Ini semua kerana kamu mampu !



Kita cuma manusia biasa,
Lagikan tak punya kuasa apaapa. 

Ada hari rapuh itu normal,
Cuma jiwanya perlu disental.

Ada hari kuat itu kita gembira,
Bahagia untuk meneruskan jalan ke sana. 

Namun tak selalunya kita diberi bunga,
Tetap berselang dengan duri duka. 

Cumanya kita harus sedar,
Untuk mengembalikan bunga mekar,
Tidak seindah bunga yang menumbuh subur. 

Setiap satunya ada hari yang layu,
Bila tibanya waktu. 

Kamu,

Jangan terus dibayangi sayu,
Cari jalan kuat seperti dulu.

Ini semua kerana kamu mampu !

No comments:

Post a Comment

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~