Hari Sukan Negara 2015.

10 Oktober 2015 . Seperti semua orang tahu , tahun pertama pada tahun ini kita menyambut Hari Sukan Negara . Sebagai salah seorang rakyat Malaysia , aku 100% menyokong aktiviti tahunan ini . HAHA .

Sebagai seorang staff Telekom Malaysia Berhad , kami dikehendaki berkumpul di Dataran Putrajaya untuk turut sama-sama sertai sukan negara ini . So , seawal jam 4.45am semalam dah bangun hoiii . Nak pergi kerja pun tak bangun seawal tu . Sebabnya ? Jam 6am jalan sekitar Putrajaya akan ditutup .

Macam biasa , kitorang akan sama-sama . Dengan dua buah kereta dari Shah Alam , bersama mereka kawan-kawan dari TM Shah Alam dan TM Petaling Jaya semangat ke Putrajaya . Jam 5.20 kitorang gerak . Singgah di Mufors utk solat Subuh . 6.15 kitorang sampai . Naa . Gelap lagi waktu tu .
Berpantera ( baju Team Malaysia ) kami semua . Semangat sangat ni . Sebab bukan selalu dapat join aktiviti macam ni bersama-sama . Kah !



Aktiviti dimulakan dengan senamrobik . Agak lama lah aku tinggal aktiviti " membuas " macam ni . Ramai yang menyertai . Orang awam , bebudak sekolah , yang muda , yg tua , kanak-kanak , OKU , Melayu , Cina , India dan seluruh rakyat Malaysia .


Memula ramai . Pastu makin lama makin kurang . Dan last tinggal berempat saja . Haha . Berjaya jugak tamatkan berjalan . Berjalan pun penat wey . Haha . Sampai muka comot-comot .

Gigih semua orang nak bergambar dengan Fahrin Ahmad . Hahahahaha . Dah ler berpeluh-peluh . Nasiblahhhhh ~
Maka , inilah sahabat-sahabat saya yang gila-gila . Sorang jea tu yang dah berkahwin . Yang lain masih lagi bujang . Kah !

Dan penangan membuas semalam , habuan hari ni , aku bergerak serupa anak ketam . Haha .

2 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~