Sambungan Part 1 .
Sabtu . Hari Kejadian . Tapi majlis diadakan disebelah petang . Kebiasaannya pengantin akan bersanding pada waktu tengahari macam tu . Tapi family memilih waktu petang memandangkan kenduri hanya dilakukan untuk kaum keluarga sahaja . Tapi aku rasa macam dah kenduri besar . Meriah .
Di awal pagi , masing-masing sibuk dengan tugas tersendiri . Termasuklah pengantin pun kena buat kerja . Hehe . Biasalah tu . Aku ? Yang mana aku boleh tolong , aku tolong . Agak-agak malu , aku duduk di dapur . Bahagian cuci pinggan :D ~ Bila di dapur tu , mestilah bersama makcik-makcik yg datang untuk menolong .
" Anak sian ? "
Terdengar soalan itu dituju kepada mama . Anak sian ? Anak siapa . Hmm saya anak Abd Halim dengan Ambiah . Itu mak abah saya . Hehe :) ~
" Tunang si andy . Jomo Penang " - Itu jawapan mama . Dan itu jea yg aku berjaya faham .
Kelibat si tunang pun aku dah tak nampak . Aku di dapur dia di laman rumah . Berjaya aku bawa diri . Walau malu mencuak-cuak .
Bila sebelah petang , bermula lah Majlis Makan Beradat . Setahu aku , kalau aku di semenanjung , makan beradat tu lebih dikenali sebagai Makan Beradab . Kan ? Time ni lah tetamu ramai datang . Nama pun kenduri kan .
Majlis disambung semula lepas Maghrib . Bermula dengan Majlis Persandingan . Pakaian moden menjadi pilihan pertama . Kemudian baru ditukar dengan Pakaian Adat iaitu Pakaian Dusun .
Selesainya majlis persandingan , diteruskan pula dengan acara Potong Kek . Aku hanya mampu melihat . Bila lah turn aku ? HAHAHAHAHAHAHA . Sabar ya sabar . Dan part paling aku suka bilamana tibanya part karok dan tarian . Selalunya aku just tengok Jamilah Dance tu dalam Youtube jea . Tapi , bila aku di sana aku dapat tengok depan mata . Diorang memang awesome . Semua golongan tak kira kanak-kanak , remaja atau dewasa , lelaki mahupun perempuan sememangnya dah expert .
Teserlah jugak bakat aku malam tu . Bila kena paksa ikut diorang menari . HAHAHAHAHAHAHAHA . Bak kata Pengantin Perempuan , kita malu-malu kucing lagi . Bila dah malu-malu kambing nanti , confirm hebat . Sekarang just tawaf-tawaf jea . Banyak lagi yang kene belajar :P
Tepat jam 1 pagi . Tamat segala majlis . Penat jangan ditanya . Tapi im really happy :)
Mungkin akan ada Part 3 . Tunggu ~
Tepat jam 1 pagi . Tamat segala majlis . Penat jangan ditanya . Tapi im really happy :)
Mungkin akan ada Part 3 . Tunggu ~
Bestnyaaa tengok budaya kaum lain. Untung Meeya. :D
ReplyDeletehee . best sgt rasa tgk adat diorang :)
Delete