Farewell Shah Alam ke Petaling Jaya .

Alhamdulillah . Aku masih di Wisma TM Shah Alam hari ni . Tapi , kejap lagi ada lagi satu meeting . Masih tentang isu yg sama , penghijrahan .

Yang tu taknak cerita , yang aku nak cerita tentang Farewell semalam . Di mana Rumbia Cofffee House , De Palma Hotel Shah Alam menjadi pilihan kami , Club CSM Selangor .


Dengan bermenukan makanan tengahari , terdapat pelbagai jenis hidangan yg menjadi santapan kami tengahari semalam . Sayangnya aku langsung tak amek gambar makanan sebabnya event tersebut adalah event perpisahan . Hati kurang enak . Hee  :) Kalau event untuk Food Review , mesti dah banyak gambar makanan yang aku akan tepek pada entry ni .

Disebabkan memang lapar ya amat time tu , memang makanan berat yg jadi tumpuan . Yang tak bestnya , kami hanya dihidangkan air kosong ( sejuk ) + air panas ( tea dan kopi ) . Hat ni jemmmm . Kalau sediakan air kenduri sirap selasih pun dah cukup okay . Janji berperisa . Hihi .


Macam biasa . Kawang-kawang seangkatan . Kawang-kawang breakfast sesama , solat sesama , bising sesama , OT sesama . Bila kena berpisah nanti , sedih kan ?



Al Quran . Semalam dah start baca . Semoga aku tak malas  :)

No comments:

Post a Comment

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~