Cendol Terbaik di Shah Alam .

 Good morning korang . Have a nice day . Sebelum aku bersiap untuk ke open house officemate , suka untuk aku share dengan korang salah satu tempat terbaik pada korang yang tercari-cari tempat untuk makan cendol iaitu di Markonah Food & Co

Aku pun tengok ramai orang share dekat FB , so malam tadi kebetulan housmate aku balik , aku ajak dia ke sana untuk try . Landmark yg agak senang iaitu belakang UNISEL , Seksyen 7 Shah Alam . Kalau korang yg selalu ke situ , kedai Markonah Food & co . ini terletak di bahagian bawah gerai .
Actually , Markonah Food & Co ini menjual pelbagai jenis minuman . Cuma yg menjadi tarikan adalah cendol dan ABC . Jadi , di sini aku share dengan korang hargai bagi setiap jenis cendol dan ABC .

Cendol Pulut biasa (flavor durian) - RM5.
Cendol Durian king + Pulut - RM10.
Cendol Nangka + Pulut - RM5
ABC Biasa / jagung / pisang - RM5.
ABC Durian King - RM10.

Ini yang kitorang makan . RM10 . Puas hati sebab mangkuknya besar , duriannya dua ulas dan isinya agak besar , serta pulut diberikan secara asing . So , kalau korang yg tak makan pulut tu tak payah lah masukkan dalam mangkuk tu . 
Aku mampu habiskan separuh je . Lagi separuh aku bungkus bawa balik . Haha . Tak semenggah kan .
Ni ler housemate kita . Hihi . Dia je yang ada kat rumah malam tadi . So , dia lah menjadi peneman aku ke mana saja . Kah ! 

FoodCourt Anjung 7
40200 Shah Alam. Malaysia. Shah Alam
Tel : 011-1114 9314
Waktu Operasi : 12 tengahari - 10 malam .

2 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~