Salam Perpisahan Untuk Kak Neeza , Hafiz dan Zul .

Salam Perpisahan . Untuk seorang kakak yang dulu sama-sama kerja , sama-sama gosip , share cerita suka dan duka , share makanan , jiran sebelah meja . 30 Disember hari last Kak Neeza dengan TM . Dia ambil keputusan untuk letak jawatan . Sekiranya aku di tempat dia , benda yang sama aku akan buat . Thank akak untuk segala-galanya yang kita kongsi . Saya doakan semoga akak dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan .
Gambar kenangan . Disebabkan office baru , belum ada tempat yang cantik untuk bergambar . Bilik AGM pun jadi lah . Hehe ~
Hafiz dan Zul . Pun dah habis SL1M diorang . Semoga korang berjaya di tempat baru . Dah tak ada orang mengacau aku , menyakat aku kat office . Aman damai rasa . HAHAHAHAHAHA .
Orang kuat Complaint Management Team . Kuat sangat . Nak lembik dah aku rasa . Kerja belunggok tapi staff tak cukup . HAHAHA . Nasib badan . Semoga kita terus istiqamah dan ikhlas . 

Untuk korang bertiga , jangan lupa kitorang kat sini . Wakakakaka . K bye  :)

2 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~