Assalamualaikum :) . Lama bana tak jengah blog sendiri . Tak menyempat dan i've no idea nak up entry . Kah !
Pejam celik pejam celik dan bulan Mei . Bulan Mei bulan aku . HAHA . Auummmm . Alhamdulillah , permulaan Mei aku bersama family tercinta . Diberi kesempatan untuk kami sekeluarga bercuti ke Tanah Tinggi Cameron Highland .
Sebelum ke sana , abang aku awal-awal dah booked homestay . Sebabnya takut penuh memandangkan time tu public holiday . Nasib baik booking awal , kalau tak mahunya merempat dalam kereta . Yang nasib tak berapa baiknya , jalan nak ke atas tu bukan main teruknya jammed . Dengan hujannya pula . Sampailah si abah dan abang ipar aku bertukar driver tengah jalan . Sempat tuuu . Kau imagine macam mana teruknya jammed time tu . Aku , naik dengan si abang dan kakak ipar aku , bersama 4 orang anak buah dan adik aku . Eh , achik yg baik aku ni . HAHA . Payah jugak nak handle 3 org tentera tu. . Bergaduh sokmo . Aku ah mangsa . HAHAHAHAHA ~ Tapi aku watlek watpeace jea .
Bergerak dari Penang jam 9 pagi lebih kurang . Sampai di Homestay jam 4suku . Serupa nak pergi KL . berdenyut-denyut kereta begerak . Sampai jea homestay semua serbu makanan . Nasib lah mak bawa bekal . Dapatlah suami anak menantu cucu mak menghadap makanan tu sampai tak beralih kot lain . HAHA .
Selesai jea solat , kitorang terus gerak ke Ladang Teh . Huwaaaa . Terpegun dan terpesona . Lama dah aku tak ke Cameron Highland tu . First aku pergi , ikut lawatan sekolah . Form 3 kalau tak salah aku . 2nd , aku pergi dgn family Incik Tunang . Itu pun kitorang just singgah macam tu jea sebab baru balik dari Kelantan , alang-alang singgah ke situ . Dan kali ketiga , aku pergi dengan family besar aku :)
Dari Ladang Teh kami bergerak ke Pasar Malam . Cari apa-apa yg patut . Masa tu hujan lebat . Payung sampai kena beli baru . Hat besaQ punya .
Yang wajib dicari kalau ke sana . Rugi lah kalau ke sana tak makan buah strawberry ni . Hee . 2 cucuk RM5 . Ok lah tu kan . Rupa pun menarik perhatian aku untuk beli . kihkihkih .
Dan keesokan paginya , kami cari tempat untuk sarapan . Kebetulan homestay yg disewa tu berdekatan dengan pekan . So dekat jea kitorang sarapan pagi . Aktiviti selepas tu , kami menuju ke MARDI . Kat MARDI tu macam-macam ada . Agak lama kitorang kat situ . Tiket untuk masuk ke MARDI hanyalah RM3 seorang untuk dewasa . Yang lain aku taktau sebabnya tiket tu kakak yang beli . Kihkihkih .
Dari MARDI , kitorang menuju ke jalan pulang . Sambil-sambil tu , singgah jugak tempat-tempat yg ada di tepi jalan . Antaranya seperti Kia Farm , Bee Farm , pastu apa ntah lagi nama tempat tu . Lupa dah aku . Hat paling aku nak pi sangat tu , tentulah Bee Farm . HAHAHAHAHAHA :D
Terima kasih sista . Sebab belikan adikmu anak-anak lebah ni . Comel tak terkata . Aku sukaaaa . Lain kali beli hat besaQ pulak . HAHAHAHAHAHA . Maka bertambahlah koleksi lebah aku . Syiokkkkk woooo . Hehe .
Puas dapat bercuti dengan semua keluarga besar aku . Walau hanya 2 hari 1 malam , ia sangat bermakna untuk aku . Apa tak nya , bukan senang nak ajak abah ikut sekali . kihkihkih . Gambar yg agak kelabu asap ni , beri seribu kenangan untuk aku .
Haa , kecik-kecik jea kami semua . Sebab tu aku pun comel . HAHAHA . Tentera hat 3 orang kat depan tu , semedang tak setuju *tak pernah sependapat . Sat baik sat bekelai . Jenuh -,-
Nindia kitorang punya aktiviti . Masa tu lari lah sikit akibat jalan jammed teruk . Dan ada dua tempat yg tak sempat pergi . Next time kita pergi lain . In shaa Allah .
Dan kalau korang nak ke sana , aku suggest kan sewa homestay yg kitorang stay ni . Walau harga yg agak mahal , tapi sangat selesa . Thank you abang sebab belanja . HAHAHAHAHA .
ALAMAT :
Homestay Royal Lily
No 33A Taman Royal Lily ,
Tanah Rata , Cameron Highland .
Untuk Tempahan :
Yunus : 019 944 5757
Mala : 019 540 3474
Sabariah : 013 910 0490
wah cantiknya pemandangan
ReplyDeletekannnn :)
DeleteMacam first time je datang sini hehe selalu tengok gambar dekat ig je :)
ReplyDeletehehe . kalau ada rezeki nanti kita f2f pulak :)
Delete