Trip To Perlis With Love.

First of all aku nak sedekahkan Al Fatihah untuk diri sendiri sebab malas bebenor nak update blog . HAHA . Bukan apa , sebab cajer laptop aku putus. Gasak nau Meeya Techik ni . Muahaha . Dan malam tadi aku dah beli yang baru . Nantilah aku update .

Dan minggu lepas aku balik kampung , Penang . Ambil cuti tahunan sehari . So hari Khamis malam aku gerak dari Shah Alam . Dan sampai di sana awal pagi Jumaat . 

Tujuan aku balik kampung tu salah satunya adalah untuk melawat Incik Tunang di Kem beliau . Mulanya plan nak melawat masa Raya Cina . Memandangkan time tu mak dan abah aku akan ke Langkawi , so kami awalkan untuk pergi jenguk dia . 

So awal pagi Sabtu jam 7.30 pagi lebih kurang , kitorang ( mak , abah , kakak , abang ipar , anak buah dan aku ) gerak dari Penang menuju ke Perlis . Masing-masing tak tahu jalan , hanya mengharapkan bantuan Incik Waze sahaja untuk sampai di UITM Arau . Di situ ada seorang kenalan aku merangkap adik angkat zaman sekolah dulu datang pick up kitorang dan bawa ke kem Si Fendy . Nasib baik ada si adik . Kalau tak aku tak tahu ke mana lepasnya kitorang time tu sebabnya kem Si Fendy ni adalah kem baru . Waze pun tak dapat detect lagi .

Dalam perjalanan tu , abah minta abang ipar berhentikan kereta di tepi jalan untuk beli buah mangga untuk di bawa ke Fendy . 

Setelah puas bergaduh berkelai dengan kakak , akhirnya 11.30 pagi kami sampai . Sementara nak tunggu Si Fendy siap semua , abah sempat berborak dengan JAGA dekat kem tu . Memandangkan abah aku juga " bekas askar " , macam senang sikit nak jumpa Si Fendy . Tapi lama jugaklah tunggu . Berasap rasa . Panas giler kat Perlis tu .
Nak celik mata pun tak boleh . Wkwkwkwkwkwk . Dah ler gemuk . HAHAHA . Dah laa tunggu lama , dah keluar pun ke kedai makan . Sekali Si Fendy cakap kena masuk semula ke dalam kem . Alahai , terpaksalah kitorang masuk semula . Borak-borak dengan mak abah . Abah lah paling banyak menyoal . Sebab abah jea tahu pasal askar ni . Abah tak bagi langsung peluang untuk aku lepas rindu . HAHAHAHAHA .

Mak pulak bekalkan macam-macam makanan untuk dia . Untung lah kau . Disayang mertua . Hehe . Makanlah sampai puas . Nak makan macam-macam sangat kan  :)
Aku tak sempat snap gambar pun . Ni gambar yg dia kirimkan dalam group family dia . Tu makanan orang sakit . Sebab awak kena jaga makan awak . Pantang lah dulu . Nanti baru makan seafood ye . Dan adik pulak sempat lagi nak sweet-sweet dengan akak . Thanks untuk tudung cantik ni  :)
Satu jam setengah lebih kurang , kitorang gerak dari kem dan menuju ke Padang Besar . Bukan Perlis lah kalau ke sana tak jenguk Padang Besar kan  :) ~ Tapi Padang Besar sekarang tak macam dulu . Dulu murah barangnya . Sekarang hanya mampu jalan dan tengok . Tapi sempatlah jugak aku capai dua helai tishirt , sebiji beg dan beberapa jenis makanan . Samalah macam mak abah , kakak dan abang ipar .
Misi mencari pulut mangga akhirnya berjaya . Sepinggan RM7 . Mangga banyak . Sedap pulak tu . Puas hati Kak Kechik  . Hehe ~ Selesai membeli itu dan ini , kitorang gerak balik Penang . Sebelum sampai rumah , singgah di rumah abang sulung aku untuk hantar ole-ole dari Perlis . Abah tak pernah lupa semua anak-anak . Untuk adik bongsu yg di JB juga , ada ole-ole untuk hang . Cepat-cepatlah balik Penang .

Ahad cerita bersama BBQ pulak . Nanti aku share :)

No comments:

Post a Comment

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~