Alhamdulillah . Untuk kali keduanya aku pindah office tahun ni . 9 Februari , dari TM Shah Alam aku pindah ke TM Petaling Jaya , dan semalam 18 November , dari Petaling Jaya aku pindah ke Kelana Jaya . Yang pertama dulu menangis bukan main degil taknak pindah . Yang kedua ni , bukan main tak sabar nak pindah . HAHA . Bukan aku sorang yang berperangai tak semenggah macam ni . Ia termasuk semua yang dipaksa pindah dari Shah Alam ke Petaling Jaya bulan Feb lepas . Kihkihkih .
Mahu tak happy nya , dari PPRT kitorang berpindah ke Lot Banglo . Kalau dulu di PJ , boleh main cuit-cuit bahu , sekarang di KJ , kau boleh buat gelanggang pingpong . Luas tempatnya :) Alhamdulillah .
Haa ni lah rupa office baru . Satu ruang kau share dua orang je . Sorang hujung sini dan sorang lagi nun hujung sana .
Nampak nau ghupe office baru kan . Sebab kosong lagi . Ikutkan Isnin ni official untuk semua staff . Tapi CxM punya unit ni pesyen tak reti sabar . HAHA . Redah je .
Ini meja aku . Belum ada semua barang aku . Ada sekotak lagi ( tunggu mover bawakkan ) , sekotak lagi dirumah . HAHA . Penuh lah lebah nanti aku ternak kat atas meja tu . Tungguuuuuu . Nanti aku hias cantik-cantik . Hehe .
Bila di KJ ni , bolehlah aku bangun lewat sikit , keluar rumah lewat sikit , jalan punya jem pun sikit-sikit je . Parking pun free . Kalau nak dibandingkan dengan di PJ , kos memanglah terpacak naik . Alhamdulillah , Allah permudah :)
Bila di KJ ni , bolehlah aku bangun lewat sikit , keluar rumah lewat sikit , jalan punya jem pun sikit-sikit je . Parking pun free . Kalau nak dibandingkan dengan di PJ , kos memanglah terpacak naik . Alhamdulillah , Allah permudah :)
Salam singgah sini dik meeya....bestnya pindah ofis baru....cantik lah...luas dan kemas jer meja untuk staff²nya.....Meja dik meeya tu yang best...ada cermin...hihi
ReplyDelete