan berjaya dalam bidang yg dia ceburi ini . Good Luck .


semogaadarezekikitauntukbertemu  :)

BAKAL MENANTU VS MERTUA


Semalam lepas kerja aku terus ke Stesen Bus Seksyen 17 . Tujuan aku ke situ nak hantar ubat mama tunang aku .

Kenapa aku hantar ke situ ? Sebab mama dengan ayah nak ke Kelantan . Rumah bakal abg ipar aku , in shaa Allah .

Sampai aku di situ , mata meliar mencari mereka . Alhamdulillah dalam masa yg singkat aku dapat jumpa diorang . Hujan waktu tu .


Mama dah pegang pegang baju aku yg kebasahan . Aku bagi ubat mama . 


Aku , ayah , mama dan along :

Aku : Tiket dah beli ke ayah ?
Ayah : Sudah ni * sambil tunjuk ke aku .
Aku : Pukul 9 malam . Lambat lagi ni .
Ayah : Ya bha . tunggu dulu kami di sini . Along dah nak balik sebab along kerja .
Along : Mira tunggu bapak dgn mama ye . Along nak masuk kerja . * nampak tak aku sorang jea yg panggil ayah  :)
Aku : Okay , in shaa Allah . Dan Along balik .
Mama : Bha balik laa kau mira nanti malam kau tak nampak bawa moto .
Aku : Takpe laa . Kejap lagi Mira balik .


Aku nak balik pun tak sampai hati . Tapi aku pandang langit kian gelap . Fikir punya fikir . Tiba tiba ayah ajak pergi minum . Aku ikutkan saja . Bertiga kitorang time tu . 


Nak kata nervous tu tak laa sangat sebab aku mama and ayah selalu berborak melalui fon ! Dan aku dah biasa bertiga macam tu time pergi Sabah hari tu  :) .  Aku ikut mama dengan ayah pergi tangkap udang . Best habaQ hang , balik terus demam . Wakakaka ~ Eh , bila aku ke Sabah ni ?

Kita lari tajuk kejap ye .

Bulan April yg lalu . Lima hari aku di sana . Itu lah pengalaman pertama aku naik flight ! Aku tak pernah naik flight dari kecik . Kesian dop ?


Sebelum aku ke sana , aku ada cakap dgn mama , aku takut nak naik flight . Mama cakap macam naik bus saja . So , aku memberanikan diri . Dengan baju kerja , aku menapak di Kota Kinabalu International Airport . Lepas penat war cry dulu . Lan , thank you sebab hantarkan kite ke LCCT hari tu ! Jasamu dikenang . Tibanya aku dekat KKIA tu , lebah angkut geng untuk pick up aku . HAHA !


Rumah atas semua . Tak macam rumah aku . Aku tak pernah tinggal dekat rumah atas macam tu . So , aku jakun laa sikit . Terasa suasana kampungnya . Best ! 

Keesokannya aku ikut mama dgn ayah pergi tangkap udang ! Memang best . Sebab itu pengalaman pertama aku . Ayah bagi aku lampu suluh yg kena pakai kat dahi tu . Sebabnya , tangkap udang dalam gelap wey ! Best ! Sangat best !

Disebabkan itu pengalaman pertama aku , balik tu aku demam tak bangun . Aku mandi sehari empat kali . Cuaca agak panas kat sana . Cepat cerah cepat gelap . Cepat siang cepat malam .


Hari berikutnya , baru lebah bawa aku jalan jalan . Pusing pusing kampung . Sempat jugak aku jumpa sorang kakak yg sebelum ni hanya kenal di laman mukabuku . Agak rapat aku dgn dia  :)


Lebah kenalkan aku dgn murtabak Jawa kot kalau tak salah . Orang demam , selera ke laut . Aku hanya minum air kelapa letak susu . Pun aku tak pernah minum sebelum ni .


Memandangkan aku dah lemah tak bermaya , aku hanya banyak berehat di rumah . Mama yg jagakan aku . Belikan aku ubat . Marahkan aku sebab mandi kerap kerap . Hehe  :) .


Banyak benda baru yg aku dapat masa aku ke Sabah hari tu .


Dan malam tadi , aku tunggu sehingga mama dan ayah naik bus . Pada awalnya aku nak balik sebab mata aku ni jenis tak boleh bawa moto malam malam . Tapi , rasa macam bersalah pulak . So , aku tunggu . Sementara tunggu tu , banyak lah benda yg diborak dgn diorang berdua . Ayah pulak tak lekang dari loyar buruknya . HAHA . 

Pesan mama : Bulan 12 nanti datang Sabah dgn si kakak sebab diorang nak buat kenduri cukur jambul . hee ~ in shaa Allah  :) 

PLEASE BE ALERT :)

INI UNTUK ANDA .

Ingat yaa .
Kau ganggu kebahagiaan orang , kelak kau takan pernah merasa bahagia .


CIK HANI :)

SAHABAT itu suatu KEPERLUAN 


» Bersamanya kita belajar BERDAYA SAING ,
» Bersamanya kita belajar tentang PERSEFAHAMAN ,
» Bersamanya kita belajar untuk MEMAAFKAN ,
» Bersamanya kita berbagi KECERIAAN ,
» Bersamanya kita berkongsi KEDUKAAN ,
» Bersamanya kita meniti KEMATANGAN ,
» Bersamanya kita mengenali asam garam KEHIDUPAN ,


Walaupun HAKIKAT sahabat itu TIDAK SEMPURNA 
Melaluinya kita mentafsir KEMAMPUAN DIRI & berusaha MELENGKAPI 
dan melaluinya kita lebih menghargai UKHWAH SILATURRAHIM ! ^^


Hani .
Aku tgk dia ada mention pasal aku kat blog dia tadi .
Dia macam tahu tahu aku nak up pasal dia . HAHA .

AKU BELUM BERSEDIA


Tengahari itu , sedang enak menghadap KFC bersama adik , kakak , abang ipar dan anak buah . Tiba tiba adik aku tecekik makan cheezy wejes tu . Huhai . Allah jea tahu macam mana gelabah nya aku dan kakak waktu tu .

Aku tgk adik macam dah beserah . Tangan kanan aku laju capai handphone atas meja . Kau tahu apa aku nak buat ? Aku nak call ambulan . Tangan kiri aku kuat menepuk tengah belakang adik . Ya Allah . Sampai hari ni aku masih terbayang saat cemas tu . Sampai lupa segala cara bila tecekik makanan .

Adik . Tak boleh bercakap , tak boleh muntahkan balik . Air KFC , tahu laa macam mana . Bergas . Tapi aku minta dia sedut perlahan lahan . Bila dah lama , aku tgk adik terduduk sambil nafas berbunyi . Cuak aku bertambah . Satu badan aku menggigil . Kitorang berdirikan dia dan minta dia sedut minuman perlahan lahan sambil tepuk belakang dia . Bawa dia ke tandas , dan alhamdulillah , kami tengok dia macam dah okay .


Mintak dia minum banyak banyak lagi . Alhamdulillah dia dah boleh senyum !


Oii . Sungguhpun aku selalu bergaduh dgn dia . Dia satu satunya adik yg aku punya . Moga Allah lindungi dia saat dia sedang belajar berdikari di sana .

Aku belum bersedia untuk kehilangan orang orang yg aku sayang . Tuhan mohon dengar aku berbisik .

Adik aku bekas penghidap luekimia . 

GONNA MISS YOU MR FIANCE :'(


Bilamana aku rasa aku mampu untuk tempuh halangan tetapi aku tak mampu tanpa hang kat setiap sisi hidup aku . Sungguh sungguh kekuatan dan semangat aku terbang dan menjunam ke laut dalam . 


Ya , kita punya ikatan di peringkat kedua selepas yg pertamanya . Aku percaya kau takan beri hati kau pada gegadis lain . Dan aku mohon , jangan . Biar dekat kita berada . Atau jauh berjuta jaraknya . 

Untuk kali ini , aku perlu menjauh semula . Dengan keputusan yg mereka pinta . Ya , aku menanti hikmahnya .

DIA uji untuk kita merindu semula . Awak , jaga hati jaga diri . Aku menanti kau kembali .

JUST BE YOURSELF



Biar lah orang nak bercakap dan berkata apa pun tentang kita .
Yang penting awak tetap awak .
Saya tetap saya .
Dan KITA TETAP KITA .
:)



" A MILLION THINGS CAN BRING YOU DOWN ,
FIND ONE REASON TO KEEP YOU UP "

MEEYA TECHIK

Mu ingat mu sore jo ado ? Haku pun hado  :)

Its all about me . Boleh  FOLLOW boleh ADD .


Yeah , design cantik menarik tertarik . Korang boleh request nak design macam mana , colour apa , nak letak corak apa . Memang puas hati wa cakap lu . Sebab memang kena dgn hati wa . HAHAHAHA ~ coooommmeeeellllllll kan lebah kecik kecik tu  :)


So untuk korang korang yg berminat nak ada personal card , bussiness card , korang boleh order dgn si manis ZAZA ZEHRA ni  :) . Banyak lagi benda benda cantik yg korang boleh order dgn Zaza . Jom , terjah SINI . SINI . SINI .

KELANTAN vs PENANG

Aku pasti , benda ni selalu akan jadi pada pasangan suami isteri bila tiba Raya Aidilfitri dan Aidiladha . Si suami ajak pulang ke kampungnya dan begitu juga si isteri bukan ?

Sama macam aku . HAHA . Baru tunang dgn tunang . Kampung pulak sorang kat nun Sabah sana dan sorang lagi nun UtaQa sana .  So how ?

Pagi ini , tgh leka aku menghadap kerja sambil selam texting dgn Si Lebah aka tunang aku * jd kekok nak gelarkan dia " tunang " . HAHA .

Tetiba dia text aku cenggini :


Wallawei , dah laa cuti aku dah yilek . Raya Haji punya public holiday pun banyak sikit sangat . Mahu terkinja kinja aku . Sat nak terpa sana sat nak terpa sini . Tapi yang ni , dia minta aku ikut dia balik Kelantan . Rumah abang dia ada kat sana . Bukan balik Sabah . Kalau kena balik Sabah , aku booking jet ^____^


Hat family aku pun berkali kali dah pesan suruh aku balik kampung Raya Haji nanti . Sebabnya , kazen aku yg dua org kat sini tu tak balik , so aku decide takmau balik macam depa . Sebabnya , tiket bus habis . Gila laku . So aku pun bgtau family aku , aku nak raya kat sini jaa * tapi dalam hati sapa tau aku dok teringat nak hirup sup saja . HAHA .

Tapi aku tewas dgn pujuk rayu mak aku . Aku decide untuk tumpang kawan pulak . Aku ni , tiada keretaku bawa kau jalan jalan . Aku ada moto jea . Takan aku nak redah naik moto kan . Mau tegeliat urat saraf sementara nak sampai Penang  :)


Untuk awak , aku mintak maap siap siap even tak raya lagi . Sementara kita masih berstatus single but not available ni , better kita raya dgn family masing masing dulu kan . Lepas bertukar status ke suami isteri , time tu baru kita buat turn  :)

Tahun ni raya Penang , tahun depan raya Penang jugak , tahun satu lagi raya Penang lagi , tahun balik sana raya Penang sekali lagi . HAHAHAHAHAHAHAHA . Sat lagi dia bok keluaQ ayat_syurgabawahtapakkakisuaminayaaku .

Kesimpulan , takdak masalah yang takdak jalan penyelesaiannya . Yang baik dari Allah , yg tak berapa baik dari diri aku sendiri .

okbai . Jom lunch .