Pesta Penang Sungai Nibong.

Sebagai salah sorang anak jati Pulau Pinang , maka ini adalah aktiviti wajib aku setiap tahun . Kah ! Pesta Pulau Pinang yang diadakan setahun sekali selalunya mendapat sambutan hangat dari para pengunjung . 

Esok , 28 November 2015 sehingga 2 Januari 2015 bermulalah agenda seperti selalu . Jadi , aku sarankan pada hat tak pernah pi tu , hampa buleh laa dok try pi tengok apa yang ada kat sana . Tiket masuk pun takdak laa mahai mana . Bawah RM5 macam tu jaa untuk sorang . Kalau pi awai-awai macam ni , takdak lah sesak sangat . Kalau hampa pi hari-hari last , memang nak cari parking pun agak berejam . Tapi time last tu lah selalunya depa akan lelong barang-barang semua . Selalunya orang akan borong carpet dengan tikaq . Sebab mak abah aku pesyen macam tu jugak . HAHA .

Aku kalau pi , aku syok dok jamu mata jaa . Pi main topgun , jerit sampai tak termampu nak jerit . Sampai suara tak keluaq . Kahkahkah . Turun dari topgun mau jugak dok pening loya bagai . 

HAHA . Kalau orang pulau , depa tak payah naik feri atau jambatan . Kalau orang seberang , kena lah naik jambatan atau feri . Tapi jangan laa dok risau sebab laa ni jambatan ada dua dah . Tapi aku rasa jem tetap jem . Kahkahkah .

Kat mana pesta ni ? Tempat tak pernah berubah , selalunya depa buat dekat Tapak Pesta Sungai Nibong . Selamat berkunjung naa kawan-kawan  :) . Kita jumpa kat sana nanti bulan 12 . 

2 comments:

tegur jika perlu ^^
terimakasihTHANKYOUsyukran ~