Selamat Sudah Aku Berhijrah.

Assalamualaikum . Selamat malam . Jarang sekali aku up entry tengah malam macam ni . Sambil layan HotFM lagi kau . Hehe .

Apalah yang aku hijrah tu ? Naa . Pindah rumah sudah aku . Pindah ke mana ? Masih dalam Shah Alam . Masih dalam kawasan Seksyen 7 . Masih depan Icity . Aku pindah blok sebelah jea . Walaupun namanya blok bersebelahan , dia punya penat tu macam baru balik bajak sawah lapan ekar .

Mahu tak nya . Rumah lama tingkat empat . Rumah baru tingkat lima . Dan tak ada lift . Kau cuba imagine . HAHA .

Since 2011 aku stay rumah tu . Dalam empat tahun jugaklah ada kenangan kat rumah tu .  Tapi jodoh tak panjang . Owner nak jual . Terpaksalah berangkat ke rumah lain . Kah !

Actually dah dua bulan lebih aku di rumah baru . Cuma barang-barang belum lagi aku habis angkat . Almaklumlah siapa nak tolong kan . Tak ada tenaga lelaki . Si Lebah pun tak ada cuti . Abah dengan abang pun kat kampung . Nasib baiklah housemates baru ni sangatlah baik hati nak bantu aku yg kecik molek ni .

Kalau bab baju-baju tu aku mampu lagi nak mengangkut sengsorang . Tang katil tu aku terpaksa minta bantuan . Alhamdulillah , malam ni terangkat juga katil aku dari rumah lama ke rumah baru ni . Tak sabar nak tidur atas katil . HAHA . Dah dua bulan jugak aku tidur atas toto atas lantai .
Gambar tak ada kena mengena dengan entry . Sekadar hiasan . HAHA . Jadi , jom lah kita tidur . Lapang dada rasa bila semua barang dah diangkat . Serik nak pindah rumah lagi . Cukuplah sekali merasa azab . Kahkahkah .

Untuk housemates baru , Si Seha dan Si Awe , thanks sebab tolong kita angkat katil :) *Sabahan bha diorang ni . Sama dengan aku punya Incik Tunang tu . Jadi , takde lah aku jadi kejutan budaya sangat tapi kadang-kadang kalau dorang borak lelaju tu , nganga jugaklah si Meeya Techik ni .

8 comments:

  1. eh stay seksyen 7 eh? mcm dekat je kita .. hehe. tapi skrnag ni kt rumah la. next sem masuk u balik..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini dik meeya...selamat berpindah ke rumah baru....tidur nyenyak lah ni kat atas katil...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nyenyak sgt.. tdo sampai pening.. hahahaha ~

      Delete
  3. http://madey09.blogspot.my/ yang ke 537 ya

    ReplyDelete
  4. bestla, dapat rasa suasana baru, hehe selamat berhijrah :D

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~