Assalamualaikum . Hee . Baru balik kerja actually . Buat OT . Kerja tak terkejar dah aku rasa . Buat pun yang mana termampu .
Hari ni hari last Syawal kan ? Aku pun kurang pasti . So , hari ni aku cerita serba sedikit tentang cerita raya bersama Geng Terjah Raya 2015 . Memandangkan aku cuma sempat beraya dua hari jea kat kampung , so aku menghabiskan baki hari raya tahun ni bersama rakan-rakan Bloggers . Yang datangnya dari kalangan aku baru kenal , tak pernah kenal , baru pertama kali jumpa , selalu jumpa . Hiks !
Diorang memang super awesome . Walaupun aku kena buli , tapi memang meriah . Mengalahkan bebudak pergi beraya . HAHA .
Mingu demi minggu kami atur . So weekend , memang kitorang akan terjah Rumah Terbuka jea lah . Hehe .
Bermula dengan rumah Blogger ShiQin . Masa ni memang aku malu . Sebab ramai yang aku belum kenal . Selepas ke rumah Shiqin , kitorang ke rumah Blogger Mahamahu . Ini lagi-lagilah aku tak pernah kenal langsung . Tak malu betul Meeya Techik ni pergi open house , tapi tak kenal tuan rumah . Kah !
Dari rumah Blogger Mahamahu , kitorang gerak ke Shah Alam . Ke rumah Blogger Acul pulak . Blogger yang selalu angkut kitorang pergi event . Sebelum ke sana , singgah solat Zohor dulu .
Haa ni gambar kat rumah Acul . Tapi Acul takde . Hewhew .
Dekat celah lorong pun boleh . Janji ada camera . Kihkihkih . Time ni macam dah tak berapa nak malu dah . Kahkahkah . Sebenarnya , ini bukan diri aku . Hipokrit betul kau ni Meeya techik !
Minggu seterusnya . Eh apesal malas sangat . Hakuuu gabung satu entry . Hehehe . Ke Kajang lah kita . Rumah Blogger Bella Enveeus . Aku belum dapat kesan apa link blog akak ni . Akak ke ? Ke sebaya . Ke adik aku . Nampak sangat tak kenal lagi kan .
Mata mana mata ? Betul-betul posing kat tengah panas . Sikit lagi nak cair . HAHA . Nasib makan banyak time tu . Berdiri mengikut ketinggian okay . Atau boleh juga kata , ikut Kerendahan . Lol .
Dari Kajang , pulang ke Shah Alam . Ke rumah Blogger Melastik Bintang . Tak tahu ape nama sebenar beliau . Tahu panggil MB jea . Kihkihkih . Dua dalam satu , MB celebrate birthday Cik Fiya sekali . Anak kepada MB .
Lepas tu , kitorang gerak ke Banting . Ini wajib pergi . HAHA . Ke rumah Blogger Hani . Blogger yang paling rapat dengan aku . Aummmmm . Rindu giler dengan dia . Last jumpa time Hani bertunang hari tu . Since Hani dah bekerja , kitorang masing-masing sibuk .
3 sahabat ni . Dengan diorang lah aku mula aktif berblog . Mula ikut event . Food review . So , memang rapat sangat-sangat . Malu pun dah hilang . Dan jadi diri sendiri . HAHAHAHAHA . Kalau ke rumah orang lain aku malu , ke rumah Hani , malu tertinggal kat mana aku pun tak tahu . Keluar perangai sebenar Meeya Techik . Kesian Acul . HAHAHAHA . Tapi Acul dah lali dah dengan kitorang .
Aduh aduh sayang . HAHA . Lama jugak kat rumah Hani . Sebab qada balik segala cerita yang ada . Lama tak jumpa kan .
Nak ikutkan . Minggu ni masih ada yang menjemput . Tapi , sorry ye kawan-kawan . Kena kerja . Next time pulak . In Shaa Allah . Dan pada kawan-kawan Blogger semua , terima kasih banyak-banyak sebab sudi jemput . Kalau ada peluang , nanti kita jumpa lagi .
Terima kasih .
Ooohoiiii!!! Hahaha..
ReplyDeletehahahaha... awatnyaaa eina ?
DeleteWahh bestnya... Hope tahun depan boleh lagi beraya sebegini
ReplyDeleteitu lah ainaa... mengeratkan silaturrahim antara kita..
Deletemeriahnya kejalan raya adik ya...best tu dapat dtg beraya kat rumah kawan2....
ReplyDelete