Moh ler kita berkenalan dengan artis muda kita . Kacak lagi hensem . Haha . Aku dah jatuh hati dengan lau beliau .
Aiman Tino atau nama sebenarnya , Mohd. Aiman Yusri , tidak menduga lagu demo yang dirakam oleh bapanya mengundang perhatian pemain gitar kumpulan Khalifah , Harry , yang kemudian mencadangkan kepada Aries Music untuk diambil sebagai artis rakaman .
Aiman Tino , 18 tahun , telah berjinak-jinak dengan dunia nyanyian sejak berusia 10 tahun dan sering terlibat dalam aktiviti kesenian di sekolah . Beliau mendapat bimbingan daripada bapanya , Yusri Ishak, merupakan finalis Bintang HMI 1992 .
Menurut Aiman Tino , lagu KuRela Dibenci ciptaan bapanya itu mulanya telah dimuatnaik ke laman Youtube dan mendapat tontonan seramai 30 ribu dalam masa 3 bulan , tetapi dinyahkeluarkan setelah menandatangani kontrak bersama Aries Music .
“ Saya akui ia satu kesilapan , tetapi lagu itu kini telah dimuatturun semula oleh pihak Aries Music dalam versi rakaman ," jelasnya .
Boleh bermain gitar , menurut Aiman Tino dia mahu bersungguh-sungguh setelah bergelar artis rakaman selain membantu keluarganya dalam perniagaan restoran .
Restoran Asam Pedas mereka terletak di Dataran Kuala Kubu Bahru , Selangor .
Selain menyanyi dan bermain gitar , Aiman Tino juga pakar menggoreng Char Kue Teaw dan di restoran keluarganya itu terdapat papantanda bertulis Aiman Char Kue Teaw .
Selain Char Kue Teaw , beliau juga pakar membuat sambal nasi lemak .
" Memang saya telah diajar membuat sambal nasi lemak oleh bapa sejak kecil dan kini sayalah yang membuat sambal nasi lemak yang dijual di restoran kami ," katanya gembira .