Ku Mahu Hatimu , Bukan Rupa Semata .

Lama aku tak update blog . Busy satu hal . Malas satu hal . Takde mood satu hal . Ada 3 hal semua . 

Hari ni , sambil-sambil buat kerja , sambil-sambil tunggu sistem yg sgt superb ni , sempat aku belek-belek conversation semalam between me and my fiance . 



Hmmm . Dia . For me , seorang lelaki yg sangat sweet . Sweet dia , tak tunjuk ke orang . Selalunya dia akan sweet dalam wassap , on call atau time dating . Tapi berabad dah tak dating . Since dia dengan bidang tugas dia , aku terjelepuk ke tepi sat . Tapi nasib baik dia still amek tahu tentang aku . Dan dalam sweet dia , ada jugak barannya . Hubungan mana yg tak ada pasang surut kan . Alhamdulillah , masih boleh handle . 

Siapa yg perasan tu , perasan lah . Kalau tak perasan tu , of course akan cakap aku lagi muda dari dia . * Cuba tgk pada gedjet di sidebar . Hehe . Actually , tunang aku muda dua tahun dari aku . Ngehngehngeh . Sape suruh kau tipu aku umur kau time ngorat aku dulu . Haaa , dapat lah kakak  :D

Tapi , selalunya orang akan cakap kitorang adik beradik . Tak pun orang akan cakap aku yg muda dari dia . Padahal dia yg muda dari aku . Kihkihkih . Maybe sebab aku kecik kot . Tu orang tak perasan . Dia pun kecik .



Kecik pada tubuh namun besar pada respect aku utk dia . Walau dia muda , dia bakal suami aku . In shaa Allah . Selalu aku ingatkan dia tentang tegur aku kalau aku ada buat salah , atau benda-benda yg dia tak suka . Asal bukan bertentangan dengan agama . Wajib utk aku hormat dan taat dia once dia officially jadi husband aku . In shaa Allah , aku akan jadi yg terbaik utk hang syg . Didiklah aku semampu boleh . 


Kakak-kakak keliling aku kebanyakan dah bersuami . Bila berkawan . Ada hari-hari yang aku dgr mereka berborak . Borak tentang cerita keluarga . Nak beli apa-apa mesti tanya suami dulu . Nak pergi mana-mana mesti kena minta izin . Kalau aku , aku selalu bgtau jea mana aku nak pergi . Erti kata , aku bukan minta izin . Aku mention dia . Agar dia tahu .


Bila semalam , hari minggu . Aku ikut kazen ke rumah dia . Mestilah aku akan bagitahu dia . Marah jugak pakcik ni kalau tak bgtahu dia . So , better kita habaQ . BiaQ dia tau dari dia taktau . 


" Dulu ye laa b hensem . Sekarang b dah tak hensem . Kita bukan tinggal sebumbung . Jauh pulak "


Sentap aku . Pandai jugak aku ni setia sayang . Kalau ya nak buat dah lama ya buat . Aku tahu kau risau . Tapi tolong percaya aku . Kau hensem ke tak hensem ke , in shaa Allah hati aku masih utk hang .

Kau perlu tahu .
Percaya itu tak mampu dijual beli .
Bila aku beri , aku juga terima .
Jadi tolong jaga .
Genggam .
Simpan .
Jangan hawin .

1 comment:

  1. sweet pula baca entry awak.. hehehhe.. semoga kekal bahagia dan dah kawen nnti jangan lpe update entry juga ye ehehe

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~