Assalamualaikum . Its not too late untuk aku wish SALAM RAMADHAN AL MUBARAK untuk semua :)
Hari ni hari kedua kita di bulan mulia yang penuh barakah ini . Alhamdulillah masih diberi peluang untuk merasai Ramadhan kali ini . Entah tahun ke berapa aku berpuasa jauh dgn family . Biasa bagi aku namun sedih tetap ada . Lagi lagi bila si abang tag gambar menu yg mana juadah diorang berbuka di kampung . sob sob . Mak aku macam biasa . Selagi tikar tu boleh susun , lagi tu lah dia akan atur makanan . HAHA .
Kadang kadang bukan mak aku yg masak semua . Kaum kerabad keliling rumah yang " hantar menghantar " dan " tukar menukar " .
Wallaweh , rumah kat kampung dikelilingi rumah paksu , rumah maklang , rumah tokwan , rumah sepupu sepapat jea haa . So , mmg meriah kalo puasa . Raya apatah lagi . Pusing kot tu jea haa :)
So , 1st sahur tu . Aku bangun sorang sorang . Makan sambil pejam . 10minit jea aku rasa aku sahur . wakakaka . Memandangkan kita mula puasa pada hari Ahad , so ada peluang untuk merehatkan diri di rumah .
Aku , mmg aku tak masak laa . Perut aku sorang jea kan . Better aku tunjuk yg ni dan tunjuk yg tu . Senang .
Petang , around pukul 6 suku cenggitu , aku ke Bazar Ramadhan Sek 7 . Bazar ni terletak berdekatan dgn rumah aku . So , aku pegi jalan kaki jea . Hai , kemahen ramai manusia . Sendat dan padat . Jalan celah ketiak org jea rasa . Makanan aku tak nampak . Aku nampak manusia jea . Tambah pulak ketinggian aku yg sgt awesome ni , pasrah jea lah . Dua kali tawaf pun still tak dapat beli apa apa makanan . Nak pengsan rasa .
Tengok jam , waktu berbuka hampir tiba . Mahu tak mahu aku berpatah balik ke Medan Selera . Beli kat situ . Itu pun kena beratur panjang. Sabar jea laa . Dugaan org berpuasa .
Alhamdulillah , bila masuk waktu berbuka , aku dapat berbuka dgn sempurna :) . Dan ntuk korang korang , aku ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA . Kita kumpul pahala banyak banyak ye !
selamat berpuasa, meeya techik ;)
ReplyDeleteSELAMAT BERPUASA JUGAK TAYUNK :)
Deleteselamat berpuasa kak meera :)
ReplyDeleteselamat berpuasa jugak :)
Deleteslamat mnjalani ibadah puasa :)
ReplyDeleteselamat berpuasa jugak :)
DeleteSelamat berpuasa kak.. boleh kurus lepas ni.. hehehe am miss you! Hurmmmm
ReplyDeletewakakakaka..kuanghasam... akak sihat laa skrg :P
Deletesalam ramadhan :)
ReplyDeletesalam ramadhan jugak :)
DeleteSelamat menjalani ibadah puasa kak mira :)
ReplyDeleteLama tak jumpa, jumpa di alam maya pun jadilah...Nak kahwin jangan lupa jemput, take care.
selamat berpuasa jugak :) in shaa Allah..hihi..
DeleteSalam Ramadhan to u :)
ReplyDeleteJom ramai2 kita berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak XD