Jangan Ingat Aku Nda Pandai .

Hallu . Selamat bercuti semua orang . Dengar khabar angin , kalau Selangor menang bola malam ni , Isnin dapat cuti peristiwa kan ? Kalau macam tu , aku sokong Selangor lah . HAHAHAHA . Aku pasti flat mesti begegar malam ni . Tak payah pergi stadium pun nda apa *ayat pujuk diri sendiri bila tiket free dari TM tak sempat grab :)

Dan tadi , Along ( Abang sulung Incik Tunang ) ada wasap aku . Kebiasaannya macam ni . Along mesti mulakan conversation tu dengan bahasa Bajau . Along tanya Bajau , aku jawab Melayu . HAHAHA . Aku faham , tapi nak balas tu tak pandai . Takut jadi maksud lain pulak nanti . HAHAHA . 
Dan ni pulak , Kak Aton , akak ipar Incik Tunang . Dia asal Kedah . So , kitorang berdua je dalam family Incik Tunang orang semenanjung . Dua-dua dari Utara . Selalunya kalau dorang-dorang berborak , aku dengan Kak Aton mesti diam . Tapi bukan lah diam bersahaja . Kitorang cuba fahamkan apa yang dorang tengah borak tu . HAHA . Jadi , dari situlah dapat belajar sikit-sikit  :) ~

Nah yang ni pulak . HAHA .
icebook : peti ais
manuk : ayam
bana : betul
songom : malam
sensaung : pagi
ndak : tak
minggo : mana
limpang : baring
limpas : lalu / lintas
siring : tepi
kambul : selimut
sioko : abg
ngintam : rindu
jomo : orang
sian : siapa

HAHAHA . dikit-dikit jo aku tahu . Sukuplah ulangkaji untuk hari ni . Lama-lama pandai juga ni nanti . Korang tunggu . Hihi .

Bha , siap dulu aku . Mau jalan sama dorang sana ~ 

3 comments:

  1. hahahha kelakar rasa baca...comellah sis!

    ReplyDelete
  2. wow memang rare la perkataan2 diorang, x pernah dgr pon. btw congrats selangor menang and slamat bercutii

    ReplyDelete
  3. pembetulan sket.. sioko : merujuk kepada yg lebih tua dr kita (kakak/abang)
    sekian, berita suka suki..

    ReplyDelete

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~