SOLAT AJAIB

Assalamualaikum dunia . Aku kerja tau hari ni . Public holiday lagi tu . Kerja sangatlah banyak sekarang . Tapi aku rasa aku tak perlu merungut *even kdg kdg melugai tgk kerja yg sama setiap hari . Take note Meeya Techik , lepas ni jgn merungut lagi =,=


Dengan kerja yang banyak ni , ia memberikan aku rezeki yang lebih . Yang mana aku boleh buat kerja lebih masa atau minah salleh cakap Over Time  .


Dalam masa yang sama jugak aku nak share dgn korang salah satu ibadah yang aku amalkan . Aku mengaku , aku takde lah sebaik mana . Tapi aku still jaga solat aku even yg kdg kdg tu terlajak entah ke pukul berapa atau dalam erti kata mak aku , subuh gajah , lohoQ gajah , dan gajah gajah yang lain . hiks !

Dalam seminggu tu , ade lah sekali dua aku buat Solat sunat . Antara salah satunya adalah SOLAT SUNAT DHUHA .



Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat . Ia juga boleh dilakukan sebanyak 4 , 6 , 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam . Tapi , aku selalu buat yang dua rakaat tu :)


Cara melakukan solat Dhuha :

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa


maksudnya;

“ Ya Allah , sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu , kecantikannya adalah kecantikanMu , keindahan itu keindahanMu , kekuatan itu kekuatanMu , kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu . Ya Allah , jika rezekiku masih di langit , turunkanlah , dan jika di dalam bumi , keluarkanlah , jika sukar , permudahkanlah , jika haram , sucikanlah dan jika jauh , dekatkanlah . Berkat waktu dhuha , kecantikan , keindahan , kekuatan , kekuasaanMu , limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh .


Korang tahu macam mana aku hafal doa Dhuha ni ? Aku selalu dengar yg UNIC nyanyikan tu . Dengar banyak banyak kali lama kelamaan , akan hafal secara automatik . Alhamdulillah , jom click SINI  :) ~ Meh kite nyanyi reramai .


Dan antara KELEBIHAN solat sunat Dhuha ni adalah :

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “ Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan . ”

6 comments:

  1. Terima kasih kak kongsi mengenai solat dhuha ni.

    ReplyDelete
  2. jika diamalkan selalu memang dapat murah rezeki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tak rugi malah menguntungkan lagi... sama sama kita amalkannye :)

      Delete
  3. salam meeya ; pcl selalunya hari bekerja jarang tinggal dhuha..kat rumah plk yg malas..hurmm.

    thnks share dan ingat mengigatkan.

    ~pcl
    http://www.nazlee.com
    http://gelagatorang.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam PCL , Alhamdulillah... kalo saya , time cuti yg saya buat...hihi ~

      Delete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~