- BANGKIT-


Siap gerak gempur .
Siap rentak tempur .
Redah onak lumpur .
Maju tiada undur .
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur .
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur .


Bangkit bila ditolak jatuh , bangunlah semula .
Bangkit bila diluka , nanti pulihlah semula .
Bangkit biar bersusah dulu , nanti senang semua .
Sakit pada luka kan pulih semula .
Bangkit bila dijajah , boleh tawanlah semula .
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus .
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar .


Lihatlah , ini bukan ilusi .
Genggam hatimu dan bangun berdiri .
Ku mahu kau tahu aku ada di sini .
Di saat semua berlalu pergi .
Kuatkan hati dan percaya diri .
Pastilah mentari kan muncul kembali .
Kita masih berdiri di sini .
Dan masih bernafas seperti dulu .
Usahlah mengalah dan bangkitlah semula 
 :)


. B . A . N . G . K . I . T .

- PENUTUP SYAWAL DI OFFICE -

Cerita semalam . Customer Service Management ( CSM ) , department aku , adakan Jamuan Raya + Merdeka . Mengenangkan dan menghormati mangsa mangsa MH17 , tahun ni , TM memilih untuk tidak membuat Jamua besar besaran . So , kitorang ala ala jea untuk tahun ni . Itu pun di akhiiiiiirrrrrr Syawal  :)


Membahagikan tugas , unit aku , Complaint Management Team , sebulat suara bersetuju untuk sediakan dessert . Apa apa jenis dessert pun takde hal lah . So , kitorang bawak yang ni  :)


Paling cantik tau . Itu sebab aku ada gambar unit aku jea . Yang unit unit lain aku tak sempat snap pun . HIHI . Cantik lah jugak even kain tu bagaikan Ombak Rindu Awak 200% bilang si mereka . 

Menu utama kitorang :

- Nasi Berani Briyani
- Ayam masak merah * pedas berdengung
- Dalca
- Satay
- Kuah kacang
- Agar agar
- Puding macam macam ada
- Air HERBS terlajak Laris
- Apom comel comel belaka
- Cheese Tart
- Buah buahan * memandangkan musim buah sekarang .


...tapimaagsebabtiadagambaruntukditatapcumaadayangakupunyani  :)

Dan kami , sememangnya pantang nampak camera . Enjoy ya ! 



Dua orang ni . Mereka antara EX office aku . Dulu sama sama kerja kat dalam satu office ni . Tapi sekarang dua dua dah pindah office . So , dorang dijemput jugak !!



Pada semua semua , aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN . Semoga kita semua sempat lagi untuk bertemu Ramadhan dan Syawal pada tahun mendatang .

Babai  -,-

- DEEP -


" Hari ini , buatlah satu kebaikan kepada seseorang tanpa dia atau orang lain tahu dan lihat . 
Biarlah Allah membalas di dunia dan di akhirat in shaa Allah . 
Jadikan tabiat setiap hari selepas ini "

-PROF DR MUHAYA-

HARI RAYA BERSAMA VOXSCAPE 2014

Hye korang !! Masih dalam mood raya ke ? Hari ni dah 23 Syawal . Tup tup kejap jea kan . Di musim raya raya cenggini , sememangnya Open House merata alam ada . Open office , Open Studio , Open table , ehhh !!

Dan aku , salah seorang yg gomar kalau bab makan makan ni . Lagi lagi bila dengan kawan kawan . Dan yang paling tepat bila makanan tu free . Wahahaha . 

Kami , sahabat sahabat Bloggers , Youtubers , Vloggers  and kengkawan yg lain mengambil kata sepakat untuk turut mengadakan Open open ni . So , dgn baik hati mereka mereka dari VOXSCAPE memberi ruang untuk Open di Studio itu sendiri . 



Nak diikutkan , bincang punya bincang , kitorang akan open pada 16 Ogos . Tetiba diawalkan ke 9 Ogos . Bermulanya dari pagi , berlangsungnya satu event dari kitorang iaitu OPEN STUDIO bertempat di nun Cheras sana :)


Bagi aku , event untuk kali ni sangat meriah bilamana sambil kita ngap*makan sambil dihiburkan dgn artis artis Youtube sendiri . Dengan menu yg pelbagai , makan sampai muak ! 


Kepada mereka mereka yg menghiburkan kitorang pada hari tu , thanks many more okayh . Nanti kita kenalkan sorang demi sorang . HIHI . Aku yakin , korang mesti minat jugak kan dgn dorang dorang ni . So , jom kita kenal ! Nak follow boleh nak add boleh nak suscribe pun boleh !

Banyak cover cover yg dorang buat . Dan masing masing ada single tersendiri . Nanti korang terjah okay . Suara lunak bak buluh perindu . Wahahahaha . Pada korang korang , bila ada jea peluang untuk bertemu dgn dorang nanti , sila pergi okay . Tak rugi sbb dorang semua ramah . Aku jea yang malu malu -_-

Tapi , bila masuk nya Tasha Manshahar dalam Studio tu dan dia duduk sebelah aku , terus jadi tak malu . HAHAHA . Laju jea aku ajak dia sailorpiiiiii  :) . Aku rasa Hani nervous ni . Sbb tu gambar kabur . hihi +___+



USHA KAT BAWAH SEKALI ADA GAMBAR DORANG PERFORM . 
TAPI TAK SEMUA :)


Find US :
Instagram   : @voxscapemy


Find Azhar Mustapa Here :
Youtube     : www.youtube.com/apambalix
Twitter      : @azharmustapa
Instagram   : @azharmustapa


Find Aliyas Zakaria Here :
Instagram   : @aliyaszakaria


Find Syuhada Najuwa Here :
Instagram   : @evanndine


Find Eika Syah Here :
Instagram   : @eikasyah 


Find Ikmal Hijaz Here :
Instagram   : @ikmal_0307


Find Fero Here :
Instagram  : @fairuladzreen


Find Qiezarra Here : 
Instagram  : @qiezarra


Find Dzul Izat Here :
Instagram : @xxdougiepoynterxx


Find Sam Here : 
Instagram   : @mamatlahh     


Find Arina Here :
Instagram  : @nurdoublea




SEDAR

Melihat mereka bergelak tawa ,
Aku pandang jarum waktu .

Melihat mereka bergurau senda ,
Aku pandang nota peringatan .

Melihat mereka bersama berdua ,
Aku pandang jadual masa .

Melihat mereka berdamping ceria ,
Aku pandang janji kita .

.
.
.

Yang belum kita sudahkan .
Yang kurang kita cukupkan .
Yang lebih kita adilkan . 


Saat . Minit . Jam . Hari . Minggu dan bulan .
Ya , hari ini 14/8/14 .

Kurang tidak lebih pun tidak .
Andai dipermudah , ia tepat .


Dengan tenang aku menanti .
Semoga dipermudahkan .
In shaa Allah .

BERAYA KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NUFFNANG !

Ish . Terima Kasih Nuffnang sbb jemput MT ke Rumah Terbuka Aidilfitri Nuffnang  :) . Malam tadi group wassap kecoh pasal jemputan ni . Aku ingat aku tak dapat . So , hari ni awal awal pagi aku check emel . Aku juga tidak terkecuali . HIHI . Dan korang pun mesti dapat emel yg sama mcm aku kan :)

Ni haa emel dari nuffnang .


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada para Nuffnanger! Harap anda semua sihat, ceria dan bahagia! :)

Sempena bulan Syawal ini, we would like to invite you to come join us at the #NNRaya Open House 2014 for some makan, minum, laughter and games with our Nuffies! Feel free to ajak fellow bloggersyang lain to meet up during the event and to have some fun bersama-sama!

Details for the event are:
#NNRaya Open House 2014
Date: 23 August 2014 (Saturday)
Time: 3pm – 8pm
Place: Wanaka the Bungalow, Damansara Heights


Join us for the fun activities supported by our official partners Ambi Pur and U Mobile.
Masak-masak session, Congkak & Batu Seremban challenge, Ambi Pur Snap & Win, U Mobile Call to Win, WOW Photobooths and more… Come ready with your cameras because there will be different exciting activities waiting for you guys!

The #NNRaya Open House 2014 is an invite-only event and we will be giving out 120 pairs of exclusive invites to you awesome Nuffnangers .

Share our Instagram poster on your Instagram and include in your caption “Mari Beraya ke Rumah Terbuka Aidilfitri Nuffnang!” Tell us why you would like to join us. Remember to tag us @Nuffnang and include the hashtag #NNRaya.


LIKE ME  :)

instagram : @meeyatechik

SAKIT MATA -_-

Good morning guys * bajet bajet speaking  :)

Suka untuk aku kongsi dgn korang dalam entry kali ni bilamana kita diserang sakit mata .

Dua hari lepas , ibu wassap aku gambar beliau anak beranak dah seperti zombie . Dan awal pagi tadi , beliau pula yg wassap aku gambar bijik mata sedang aku enak dibuai mimpi . 



Musimkah sekarang ? Ramai pulak yg sakit mata . 

Dan apa yg aku tahu , setiap org akan merasa sakit mata ini paling kurang sekali seumur hidup . Aku juga telah merasainya . MashaAllah . Memang sakit . Lagi lagi bila sujud mencium tikar sejadah . Rasa seperti nak terkeluar bijik mata tu . Korang rasa macam aku tak ? Kau sayang ? Apa macam rasanya ? Hihi .

Sakit mata juga mampu berjangkit . Macam aku . Berjangkit dgn kawan kawan yg sebilik dgn aku masa aku menuntut ilmu dahulu . 

Setahu aku , bilamana kita diserang sakit mata , kita dilarang tgk cermin . Mungkin ini petua dari set set veteran . Betul ke ? Malam tadi aku ada bagitahu beliau , dan ditanya aku semula--



Siapa boleh jawab soalan beliau ? Aku pun tak yakin . HAHA . Dan antara beberapa petua lain untuk menghilangkan sakit mata adalah :

- ambil sudu besi , sejukkan . bontotkan sudu besi itu di atas kelopak mata yg sakit tu . Yang ni aku buat . Memang hilang rasa sakit tu . 

- titiskan susu ibu dalam mata yang sakit . susu lembu ada laa kan . pfftttt -,-

- picitkan bawang putih . Ini kerja gila aku rasa . Jangan tirulah , kang pedih .

.. Kalau melarat teruk tak baik baik , SILA BERJUMPA DENGAN DOKTOR ..


Hmmm , awak intai sape sebenarnye ? Get well soon dear .

DEDICATED TO YOU .



" Dear Future Husband . . .

I Dont Wanna Be Your GIRLFRIEND .
I Just Wanna Be the One You Call as WIFE .
Your Presence Brings Me HAPPINESS .
You Are My Halal PRINCE CHARMING .

Riding Your Horse of TAQWA
Holding the Qur'an On the RIGHT
And Sunnah On the LEFT
Giving Glad Tidings To the STRANGER . . . "


SEBAIK - BAIK PERANCANG ADALAH 
DIA YANG MAHA SATU .

I WILL , IN SHAA ALLAH

• Saat Seorang Lelaki Memilih Mu
Ertinya Anda Istimewa Di Hatinya •


• Saat Seoarang Lelaki Melamar Mu
Ertinya Dia Siap Menerima Kekurangan Anda •


• Saat Seorang Lelaki Menikahi Mu
Ertinya Dia Siap Menyayangi Dan Membimbing Anda •


" Maka Taatilah Dia , Kerana Dia Imam Hidup Anda , 
Sokong lah Dia , Kerana Dia Siap Berbagi Suka & Duka Bersama Anda , 
Cintai lah Dia , Kerana Dia PEMULIA Hidup Anda "


IN SHAA ALLAH , WE DO STEP BY STEP . 
MAY ALLAH EASE EVERYTHING :)


BOIKOT SEMAMPUNYA

Jumaat ni diorang nak buat Hari Tanpa Mcd Malaysia . Dalam masa 24jam , takde siapa makan mcd . Bgtau kawan kawan ye :) Nanti ada yg tak tahu pulak . Satu Malaysia boycott mcd hari Jumaat nanti . Malayu Cina India dan semua agama boycott . Kemanusiaan . .



 Sebarkan yer . .
#copypaste .

HARI RAYA SAYA , MEEYA .

Hye ! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin . Salam KOSONG KOSONG ye kawan kawan :)

Its not too late untuk aku wish dekat korang kan . Still dalam mood raya even dah start bekerja semula . Macam mana raya korang untuk tahun ni ? Sama macam ke ?


Aku ? Macam biasa . Persediaan Raya mmg awesome mak abah aku punya atur . Setahun sekali yo ! Malam raya tu persediaan dibuat habis habisan . Memerah kudrat sesama family . Masing masing ada tugas tersendiri . Tahun ni giliran abang sulung aku dgn kakak beraya di rumah mak abah . So , mmg meriah laa sebab semua ada :)



Raya pertama , kitorang akan ramai ramai beraya di rumah saudara sebelah abah dulu . Memandangkan kampung mak aku dekat jea , di sebelah ptg kitorang beraya di rumah saudara sebelah mak pulak  :)

Raya kedua , ketiga , keempat lima dan enam , kitorang tunggu org dtg rumah pulak . Tapi tapi tapi raya kedua tu abah bawak aku dgn adik jalan jalan pulau . Merasa jambatan ke dua . Kesian ye dop aku tak pernah ke situ lagi . Mak punya cadangan ni . Hehe .


Raya ketiga tu , open house untuk saudara sebelah mak . Lunyai jugak malam tu . Dan aku rasa , korang enjoy gambar raya aku . Biar gambar berbicara .


Lastly , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk korang semua . Untuk my future family , Selamat Hari Raya jugak  :) . Jemput datang rumah next month . In shaa ALLAH .


notatapakkaki : tahun ni aku dapat duit raya paling banyak . RM10 . Tahun depan tambah angpau lagi satu . kalo dah kawen , tambah banyak angpau lagi . ehhh kbai -,-

4 TIPS CINTA JARAK JAUH

Aku sedang buat . Aku di Selangor dan dia di Sabah . Ini mmg betul betul menguji kekuatan hati . Wechat penghubung kami . Ya aku rindu :(


Abaikan mata dia sebelah kecik sebelah besar :)


- Jika engkau merindukannya , maka rindukanlah dia dalam Munajadmu agar ia sama , merindukanmu dalam Munajadnya .

- Jika engkau teringat akan kasih sayangnya , maka doakanlah agar ia selalu dalam keadaan yang baik dan selalu dalam lindunganNYA , in shaa Allah .

- Jika engkau takut kehilangannya , maka angkatlah tanganmu dan pejamkan matamu dan katakanlah " Ya Allah aku sangat menyayanginya , aku sangat merindukannya dan aku takut akan kehilangannya . Maka jagalah dia untukku , Ya Allah sungguh kutitipkan ia kepadaMU , dan sayangilah dia dgn kasih sayangMU agar selalu dalam lindunganMU "

- Yakinlah , cinta jarak jauh ini tidak akan selamanya . Percayalah bahawa suatu masa  nanti cinta ini akan bersatu dalam ikatan yang suci .

IN SHAA ALLAH :)