Again , trip to Melaka .

Ceritanya masa CNY hari tu . Baru sempat nak update . Hee ~ Ke Melaka lagi aku . Stay mana ? Stay rumah abang Si Fendy . Pergi dengan siapa ? Kitorang ke sana 3 biji kereta . Ramai kan :)

Tuan rumah datang jemput kat Shah Alam . Wah mengada kau . HAHA . So Sabtu petang kitorang ke sana . Sampai lebih kurang jam 8 malam . Malam tu just rehat-rehat . Berborak sebab masing-masing lama tak jumpa . Lagi-lagi Si Fendy lah . Susah nak cuti dia tu . Memandangkan pulak , kalau masuk je ke Kem Askar tu , line fon terus hilang . Kalau ada pun nasib-nasib jea . U mobile memang out terus .

So Ahad tengahari tu kitorang ke pantai . Kurang lebih 20 minit dari rumah . Pengkalan Balak . Tak sabar aku nak keluar berjalan . Salah satu sebabnya nak dapatkan coverage . HAHA . 
Bebudak jea yang mandi . Aku tak mandi pun . Sebab yang jenisnya aku tak berapa nak berani mandi laut . Petang tu rehat kat rumah dan prepare untuk bbQ pada waktu malam .

Isnin barulah keluar pusing-pusing bandar Melaka . Jammed jangan ditanya . Sampai penat aku nak selfie dalam kereta . Tapi orang tu kat mana sempat jea dia asyik tidur . Apa pun tak boleh hang ni Fendy .
Sempatlah merap nak naik beca . HAHAHAHAHA . RM25 untuk satu pusingan . Sebuah beca boleh naik dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak . Si anak buah ni pada awalnya nak naik dengan kitorang , pastu nak naik dengan ibu dia pulak . bagi peluang kat Achik ler tu nak sweet-sweet dengan babu ( panggilang utk aku ) ~
Beca pertama dari kiri , Kakak Si fendy + husband , beca kedua kitorang , beca ketiga Along Si Fendy + wife , beca last his second brother + wife + cucu saudara . Giler ah tak percaya aku bila kena panggil " nenek " dengan bebudak tu . HAHAHAHA . Ni aku rasa kelakar sangat . Nenek kau muda sangat dik :D 
Dan ini semua kitorang . Siapa ambilkan gambar ? Kawan Si Fendy . Ada kawan dia ikut pulang .
Terima kasih sayang . Terima kasih semua sebab tak pernah buat Mira rasa terasing . Mira happy dengan semua .
Even dapat jumpa sekejap , ia sangat bermakna untuk aku . Bukan senang bila kau pilih pasangan yang bekerjaya askar . Jarak jauh , jarang contact , jarang bertemu tu kau kena hadap . Till we meet again .  


Nota tapak kaki : Ada jugak aku share gambar di IG . Boleh click SINI .

3 comments:

  1. seronoknya jenjalan dgn family. ramai2 pulak tu.
    btw jom join segmen pencarian bloglist theathra.
    http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
    Terima kasih sebab support ;)

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~